MERBAU SEMPAK
BLOK INI HANYALAH SEKADAR BUAH FIKIRAN KU.
Tuesday, September 24, 2013
mohdnorzali.com
Jumpa anda di sana.
Monday, September 2, 2013
Harga RON95 Naik
Perut pun lapar. Aku makan malam agak lewat selepas Isyak. Sambil makan tengok drama Korea ibu aku menyapa dari belakang.
Ibu: Along harga minyak naik tu.
Aku: Biar betul.
Ibu: Tak caya cuba tengok dekat berita tu.
Aku: Iyeke.
Masa ni berita tu keluar dekat line yang bergerak dekat bawah masa berita. Aku terlepas pandang. Mungkin mak aku salah tengok kot.
Tak lama lepas tu office mate aku whatsapp.
Source: Berita Harian |
Tanpa membuang masa, aku terus tekan minyak full throttle ker stesen minyak berdekatan iaitu Shell Saujana Utama.
Seperti diduga, manusia dah berkerumun di stesen minyak tersebut bagaikan semut mendapatkan gula. Selepas 30 minit menunggu berjaya juga aku mengisi minyak RON 95 harga runcit RM1.90 seliter buat kali yang terakhir. Aku bantai tangki penuh. Satu penantian yang berbaloi
Situasi Cemas |
Selama aku belajar di universiti, aku memang tak ambil kisah pasal harga minyak ni. Sebab bukan keperluan pada masa tu. Sekarang RON 95 sudah menjadi RM2.10.
Walaupun aku bukan pakar ekonomi, namun dengan menggunakan common sense aku ni, lepas ni harga barang lain juga akan turut naik. Jadi sama-sama la kita menghadapi hari mendatang dengan bijak.
Sunday, September 1, 2013
Ayam Golek
Kain Rentang Mus |
Tuesday, August 27, 2013
Kompaun
Setelah sekian lama aku bekerja, kawasan tempat aku bekerja baru sahaja dikenakan bayaran parking harian. Setelah banner dan signboard dinaikkan. Maka telah jelas lagi bersuluhlah bahawa pembayaran parking adalah wajib. Jika tidak kompaun la jawapannya. Tempat aku bekerja ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam.
Pada awalnya, aku tetap berdegil dah bertegas untuk tidak mengeluarkan sesen pun duit aku. Lagi-lagi orang dah nak kahwin ni, seringgit pun berkira. Namun apakan daya, setelah dua hari berturut-turut aku kena kompaun terpaksalah aku mengalah. Rajin betul pegawai majlis perbandaran buat kerja.
Harga kupon sekeping atau sejam sama dengan RM 0.40. Bayangkan sehari kerja kalau mula parking dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang dah kena RM 3.20. Seminggu 5 hari. Sebulan paling busuk dah 20 hari. Kira-kira RM 64 kena diperuntukkan untuk parking. Tapi memang masih tak boleh lawan la KLCC dan sewaktu dengannya. Tu lagi mahal.
Ada dua kaedah pembayaran. Pilih sama ada nak pas bulanan atau pun kupon. Aku rasa buat masa ni kupon lagi menguntungkan. Cuma masalahnya kupon ni kaedah kuno. Kena tayang banyak kupon dekat dashboard kereta. Lagi satu kita kena berusaha menggores kupon tersebut. Kalau gores dan menang tak perla juga. Adala hasilnya.
Merungut pun tak guna. Nasi sudah jadi bubur. Mahu tak mahu bayar jela. REDHA. Kepada sesiapa yang dah terkena kompaun tu. Sila la bayar. Bab nak bagi duit ni memang banyak. Maklum la nak dapat duit punyalah susah, nak bagi duit atau guna duit bagaikan air sungai yang mengalir. Kalau rajin boleh la bayar di drive thru atau pun di pejabat MBSA.
Kalau pemalas macam aku ni boleh la pergi ke laman sesawang MBSA dan tekan iKompaun. Boleh masukkan nombor pendaftaran kenderaan atau nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Anda perlu mendaftar dahulu sebelum boleh menjelaskan pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan sama ada melalui akaun bank ataupun potongan kad kredit. Mudah bukan untuk memberi duit.
Anda jangan ingat membeli-belah jer ada diskaun. Kompaun pun ada diskaun 80% sebelum 6 September 2013. Setiap kali kompaun kena RM30 jika dijelaskan 14 hari dari tarikh kena kompaun. Selepas diskaun hanya kena bayar RM6.
Kesimpulannya, bayar jela kalau tidak duit makan tengah hari terpaksa disumbangkan untuk membayar kompaun. Segera la membayar kompaun sebelum promosi ditutup. Sekian.
Sunday, August 25, 2013
Aku Kembali
Saturday, September 24, 2011
Tidak salah bermimpi
Saya terlihat iklan ini sejurus selepas perlawanan di antara Jepun dengan Malaysia yang menyaksikan Jepun menumpaskan Malaysia dengan jaringan dua gol berbalas kosong (2-0).
Mula-mula tengok iklan ini sudah tentu saya tergelak sambil guling-guling melihat iklan ini. Masakan tidak Ramli pemuda dari Malaysia dapat bermain untuk kelab yang gah di dunia iaitu Manchester United. Sehigga mendapat galakan legend Sir Bobby Charlton sendiri. Klimaks, semasa debut Ramli berjaya menjaringkan gol untuk MU.
Selepas mengamati iklan ini pada pandangan saya memang tipikal sebagai ibu-bapa apa yang kita utamakan lebih kepada keputusan peperiksaan anak-anak bukannya minat anak-anak. Tapi Ramli telah membuktikan beliau boleh.
Iklan ini boleh menjadi inspirasi, harapan, angan-angan dan impian kepada seluruh kanak-kanak dan golongan muda remaja di Malaysia. Tanamkan azam mulai hari ini, semoga suatu hari nanti kita dapat melihat anak Malaysia bermain di kancah liga yang kompetitif seperti di English Premier League.
Tahniah TM.
Turning Possibilities into Reality.
Monday, May 16, 2011
Passport
Tahun ni genap umur aku mencecah 24 tahun. Aku mengambil keputusan untuk membuat passport sendiri.
Cuaca pun mendung. Dengan langkah malas aku menuju ke bilik air. Bagi aku hari minggu di pagi hari adalah hari yang mencabar untuk mandi awal. Memandangkan air kolah yang setaraf sejuknya dengan air di Cameron Highland.
Aku bercadang untuk ke Jabatan Imigresen cawangan Subang di Kelana Jaya di Kompleks Glomac. Sebab aku tau jalan ke sana. Kalau kat PKNS Shah Alam memang aku tak tau walaupun dah banyak kali pergi.
Tepat kul 8 aku dah terpacak kat depan imigresen tu. Bayar parking kereta dulu RM4.
Masuk-masuk jer meriah betul aku tengok dekat imigresen tu. Ramai sungguh manusia tidak mengenal usia dan bangsa beratur mengambil nombor giliran dan duduk menunggu giliran.
Berbekalkan borang yang aku dah print dan isi dari rumah berserta dua keping gambar passport dan sekeping kad pengenalan, aku dengan yakin sekali beratur untuk mengambil nombor.
Sampai jer giliran aku, pak cik tu dengan muka serius dan bernada sinis suruh aku isi borang balik dan pergi ke belakang untuk fostostat IC.
Borang aku tidak diterima kerana aku gatal untuk print dua muka surat. Borang hanya diterima print depan belakang sahaja. Aku ingatkan zaman moden ni sume cucuk detect kat cip IC jer. Rupanya kena photostat gak sehelai.
Untuk makluman kat situ ada juga disediakan mesin photostat dan instant picture. Tapi kena bayarla yer.
Disebabkan masalah teknikal tadi terpaksa la aku beratur balik dan mendapat habuan no giliran nombor 57.
Seperti biasa kaunter ada 10 yang buka hanyalah 4 kaunter sahaja. Ni pengalaman pertama aku buat passport. Zaman kecik dulu aku tumpang passport ibu bapa sahaja.
Lepas nombor aku dipanggil, lepas cek muka sama cap jari sama. Aku disuruh untuk menunggu giliran sekali lagi untuk proses pembayaran. Macam biasa leceh. Kalau ada online kan senang.
Kena la tunggu sampai nombor ke 57 dan aku memilih untuk pakej 2 tahun dengan bayaran RM100. Kalau 5 tahun RM300. Akhirnya kena tunggu lagi sejam untuk ambil passport yang sudah siap.
Boleh la pekena teh tarik dan roti canai telur bawang kat maple sebelah. Dup dap dup dap jam pun dah pukul 10.30. Boleh la ambil passport kat kaunter 1 dan pulang.
Untuk makluman kepada anda semua yang mahu berkunjung ke Jabatan Imigresen di Kelana Jaya pada hari Sabtu dan Ahad di buka seawal 8 pagi mungkin awal sehingga pukul 1 petang. Sekian.
p/s: Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Cikgu, kepada cikgu-cikgu saya yang tak pernah mengenal erti penat lelah untuk menjadikan saya sebagai manusia pada hari ini.