Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Tidak salah bermimpi

Ramli boleh

Saya terlihat iklan ini sejurus selepas perlawanan di antara Jepun dengan Malaysia yang menyaksikan Jepun menumpaskan Malaysia dengan jaringan dua gol berbalas kosong (2-0).

Mula-mula tengok iklan ini sudah tentu saya tergelak sambil guling-guling melihat iklan ini. Masakan tidak Ramli pemuda dari Malaysia dapat bermain untuk kelab yang gah di dunia iaitu Manchester United. Sehigga mendapat galakan legend Sir Bobby Charlton sendiri. Klimaks, semasa debut Ramli berjaya menjaringkan gol untuk MU.

Selepas mengamati iklan ini pada pandangan saya memang tipikal sebagai ibu-bapa apa yang kita utamakan lebih kepada keputusan peperiksaan anak-anak bukannya minat anak-anak. Tapi Ramli telah membuktikan beliau boleh.

Iklan ini boleh menjadi inspirasi, harapan, angan-angan dan impian kepada seluruh kanak-kanak dan golongan muda remaja di Malaysia. Tanamkan azam mulai hari ini, semoga suatu hari nanti kita dapat melihat anak Malaysia bermain di kancah liga yang kompetitif seperti di English Premier League.

Tahniah TM.

Turning Possibilities into Reality.

Wednesday, March 9, 2011

Kecewa Lagi

Sejarah berulang kembali. Arsenal tewas lagi di tangan Barca pagi tadi. Seperti ulangan perlawanan tahun lepas. Lionel Messi bermaharajalela lagi. Cuma kali ini beliau hanya berjaya merobek gawang arsenal sebanyak dua kali.

Seperti kebiasaan Barca mendominasi possession permainan. Aku pun hanya berharap Arsenal dapat bertahan atas tiket kelebihan jaringan agg.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama dah kena sebijik…down sekejap. Pada separuh masa kedua Arsenal mendapat gol saguhati hasil jaringan gol sendiri Sergio Busquet….aku bersorak gembira puas.

Namun beberapa minit kemudian drama epilog cinta sudah bermula. Van Persie buat perangai. Kad kuning pertama sebab sengaja tolak muka pemain Barca. Hadiah kad kuning kedua melayakkan beliau keluar padang sebab tak dengar wisel pengadil syok sendiri(sebab stadium bising sangat).

Memang mustahil untuk Arsenal bertahan dengan 10 orang pemain berdasarkan line-up defend. Tapi jika defend Arsenal sekental Inter Milan tahun lepas memang tidak mustahil. Akibatnya Arsenal dititik lagi 2 gol selepas itu.

Champions League sudah berakhir bagi Arsenal dan sekarang semuanya tertumpu kepada Premier League dan FA Cup. Kalau Arsenal tak ambik peluang yang diberikan oleh Man U aku tak tau nak cakap apa dah. Dah dua kali berturut-turut kot kalah. Jarang sekali berlaku bagi pasukan segah Man U.

2 DOWN and 2 MORE to go!

p/s: Best la aku tengok Luis Suarez gelecek masa lawan Man U Hot smile.

Thursday, June 10, 2010

World Cup 2010

Esok hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak diseluruh pelusuk dunia. Ya World Cup 2010.

Agama baru akan muncul tiba. Ramai yang akan mengimaninya. Afrika Selatan adalah kiblatnya. Qiyamullail bagaikan mudah sahaja. Goal! Goal! adalah zikirnya. Sama-samalah beringat dan renungkan. Moga kita sentiasa dalam perlindungannya.
Dalam betul kata-kata daripada sahabatku Fauzan Nordin.

Sebagai peminat sukan aku ingin membuat sedikit analisis la tentang World Cup 2010 ni.

Predict aku yang layak pusingan seterusnya:
Group A - France dengan Mexico
: Walaupun France terumbang-ambing semasa kelayakan tapi France tetap favorite
untuk maju ke pusingan seterusnya.

Group B - Argentina dengan Nigeria
: Argentina mempunyai kelibat alien iaitu Lionel Messi. Pilihan serangan yang pelbagai
seperti Higuain, Tevez, Aguero dan Milito.

Group C - England dengan USA
: England mungkin kena mengharapkan nasib jika perlawanan ditentukan dengan
penalti di pusingan kalah mati nanti. Mungkin badi akan berakhir.

Group D - German dengan Serbia
: Walaupun hilang kelibat Ballack namun German tetap menjadi pilihan. Mungkin
barisan pemain muda seperti Khedira dan Ozil boleh membuktikan sesuatu.

Group E - Holland dengan Denmark
: Holland memang terkenal dengan total football. Jika pemain star mereka seperti
Van Persie, Robben dengan Sneijder tidak cedera mungkin mereka pergi jauh.

Group F - Itali dengan Paraguay
: Juara bertahan Itali memang terkenal dengan pertahanan yang kental sekali. Jika
bahagian serangan mereka berfungsi, kejuaraan sudah pasti dalam genggaman.

Group G - Brazil dengan Ivory Coast
: Pasukan samba Brazil akan sekali lagi cuba untuk merampas kejuaraan. Mungkin
kombinasi pemain tempatan dengan nama besar di eropah mendatangkan hasil.

Group H - Spain dengan Chile
: Juara eropah Spain memang menjadi favorite kali ini. Mempunyai star player dalam
setiap posisi.

Pemain yang bakal menyerlah kali ini
  1. Gourcuff - France
  2. Messi - Argentina
  3. Rooney - England
  4. Oezil - German
  5. Afellay - Holland
  6. De Rossi - Itali
  7. Nilmar - Brazil
  8. Navas - Spain
Pasukan kerdil yang mungkin membuat kejutan
  • South Afrika (sebab tuan rumah semangat lebih sikit)
  • Slovakia
  • North Korea
Juara pilihan aku kali ni sudah pasti Spain!!

Jadual Perlawanan boleh dapat di sini

Jauhilah judi, majulah sukan untuk negara.

Monday, November 30, 2009

El-Classico

Aku sebagai fan Arsenal ingin memohon maaf kepada penyokong Arsenal yang lain di atas persembahan yang hambar pada pagi tadi apabila tersungkur ditangan Chelsea 3-0. Walaupun dah puas dah boo Ashley Cole namun beliau masih sempat assist dua gol.

Sejurus selepas kekalahan Arsenal berlangsungnya perlawanan antara Barcelona dengan Real Madrid. Siapa tak tau pasal Real Madrid, pasukan yang telah berbelanja besar season ni. Sebenarnya dari dua perlawanan malam tadi kita boleh buat perbandingan.

Arsenal boleh disamakan dengan Barcelona dari segi corak permainan. Kedua-dua pasukan ini berani menggunakan flowing pass sehingga menguasai possession. Barcelona juga sama seperti Arsenal, terkenal dengan melahirkan pemain-pemain yang berwibawa daripada akademi seperti Messi, Pedro, Sergio dengan Bojan. Fabregas sendiri berasal daripada akademi Barcelona.

Namun terdapat perbezaan ketara antara Arsenal dengan Barcelona. Pagi tadi dapat disaksikan sendiri betapa goyahnya pertahanan Arsenal begitu juga dengan penyudah Arsenal. Berbeza dengan Barcelona yang tidak menyianyiakan peluang yang terhidang di depan mata. Pertahanan Barcelona juga mantap. Striker dengan midfield Barcelona tidak perlu risau pasal pertahanan kerana dijaga dengan rapi oleh Puyol, Pique dengan Victor Valdes.

Puyol, Pique dengan Victor Valdes telas menunjukkan apa itu definisi world class defend. Sehinggakan Cristiano Ronaldo, Kaka dengan Higuain terpinga-pinga di hadapan gol. Walaupun diorang bermain sepuluh orang tapi masih boleh menguasai permainan.

Semuanya masih belum berakhir sekiranya Arsenal dapat memanfaatkan baki perlawanan dan mengharapkan Chelsea tergelincir. Mungkin Arsenal tak ada budget yang besar untuk membeli pemain-pemain yang dah memang establish. Tapi aku berharap Arsene Wenger dapat membawa striker, defend dengan midfield yang berkaliber bagi menyokong Fabregas. Jangan sehingga Fabregas pun berpindah ke Barcelona.

Sunday, August 30, 2009

Sudah nasib

Malang betul hari ni. Main dah lawa dah. Walaupun tak ada Fabregas tapi masih boleh control game. Arshavin pun perform. Gol lawa score dari jauh.

Start je second half dah mula dah tanda-tanda malang. Mula-mula Almunia buat silap sengal betul. Tak perlu kot halang Rooney. Tak pasal-pasal MU dapat penalti free.

Arsenal ni bila dah bolos satu lepas tu mula la main teruk. Lepas tu boleh pula Diaby bagi gol free kat MU. Mana aku tak emo ni. Kalau kalah sebab MU score betul-betul tak apa juga.

Aku rasa yang paling kasihan dalam match ni mesti la Van Persie. Ada je yang tak kena. Bola kena palang la. Senang kata dia ni memang sudah ditakdirkan tak boleh score.

Minit-minit akhir dah score offside pula. Malang sungguh nasib beliau. Wenger pun seronok sampai kena buang. Memang match ni Arsenal tak ada rezeki dan nasib tak baik.

Monday, June 29, 2009

Confederation Cup

Bahang piala dunia 2010 kian terasa. Pagi tadi berlangsung perlawanan akhir antara Amerika dengan Brazil. Pertemuan yang tidak disangka. Aku budget time final, Spain yang lawan dengan Brazil. Tapi apakan daya Spain kalah dengan Amerika masa semi final sekaligus memusnahkan rekod tanpa kalah mereka. Dunia-dunia. Haha tula kata kawan aku apabila Amerika menang.

Kejutan paling besar bermula masa grouping lagi. Penyandang juara piala dunia Itali kecundang kepada Egypt dengan jaringan 1-0. Tuan rumah piala dunia 2010 Afrika Selatan tidak kurang hebatnya. Dapat memberikan saingan sengit kepada Brazil dan Spain.

Tu pun pagi tadi Amerika mendahului 2-0. Sebelum Brazil comeback dan menang 3-2. Tak sabar aku nak berjaga pagi tahun depan nak tengok piala dunia. Aku predict piala dunia 2010 ni penuh dengan kejutan. Kemungkinan besar Itali tidak dapat mempertahankan kejuaraan dan juara baru mungkin datang dari benua Afrika.

Aku rasa negara yang dapat pergi jauh sudah semestinya Spain, France, Brazil dengan Itali. England favorite gak tetapi selalunya tak pergi jauh.

Transfer rumor kali ni memang menarik minat aku. Arsenal akhirnya mengorak langkah untuk menandatangani Karim Benzema. Harap-harap jadi.

Thursday, May 28, 2009

Champions League

Walaupun Arsenal sudah ditendang keluar semasa pusingan separuh akhir oleh Manchester United, namun menonton perlawanan akhir bersama rakan-rakan di maple adalah satu kewajipan. Kali ni memang syok sebab aku dah habis paper. Dah tak ada beban. Dapat menyaksikan perlawanan yang berkualiti tinggi dengan tenang.

Seperti yang dijangka Barcelona menang dengan MU. Akhirnya Thierry Henry dapat juga menjulang piala champions league. Tidak sia-sia perpindahan beliau dari Arsenal. Kemungkinan besar lepas ni beliau masuk Arsenal balik. Harap-harap jadi.

Perlawanan ni memang best sebab dapat tengok monopoli daripada Barca. Kelibat Eto dengan Messi memang sukar untuk ditangani. Kepada fan MU tak pe season depan cuba lagi. Arsenal lagi la season ni tak menang apa-apa lagi. Last-last ayat ni gak yang terpacul IN ARSENE WE TRUST.

Aku bola sepak Malaysia aku malas nak layan sebab sudah pasti negeri aku yang menang. Selangor sejak zaman Mokhtar Dahari, Azman Adnan sampai sekarang Safie Sali (salah eja ni) memang hebat. Monopoli Kedah bersama skuad muda ala-ala Arsenal sudah berakhir.

Puas aku merapu pagi-pagi ni. Nak kemas barang mau pulang ke kampung halaman yang tercinta. Selamat bercuti yang tak habis exam lagi tu teruskan berjuang.

Thursday, May 7, 2009

Drama-drama

Match yang penuh dengan kontroversi dan drama. Pada awal perlawanan chelsea mendahului hasil jaringan Essien dari jarak jauh. Gol yang memang lawa sekali.

Tapi malangnya pada masa kecederaan Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Iniesta dari jarak jauh juga.

Pengadil perlawanan memang sengal malam ni. Mula-mula bagi kad merah kad Ebidal sebab Anelka jatuh secara tiba-tiba. Lepas tu, dua kali pemain Barcelona hand ball dalam kotak penalti. Tapi tak dapat apa-apa.

Aku rasa perlawanan akhir nanti memang berpihak kat Manchester United sebab defend Barcelona ramai yang tak de. Ebidal dengan Alves kena gantung. Marquez cedera. Bermaharaja lela la Christiano Ronaldo macam ni.

Nampaknya penyokong Chelsea senasib la dengan penyokong Arsenal tapi lebih malang sebab Chelsea kalah gol tempat lawan.

Tuesday, May 5, 2009

Kalah lagi

Akhirnya dapat gak aku tengok bola tanpa sebarang halangan selepas presentation fyp dengan fydp sudah selesai. Cuma tinggal final exam je lagi yang bakal menjelang tidak lama lagi. Seperti yang diduga maple-maple utama kat Tronoh pagi ni semua dipenuhi dengan penyokong Arsenal dan Manchester United. Maklum la pusingan kedua champions league semi final.

Akhirnya aku tengok kat kedai makan Husna je. Tu pun penuh. Namun perasaan aku untuk menikmati permainan yang menarik daripada Arsenal hampa belaka. Minit ke-8 dah kena bantai sebijik. Lepas dua minit tu kena lagi sebijik. Nampak sangat misi mustahil ni kalo nak menang. MU dah dapat dua away goal.

Second half kena bantai lagi sebijik. Kecewa betul aku. Kalo Liverpool lain cita la. Bab-bab comeback ni memang diorang pakar. Arsenal dapat gol saguhati pun sebab sepakan penalti. Aku makan kuetiaw goreng pun tak selera.

Season tanpa piala lagi kali ni. MU memang kuat tidak dapat dinafikan lagi. Esok, Chelsea lawan Barcelona lak. Baik aku tido.

Monday, December 1, 2008

Chelsea Vs Arsenal

Chelsea (1) v Arsenal (2)

Sebelum aku berbicara mengenai perlawanan ini. Aku ingin menjawab terlebih dahulu soalan daripada kawan baik aku. Beliau bertanya kenapa tiap kali Arsenal menang je aku mesti post kat blog ini. Tak pernah pun cerita pasal Arsenal kalah.

Jawapan aku mudah sahaja. Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kekalahan Arsenal. Dan tiada siapa perlu dipersalahkan. Tetapi bila Arsenal menang sudah semestinya aku perlu berbicara. Lagi-lagi masa perlawanan penting. Ini adalah sebagai penghargaan kepada Arsenal. Bila masa kalah memang aku kelu seribu bahasa. Sebab masa nilah kita perlu muhasabah diri (gaya macam pemain Arsenal pula padahal penyokong je). Aku harap kawan aku tu berpuas hati dengan jawapan aku ni.

Separuh masa pertama

Memang dikuasai oleh Chelsea. Arsenal tergapai-gapai mencari rentak. Akibatnya Chelsea mendahului hasil jaringan sendiri oleh Johan Djourou (30). Aku pun pelik, musim ni kebarangkalian Arsenal menjaringkan gol sendiri memang tinggi.

Separuh masa kedua

Kali ni nampak kelibat dan usaha Arsenal untuk menjaringkan gol. Mungkin dah puas kena marah dengan Arsene Wenger. Hasilnya Arsenal berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Robin Van Persie (59). Gol ni memang kontroversi sebab terserlah offside. Namun aku tidak peduli. Asalkan gol. Selang 3 minit kemudian, Robin Van Persie (62) sekali lagi menjaringkan gol. Bermula dari sepakan percuma daripada Fabregas. Adebayor menanduk bola kepada Van Persie. Dan Van Persie berpusing lalu menyepak bola. Gooooooooooooooooooooooooooooooool. Cech tertewas dan Arsenal menang.

Kesimpulan

Musim ni Arsenal memang gagah apabila bertemu pasukan kuat. Tapi malang sekali apabila bertemu pasukan lemah Arsenal hilang punca. Konsisten yang Arsenal cari selama ini. Aku harap di bawah pengaruh kapten baru Fabregas, Arsenal dapat melonjak lebih tinggi.

Tuesday, November 18, 2008

Harga minyak turun lagi

Aku teruja. 
Aku kagum.
Haha tula perasaan aku bila fantasy premier league aku untuk minggu ni aku dapat 104 mata. Mata yang paling tinggi pernah aku dapat setakat ini. Selalunya purata 40 je. 

Aku bernasib baik sebab Ronaldo menyerlah malam tu. Dia menjaringkan dua gol dan satu assists. Kebetulan dia captain aku minggu ni. 

Walaupun aku ni kipas susah mati Arsenal, tapi sorang pemain Arsenal pun tak ada. Alasan aku senang je berdasarkan analisis aku, persembahan Arsenal tak konsisten. Hal ini menyebabkan aku lebih bergantung dengan pemain dari kelab lain.

Namun aku tetap percaya kat Wenger. Hari masih muda. Boleh kejar lagi pendahulu liga. Bila Arsenal dah perform balik mungkin aku akan ambil Samir Nasri atau Adebayor sebagai pemain aku. We wait and see. 

Saturday, November 8, 2008

Ole-ole Arsenal menang MU lingkup


Lokasi : Zatimanis

Akhirnya perlawanan yang aku nantikan sudah tiba. Malam ni aku pastikan jadual aku bebas dari gangguan luar. Aku, Naim, Mok, Pae, Decha dan Fayan menyaksikan perlawanan yang bersejarah ini. Ajaib-ajaib Mok dengan Pae yang bukan penonton bola tegar turut serta memeriahkan lagi suasana.

Suasana meriah dapat dilihat sebelum perlawanan bermula lagi. Zatimanis dan BRJ penuh sehingga jalan terpaksa ditutup. Aku sungguh gembira sekali pada malam ini. Keputusan akhir Arsenal menang 2-1 hasil jaringan Samir Nasri hero pada perlawanan malam ini.

Mula-mula aku risau juga sebab perlawanan lebih berpihak kepada MU. Arsenal tidak dapat menurunkan barisan utama akibat pemain yang cedera dan digantung perlawanan manakala MU pula menurunkan kesebelasan utama. Rekod pertemuan juga lebih memihak kepada MU. Arsenal pun masih mencari-cari rentak kemenangan.

Bermula sahaja perlawanan Almunia dah buat hal. Ada ke patut dia tangkap bola back pass daripada pertahanan. Dia patut belajar balik peraturan. Malam ni Rooney memang tak menyerlah. Banyak betul peluang dipersiakan. Menyebabkan aku hanya mampu tersenyum. 

Samir Nasri menjadi tumpuan utama apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol. Cuma debaran mula terasa apabila Rafael berjaya menjaringkan gol pada minit ke-90. Lepas tu pengadil boleh pula bagi masa tambahan 6 minit. Nasib baik Arsenal berjaya bertahan hingga saat terakhir.

Ini lah perlawanan yang paling aku enjoy sekali. Sekali sekala kitorang bertepuk tangan. Juga memaki hamun pemain-pemain yang sengal. Berbeza betul tengok bola kat rumah. Tengok bola dengan rakan-rakan juga paling menyeronokkan. Saat suka dan duka dikongsi bersama.

Kepada penyokong MU jangan bersedih. Boleh cuba lain kali. 
"In Arsene We Trust"

Sunday, October 19, 2008

Amr Zaki



Seperti biasa malam minggu aku mesti pergi tengok bola untuk menyaksikan Arsenal beraksi. Tapi malangnya Rashartini, Zatimanis dan BRJ semua layan Liverpool vs Wigan. Aku pun tak ada pilihan. Terpaksa la layan. Memang berbaloi la aku tengok perlawanan itu yang dimenangi oleh Liverpool.

Aksi Amr Zaki membuatkan aku terpegun dan terkejut. Jadi aku nak cerita pasal Amr Zaki.



Nama : Amr Zaki

Negara : Egypt

Tarikh Lahir : 1/4/1983

TInggi : 6'11'' (185cm)

Berat : 11st 11Ibs (75.0kg)

Posisi : Penyerang

Kelab asal dia El Zamalek. Sekarang ni Wigan tengah pinjam dia. Mungkin Wigan akan membeli beliau bila transfer windows bukak bulan Januari ini. Sekarang dia antara top scorer kat english premier league. Satu pencapaian yang begitu membanggakan.



Selepas tengok video ni mesti korang pun teruja juga. Nasib baik Wigan ni kelab lemah je. Kalau tidak mesti Amr Zaki tu jaringkan gol lebih daripada dua.

Apa-apa hal pun yang penting Arsenal menang dengan Everton malam tu 3-1.

Sunday, September 28, 2008

Arsenal Vs Hull City

Malam tadi berkobar-kobar aku nak tengok perlawanan di antara Arsenal menentang Hull City. Tapi apakan daya perlawanan itu bermula tepat pada jam 12.30 pagi. 

Untuk menunggu masa yang terluang itu aku pun menonton perlawanan di antara Liverpool dan Everton yang dimenangi oleh Liverpool dengan jaringan 2-0.

Selepas itu, aku tengok Manchester United menentang Bolton pula. Selepas habis masa pertama, aku pun masih bertahan untuk menunggu separuh masa kedua pula. Tetapi apakan daya mata ku sudah mula lelap.

Sedar-sedar je dah pukul 4.00 pagi. Adoi melepas aku. Aku pun segera ke soccernet. Terbeliak mata aku tengok. Nasib baik tak tersembul keluar. Mana taknya. Keputusan perlawanan antara Arsenal dengan Hull City dimenangi oleh Hull City dengan jaringan 2-1. Dah la lawan kat tempat sendiri. Pastu Hull City pendatang baru kat Liga Perdana Inggeris. 

Patutnya ni perlawanan yang mesti menang. Dah la aku ada Adebayor dengan Denilson. Dua-dua tak menjaringkan gol pulak tu. Rendah lagi la point aku kat fantasy football. 

Aku nak buat ulasan perlawanan ni pun tak layak sebab aku tak tengok. Tapi berdasarkan statistik Arsenal menguasai perlawanan cuma tiada penyudah di depan gol. Gol yang dijaringkan oleh Geovanni memang lawa rembatan dari jarak jauh menewaskan Almunia yang hanya mampu terkapai-kapai untuk menepis bola tetapi gagal.

Korang tengok la sendiri  highlight match tersebut