Tuesday, August 27, 2013

Kompaun

Siapa dekat sini tak pernah kene kompaun parking dari Majlis Perbandaran? Jika tidak pernah, anda memang hebat orangnya. Sama ada anda bayar kupon dan pamerkan di dashboard kenderaan, atau anda bernasib baik kerana pegawai majlis perbandaran tidak menjalankan operasi semasa anda meletakkan kenderaan di petak parking kawasan majlis perbandaran dan anda tidak meletakkan kupon tersebut.

Setelah sekian lama aku bekerja, kawasan tempat aku bekerja baru sahaja dikenakan bayaran parking harian. Setelah banner dan signboard dinaikkan. Maka telah jelas lagi bersuluhlah bahawa pembayaran parking adalah wajib. Jika tidak kompaun la jawapannya. Tempat aku bekerja ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam.

Pada awalnya, aku tetap berdegil dah bertegas untuk tidak mengeluarkan sesen pun duit aku. Lagi-lagi orang dah nak kahwin ni, seringgit pun berkira. Namun apakan daya, setelah dua hari berturut-turut aku kena kompaun terpaksalah aku mengalah. Rajin betul pegawai majlis perbandaran buat kerja.

Harga kupon sekeping atau sejam sama dengan RM 0.40. Bayangkan sehari kerja kalau mula parking dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang dah kena RM 3.20. Seminggu 5 hari. Sebulan paling busuk dah 20 hari. Kira-kira RM 64 kena diperuntukkan untuk parking. Tapi memang masih tak boleh lawan la KLCC dan sewaktu dengannya. Tu lagi mahal.

Ada dua kaedah pembayaran. Pilih sama ada nak pas bulanan atau pun kupon. Aku rasa buat masa ni kupon lagi menguntungkan. Cuma masalahnya kupon ni kaedah kuno. Kena tayang banyak kupon dekat dashboard kereta. Lagi satu kita kena berusaha menggores kupon tersebut. Kalau gores dan menang tak perla juga. Adala hasilnya.

Merungut pun tak guna. Nasi sudah jadi bubur. Mahu tak mahu bayar jela. REDHA. Kepada sesiapa yang dah terkena kompaun tu. Sila la bayar. Bab nak bagi duit ni memang banyak. Maklum la nak dapat duit punyalah susah, nak bagi duit atau guna duit bagaikan air sungai yang mengalir. Kalau rajin boleh la bayar di drive thru atau pun di pejabat MBSA.

Kalau pemalas macam aku ni boleh la pergi ke laman sesawang MBSA dan tekan iKompaun. Boleh masukkan nombor pendaftaran kenderaan atau nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Anda perlu mendaftar dahulu sebelum boleh menjelaskan pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan sama ada melalui akaun bank ataupun potongan kad kredit. Mudah bukan untuk memberi duit.

Anda jangan ingat membeli-belah jer ada diskaun. Kompaun pun ada diskaun 80% sebelum 6 September 2013. Setiap kali kompaun kena RM30 jika dijelaskan 14 hari dari tarikh kena kompaun. Selepas diskaun hanya kena bayar RM6.

Kesimpulannya, bayar jela kalau tidak duit makan tengah hari terpaksa disumbangkan untuk membayar kompaun. Segera la membayar kompaun sebelum promosi ditutup. Sekian.

No comments: