Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Bernafas dalam debu

Dalam kehidupan ini sebenarnya kita sentiasa ada pilihan. Yang membezakannya adalah sama ada pilihan itu berada di tangan kita atau sebaliknya. Perlu diingat di sini bahawa sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya.

Begitu juga dalam kehidupan aku. Laluan untuk ke tempat aku bekerja ada dua pilihan. Pertama melalui jalan biasa/jalan lama. Kedua melalui lebuh raya.

Kedua-dua pilihan di atas ada kelebihan dan keburukannya. Kebaikan pilihan pertama tidak perlu bayar tol manakala keburukannya perlu hati yang tabah untuk menempuh 6 traffic light.

Manakala pilihan kedua kebaikannya jalan memang sentiasa kosong manakala keburukannya tol pergi balik mencecah RM5.60.

Kedua-dua laluan adalah 40KM sahaja. Jadi aku dah buat keputusan untuk memilih pilihan pertama….muktamad…titik. Sebenarnya sebelum ini ada juga aku lalu ikut highway tapi disebabkan peristiwa hitam di highway tersebut terus aku fobia nak lalu ikut highway tu.

Situasi pertama peristiwa ini berlaku pada petang yang indah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Umat manusia berpusu-pusu untuk pulang ker rumah masing-masing. Aku pun rasa penat petang tu. Disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk balik ikut highway.

Lagu satu tabiat aku kalau ikut highway ni memang pantang tengok jalan kosong sedap jer tekan minyak. Sedar-sedar aku dah sampai ke tol yang kedua.

Elok-elok jer aku nak bayar tol….

Gadis Tol: Abang ok ker kereta tu berasap jer saya tengok.

Si Kacak: Kete abang memang macam ni maklum la kereta sport.

Tau-tau jer lepas tu terus mati KO kereta aku kat situ juga.

Gadis Tol: Abang nak saya tolong tolak kereta ke tepi?

Si Kacak: Embarrassed smile

Iya tahniah kereta aku overheat. Pelamin anganku musnah la petang tu.

Situasi kedua tidak ada kena mengena dengan situasi pertama. Kejadian ni sering berlaku ketika aku pulang dari kerja melalui laluan pertama yang perlu menempuhi trafiic light yang berlapis-lapis. Sudah pasti jalannya sempit.

Ketika elok jer beratur tunggu giliran untuk melepasi traffic light demi traffic light. Ada dua cabaran yang sering datang menduga diriku yang lemah ini.

Petandanya dari kejauhan terdengar bunyi siren. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Jalan dah la ada dua lane jer sendat dan sempit. Ambulans ni nak juga lalu kat tengah-tengah. Bawak mengalahkan pemandu formula one.

Nak tak nak kena la juga kereta sport aku ni bagi laluan. Akibatnya berterabur kereta kat jalan tu. Memikirkan nasib orang kecemasan dalam ambulans tu ku ikhlaskan diri dan redha sahaja.

Tu kira ok. Cabaran yang kedua ni. Kat jalan yang sesak dipenuhi kereta sendat habis tu. Dengan traffic light lagi. Petandanya dari jauh aku sudah terlihat sebuah kereta kancil berwarna putih atau merah dan dibelakangnya tertampal pelekat L dan amaran pemandu noob lagi.

Kira nasib malang la kalo terpaksa ikut bontot kereta tu. Sebabnya bila dekat traffic light elok-elok jer lampu hijau kereta kancil tersebut mesti mati enjin.

Pergh…nak potong tak boleh lorong belah kiri dah padat dengan segala jenis lori, trela dan kereta. Mahu tak mahu kena tunggu juga. Aku memang jenis yang tidak suka hon kereta dan di hon oleh kereta lain. Elok-elok jer kereta kancil tu hidup balik lampu traffic light pun merah. Steaming mad.

Nasib baik la selalunya yang tengah memandu kereta tersebut hampir boleh dikatakan semuanya gadis-gadis melayu terakhir perasaan marah tu hilang macam tu aja. Memandangkan aku pun pernah noob bawak kereta dan selalu mati enjin kat tengah jalan suatu ketika dahulu, ku pendamkan sahaja perasaan marah tersebut. Tak guna marah-marah. Akal kan ada..

p/s: Skim rumah pertamaku dengan skim piramid tu adik beradik ker? Smile with tongue out

Wednesday, September 15, 2010

Berhari Raya di KFC

Raya tahun ni memang lain daripada yang lain. Selalunya masa raya ni la aku turut serta mengikut rombongan surau melawat dari satu rumah ke satu rumah keliling kampung. Masa ni jela peluang aku nak melawat orang kampung. Tapi kali ni memang berlainan. Sesudah saja solat sunat raya aku terus bergegas pulang ke rumah.

Makan dulu ketupat dan rendang yang ada untuk merasa suasana hari raya. Selepas itu, aku terus bersiap untuk bekerja di KFC. Cuma kali ni tak ada la pakai uniform KFC. Nak tambah lagi feel hari raya pertama aku segak berbaju melayu keemasan pemberian bakal mak mertua dengan berketayap.

Suasana di KFC pada hari raya pertama memang sayu. Lagi-lagi masa tengah masak nasi tu lagu raya berkumandang di corong speaker KFC. Lagu raya dah la semua nak bertemakan suasana sedih.

Namun bermula sahaja raya kedua dan seterusnya pelanggan KFC yang laparkan hot and spicy sudah mula membanjiri KFC. Aku pun naik pelik, diorang ni tak muak ke makan KFC masa raya ni. Pergi la makan laksa ke, rendang ke, soto ke dan lain-lain. Paling menariknya budak-budak pun datang sendiri ke KFC dan memborong secara pukal. Mungkin hasil pungutan duit raya tahun ni menguntungkan.

Berdasarkan pandangan aku la KFC tetap penuh masa raya kerana masa diorang sibuk jalan-jalan ke rumah sedara-mara dan rakan taulan, kedai makan semua tutup. Kedai yang bukak semua fast food.

Minta maaf la yer kepada rakan-rakan yang aku terpaksa tolak pelawaan konvoi raya beramai-ramai tahun ni. Aku bukan la workaholic cuma masa raya ni nak cari rezeki lebih sikit. Maklum la umur dah menjangkau 23, duit raya sukar nak dapat kena bagi duit raya lagi ada la. Mungkin raya tahun depan aku boleh turut serta. Sama-sama la berdoa supaya aku dapat kerja lain.

Seronok-seronok konvoi raya tu beringat juga la yer supaya berhati-hati di jalan raya. Ops sikap pun tak berkesan sangat. Jumlah kematian sebab kemalangan semakin meningkat. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Jika penat sila la berehat di RNR berdekatan. Adios..

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Semua Bagai Nak Gila

Akhirnya bulan Ramadan meninggalkan kita dan tibanya bulan Syawal di mana Hari Raya disambut dengan gembira harapnya. Dah lama aku tak update blog yang usang ni. Mungkin kerana sibuk dengan kerja part time. Update diri sekarang ni aku bekerja di KFC cawangan Komplex The Store Sungai Buloh sebagai back up.

Memandangkan tahun ni aku akan beraya di KFC, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekilafan yang telah aku lakukan kepada anda sume secara sengaja atau tidak sengaja. Halal kan makan minum.

Aku juga ingin menjemput kalian yang ingin berkunjung ke rumah aku yang tersorok di celah-celah merbau sempak. Nak hantar kad raya pun sempat lagi poskan sahaja di Lot 1583, Kg. Kubu Gajah Luar, 47000 Sg. Buloh, Selangor tapi pastikan jangan hantar pakai perkhidmatan selain pos Malaysia sebab yang lain pasti tak sampai.

Tahun ini aku kagum dengan industri muzik negara kerana berjaya menghasilkan banyak lagu raya yang baru yang sedap didengar di telinga melalui corong-corong radio. Namun lagu raya yang lama juga yang dapat mengembalikan nostalgia di hari raya.

Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, May 27, 2010

Kdo

Walaupun selalunya drama korea yang aku tengok jalan ceritanya tipikal, namun aku tetap setia melayannya sehingga habis. Berdasarkan cerita korea yang aku tengok sekurang-kurangnya mesti melibatkan kisah percintaan antara dua individu atau tiga. Kombinasi dua orang lelaki seorang perempuan atau seorang lelaki seorang perempuan.

Karakter pula perempuan tersebut sudah pasti menjadi rebutan. Manakala seorang lelaki menjadi idaman perempuan tersebut dan seorang lagi lelaki menjadi tempat perempuan tu berteduh. Kira apa-apa hal mesti lelaki tu tolong perempuan tu tapi apakan daya perempuan tu tak mencintai beliau. Memang watak lelaki nila paling kesian dalam setiap cerita korea.

Apa yang menjadi sumber tarikan untuk aku menonton cerita korea ni sudah pasti la heroin dia comel. Tak perlu la cun melecun macam model. Cukup sekadar comel sedap mata memandang. Tu sampingan je tapi yang betul-betul menjadi tarikan ialah olahan musik dalam setiap cerita korea. Melodinya memang menyentuh perasaan. Walaupun tak paham apa dia cakap buat kali pertama namun kita dapat layan juga.

Aku paling suka bila musik klasik diberikan nafas baru. Penggunaan muziknya memang menepati setiap babap. Sehinggakan bila kita dengar muzik tu kita tau muzik tu kat babak mana untuk cerita apa. Jadi kebarangkalian untuk aku mendownload sountrack cerita korea memang tinggi sekali.

Selalunya masa untuk cerita korea memang panjang sejam lebih. Episod dia 16 dan ke atas tapi tak ada la panjang berjela macam tasbih cinta.

Antara cerita korea yang aku layan dan aku syorkan untuk korang layan ialah:
  • You're Beautiful
  • Coffee Prince
  • My Fair Lady
  • My Girl
  • Full House
  • Goong
  • Boys over flowers (bolehla)
Ini antara koleksi sountrack yang aku layan:


Dari drama you are beautiful


Dari drama Coffee Prince ( ada satu watak lelaki dalam cerita ni muka dia saling tak tumpah macam kawan aku)


Dari drama Goong (perjalanan cerita agak slow)

Lagi satu, dalam cerita korea ni watak perempuan suka menyamar jadi lelaki. Jangan lelaki menyamar jadi perempuan sudah muntah aku nak tengok. Aku dengar cerita tahun ni ada cerita korea yang watak lelaki dia menyamar jadi gay sebab nak mengorat perempuan. Haha macam-macam.

Kalau ada cerita korea yang best untuk dicadangkan sila la recommend.

Sunday, April 18, 2010

Career Fair

Ku sangkakan hujan di tengah hari rupa-rupanya sampai ke tengah malam. Aku sangkakan peralihan fasa dari alam belajar ke alam pekerjaan mudah sekali. Rupa-rupanya masih banyak onak dan duri yang harus aku lalui.

Bulan lepas aku berpeleseran di TEC kembali ke bumi Tronoh. Tapi tak nampak lagi keadaan yang sebenar. Kali ni aku beralih ke career fair dekat midvalley pula. Baru aku nampak langit tu tinggi ke tak. Punya la ramai penganggur satu Malaysia. Rasa macam kat pc fair la pula. Sebab orang ramai berpusu-pusu masuk. Nak gerak pun susah.

Namun aku bersama mok tegar meredah lautan orang sambil menyebarkan resume kami dengan harapan sangkut la mana-mana kan. Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakan company yang datang career fair ni lebih kepada perusahaan semiconductor. Company oil and gas cuma satu je dan yang paling menghampakan chemical engineer kat sini tak market sangat la. Lebih kepada mechanical engineer.

Kalau korang ada cable ke terjumpa iklan best pasal pekerjaan yang menjerumus ke oil and gas boleh la tanpa segan silu email kat ivanzryanz@gmail.com

Monday, February 8, 2010

Singa

Korang mesti pernah tengok cerita Tarzan kan? Dalam cerita tu manusia dibesarkan oleh spesis monyet. Sejak dari dulu manusia ni dah memang hidup dengan haiwan.

Pada tahun 60-an dua orang sahabat baik ni iaitu Rendall dan Bourke ni telah membuat kerja gila tapi menarik. Diorang ni telah mengambil anak singa sebagai binatang peliharaan diorang. Selalunya orang ambik kucing dengan anjing je sebagai binatang peliharaan. Tapi mamat dua orang ni ambik singa.

Comelkan. Aku pun tak dapat bayangkan pada zaman moden ni macam mana la manusia boleh hidup dengan singa di bawah satu bumbung. Mau silap-silap hari bulan kita yang kena baham. Tapi dalam kisah benar ni perkara tu tidak berlaku. Mereka telah membela singa ni seolah-olah singa ni seperti seekor kucing yang jinak.

Namun apakan daya. Saiz singa ni makin lama makin membesar. Singa ni cepat membesar berat dia meningkat daripada 15kg ke 85kg. Tak kan la diorang ni nak simpan lagi kan singa ni kat rumah diorang. Jadi diorang pun buat keputusan untuk menghantar singa ni ke Afrika supaya singa ni yang diberi nama Christian dapat menjalani kehidupan seperti singa-singa yang lain.

Perkara yang paling menyayat hati dan perasaan aku ni bila setahun kemudian tuan singa ni datang melawat Christian ni. Tuan penjaga tu dah cakap kemungkinan besar singa ni dah lupakan diorang dah. Namun tanggapan dia salah sama sekali. Bila singa ni nampak je Rendall dan Bourke, dia terus berlari dan menerkam diorang dengan gembiranya.

:nangis:

Lepas tengok video ni banyak yang kita dapat belajar. Sedangkan singa yang sudah dikenali sifat semulajadinya yang ganas pun boleh menunjukkan sifat kasih sayang sesama makhluk ni kan kita manusia yang mempunyai akal. Jadi renung-renungkan lah.

Monday, February 1, 2010

Kuman

Arsenal kalah sume orang tahu jadi apa aku kisah evil. Hari ni sudah jelas-jelas hari wilayah persekutuan. Bukti terbaik ayah aku cuti hari ni. Seperti yang dirancang hari ni matlamat hanyalah satu untuk pergi interview GEMS. Namun yang menjadi persoalannya sekarang ni lokasi interview tersebut di KL. Monolog dalaman "Tak kan diorang tak reti nak cuti hari ni". Setelah aku membuat survey akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke sana.

Rambut disikat rapi siap dengan pakaian korporat. Akulah lelaki yang paling kacak pada hari ni. Seperti biasa aku tidak keseorangan. Aku ditemani oleh penganggur tegar yang lain yang mencari sinar harapan di bumi KL. Diketuai oleh pengerusi penganggur bahagian Selangor Acan dan turut serta pae dengan brim.

Sedang sedap aku menikmati suasana daripada cermin komuter, emosi aku diganggu oleh bunyi handphone ku sendiri. Siapa pula yang nak message aku pagi-pagi buta ni. Retak hati dan jantungku bila membaca message tersebut. Interview tersebut telah ditunda atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Hilang punca aku seketika. Takkan nak patah balik. Dah nak sampai KL dah ni. Lagipun rakan-rakan seperjuangan sedang menunggu.eek

Demi menjaga hati dan perasaan mereka, aku mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri. Sampai kat KL baru aku berterus terang dengan mereka. Alang-alang dah terlanjur kat KL ni dan demi menyambut hari wilayah kami pun bersetuju ke Pavilion. Walaupun menganggur pada dalaman namun pada luaran kami nampak seperti jejaka yang berada.

Aktiviti penutup disudahi dengan tayangan perdana Sherlock Holmes. Ikuti kisah pengembaraan kami esok sekali lagi ke KL untuk interview GEMS. Harap-harap kali ni ada.:ngacir:

Sunday, January 31, 2010

Max

Lagi 30 minit sahaja pertempuran yang ditunggu-tunggu pada abad ini. Sudah pasti pertembungan antara Arsenal dengan Manchester United. Sementara menunggu perlawanan bermula aku rasa eloklah kiranya jika aku berceloteh seketika mengenai pengalaman aku interview minggu lepas.

Selasa lepas, aku, pae, brim dan betik turut serta ke Kuala Lumpur untuk interview ni. Kiranya untuk berasa selamat dan sampai tepat pada masa interview itu nanti kami telah seboolat suara bersetuju untuk menginap di rumah Nymq, Imam, Smak, Medtek dgn Jalal di Venice Hill.

Ku sangkakan rumahnya dekat rupa-rupanya jauh di Bandar Tasik Selatan. Hahaha padan muka korang. Nasib baik aku pukul 12.30. Namun jangan risau zaman sekarang ni perjalanan jauh pun boleh dipendekkan dengan bantuan pengangkutan awam yang agak laju. Terima kasih juga kepada Imam dan rakan-rakan yang sudi melayan karenah kami. Tidak dilupakan kepada si Acan yang turut berkunjung ke Venice Hill yang indah permai di puncak bukit. Tanpa bantuan beliau kami tidak dapat menikmati masakan-masakan orang bujang.

Mengenai interview aku macam biasa la waktu yang dijanjikan pukul 12.30. Tetapi dibawa ke pukul 2 dan akhirnya bermula jam 3.30. Namun aku tetap puas berjaya berceloteh depan interviewer dengan jayanya. Harap-harap recommend kalau tak dapat boleh la beralih ke backup plan.

Lokasi interview di tower 1 KLCC. Pertama kali masuk kat bahagian office. Memang jakun sekali. Masa nak masuk kena cek dulu macam kat airport. Masa ni lawak betul pae daripada atas sampai bawah tak lepas. Mungkin ada besi di dalam badan beliau. Sampai je kat tingkat 36 perkara memalukan berlaku kepada diri aku. Kat pintu tu cakap tolak. Jadi aku pun tolak la. Tapi tak boleh juga. Habis tulang empat kerat aku dengan segala kudrat yang aku ada. Namun pintu tu tak nak juga terbuka. Akhirnya tanpa disengajakan di sebelah sudut kanan pintu tersebut aku terpandang tulisan kecil yang mengarahkan supaya cek kad pelawat kat situ baru pintu tersebut boleh terbuka. Haha buat malu je.

Sebagai penganggur duduk kat KL walaupun untuk jangka masa yang seketika memang menyakitkan. Mana taknya kitorang pun satu, makan kalau tak McD, Burger King, KFC, Kenny Rogers dan lain-lain memang tak sah. Pengajarannya berjimat-jimat la walaupun di mana anda berada.

Esok perancangan nak pergi KL lagi kali ni nak pergi interview GEMS pula. In Arsene we trust.

Friday, December 18, 2009

Hijrah Diri

Sudah kira dua minggu aku meninggalkan dunia pembelajaran di UTP sebagai seorang pelajar. Masih belum terlambat kiranya untuk aku memohon kemaafan daripada rakan-rakan seperjuangan. Halalkan makan minum dan jika ada hutang silalah tuntut kerana sesungguhnya aku ni hanyalah hamba yang lemah.

Bersempena dengan Maal Hijrah pada hari ni adalah titik penghijrahan daripada seorang pelajar kepada seorang engineer harapnya. Belajar tu adalah proses yang berjalan sepanjang hidup sehingga liang lahad. Hijrah menuntut banyak pengorbanan daripada pelbagai segi.

Sekarang ni aku memang masih dalam transition menganggur. Sukar juga rasanya perasaan tidak mempunyai income yang tetap. Kocek sentiasa kosong. Memang mengharapkan seratus peratus pergantungan hidup kepada keluarga. Bila-bila masa saja aku akan keluar dari kepompong ini.

Selepas ini kehidupan berdikari itu yang akan aku lalui. Rakan-rakan juga sudah sibuk ke sana-sini interview. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan. Semoga dapat kerja yang sesuai dengan jiwa kita. Namun terima sajalah apa pun kerja tersebut asalkan Halal sebagai permulaan dalam perubahan ke dunia pekerjaan.

Lagipun sekarang ni kita tidak berkuasa untuk terlalu memilih sangat disebabkan banyak halangan dan kekangan. Mungkin tidak ada rezeki untuk berkerja dengan company pilihan. Janganlah kecewa jika gagal dalam mencapai cita-cita tersebut. Tetapi teruskan usaha dan tetapkan matlamat mungkin suatu hari nanti ke situ juga destinasi kita akhirnya.

Aku masih menunggu dan terus menunggu SI yang belum kian tiba. Kata orang yang terbaik itu reserve yang terakhir.

Akhir sekali tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mendapatkan pingat emas semalam selepas menewaskan vietnam 1-0. Akhirnya penantian selama 20 tahun dapat dirialisasikan. Jadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan bukannya titik pengakhiran.

Thursday, November 19, 2009

Selesai sudah

Sedar tak sedar. Semalam adalah final exam aku yang terakhir kat UTP. Terasa masih seperti baru je aku baru masuk UTP. Terasa seperti bermimpi. Tau-tau je aku dah habis rupanya. Sekarang ni cuma tinggal final presentation untuk FYP je lagi. Lepas tu tamat la tugas aku di UTP ni sebagai seorang pelajar. Sekarang ni status aku sudah bertukar menjadi penganggur. Harap-harap jangan la lama sangat aku menganggur. Nanti orang pun naik muak tengok muka aku kat rumah.

Aku rasa aku ni dah terlampau lama merantau di bumi Perak ni. Dah kira-kira tujuh tahun rasanya. Minta-minta jangan la kerja pun dapat kat sini. Tapi kalau dah rezeki memang kat sini aku terima je.

Sebelum aku keluar dari UTP ni aku nak buat list la benda yang aku patut buat sebelum keluar dari UTP. Nanti tak dela terasa rindu sangat kat bumi Tronoh ni. Masa petang aku nak beriadah dengan bermain futsal. Susah bagi aku kalau nak turun bersukan ni. Selalu bersukan kat bilik je. Malam pula pergi maple sambil menyantap white coffee ice dengan maggie goreng memang masyuk dan terbaik. Tengok bola kat maple. Pergi sport complex. Outing ke bandar Ipoh. Lepak bersama rakan-rakan. Lepas ni dah susah nak jumpa. Masing-masing ada hala tuju sendiri. Masing-masing dah bertebaran kat seluruh pelusuk dunia ni. Aku rasa tu je kot. Kebanyakan list-list yang aku nyatakan di atas agak mustahil untuk direalisasikan kat rumah.

Dalam fikiran aku sekarang ni tak terlintas pun untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Bagi aku buat masa ni baik la aku berehat dulu. Sekarang ni yang dinanti-nantikan adalah panggilan interview dari PETRONAS. Terasa risau dan berdebar dalam hati. Sebab sekarang ni aku tak terasa suasana interview tu dengan company lain. Sekurang-kurangnya kalau dah ada pengalaman tu tak ada la terasa gentar atau seram sangat bila interview dengan PETRONAS.

Kepada yang masih belum habis final exam tu teruskan perjuangan hingga ke titis-titis dakwat pen yang terakhir. Selamat berjaya aku ucapkan. Kepada yang dah habis jom planning cuti ni nak buat apa. Aku punya rancangan sudah pasti duduk kat rumah habiskan semua game yang ada dalam komputer aku ni. Kerja sambilan tu boleh dipikirkan kemudian.

Sunday, October 18, 2009

Jejak Kasih

Perancangan sudah diatur lama antara aku dengan mok. Sebenarnya semuanya terjadi ketika keluarga aku baru sahaja menghantar aku pulang ke UTP. Dalam perjalanan pulang kereta ayah aku tersadai di tepi jalan kerana mengalami kerosakan teknikal. Masa kejadian tepat jam 12 tengah malam. Pada waktu itu, suasana sejuk seram dan gelap. Mujur pakcik dan makcik yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian datang menghulurkan bantuan.

Sejak daripada hari tu, keluarga aku menjadi rapat dengan keluarga pakcik berkenaan dan hubungan kekeluargaan pun mula terjalin. Aku sekeluarga sering berkunjung ke rumah pakcik tersebut ketika pulang dari UTP. Pakcik tersebut pun melayan kami seperti keluarga sendiri.

Pakcik tersebut selalu mengajak aku berkunjung ke rumah beliau bersama rakan-rakan untuk menikmati buah durian yang datangnya segar dari dusun. Tapi pelawaan pakcik tersebut acuh tak acuh sahaja aku layan disebabkan kerana segan. Namun kali ni aku menerima juga pelawaan pakcik tersebut. Alang-alang keluarga aku ada sekali.

Mula-mula ingat nak gerak kul 11 tapi sebagai seorang pelajar waktu tersebut sangat sukar untuk ditetapi oleh itu kami beralih ke waktu yang lebih sesuai iaitu pukul 2 petang. Persediaan rapi sudah diatur, Acan membawa parang, lokasi destinasi sudah di google map dan mok sudah bersedia sebagai driver manakala pae dgn aku sebagai penumpang.

Akhirnya kami tiba juga di destinasi yang ditujui.

Prestasi kami memang memberangsangkan. Pelbagai jenis gred durian kami balun. Namun sampai satu masa kerisauan mula terpahat di muka masing-masing kerana pakcik tersebut tidak berhenti-henti mengopek durian untuk kami. Akhirnya berjaya juga kami menghabiskan durian tersebut dan terpaksa menolak niat murni pakcik tersebut untuk menambah lagi durian.

Untuk dijadikan cerita, kebetulan hari tu keluarga aku pergi kenduri berdekatan dengan rumah pakcik tu dengan secara tak sengaja berjumpa dengan sedara terdekat yang dah lama tak berjumpa. Rupa-rupanya rumah adik-beradik atuk aku bersebelahan dengan rumah pakcik tersebut dan pakcik itu juga rupa-rupanya ada pertalian keluarga dengan keluarga aku. Jadi lepas ni kalau lalu dengan Kampung Pulau Tiga kena singgah la nampaknya.

Dari kiri: Aku(merbau sempak),Acan (Broken Pen),Mok (kencingkucing) dan Pae (jawa banting).

Sunday, September 20, 2009

Hari ini hari raya

Raya pertama macam biasa. Tradisi tetap dikekalkan. Ziarah menziarahi sesama kita. Lepas sembahyang sunat raya, aku turut serta dengan orang-orang kampung menyerbu rumah-rumah yang ada kat kampung ini.

Masa ni la aku nak masuk rumah-rumah kat kampung ni. Kalau nak harapkan aku seorang-seorang pergi berziarah jangan harap. Lagipun aku jarang ada kat kampung ni. Sebab duduk kat asrama sejak sekolah lagi. Mungkin ada yang tidak mengenali aku.

Macam biasa juga, aku dapat turut serta separuh sahaja. Tak larat nak berjalan. Perut pun dah penuh tapi kocek tak penuh. Maklum la dah tua.

Dikesempatan ini, saya Mohd Norzali Bin Zulkifli bersama keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam. Kepada yang mengenali diri ini, kemaafan dipohon dari atas hinggalah kebawah. Harap maafkan hamba ini.

Esok raya kedua aku bersama keluarga akan pulang ke kampung di Kubang Pasu. Doakan keselamatan kami. Kepada yang nak berkunjung ke rumah, dipersilakan. Pintu rumah ini sentiasa terbuka. Tetapi boleh mula datang mulai raya ke enam. Sebab masa tu baru balik dari kampung. Selamat Hari Raya Aidil Fitri sekali lagi diucapkan.

Monday, July 20, 2009

New Start

Akhirnya aku kembali semula ke UTP mungkin untuk terakhir kali sebagai pelajar. Seperti biasa awal sem ni semangat baru berkobar-kobar. Azam baru pun datang kembali menghantui diri. Bilik pun kemas teratur rapi. Persiapan untuk berperang dan untuk kehidupan di UTP semua sudah dibeli. Jadual pun sudah disusun berperingkat-peringkat.

Tidur pun awal mungkin kerana penat disebabkan perjalanan ke Tronoh yang tercinta ini. Walaupun aku bukan pemandu tetapi tetap penat. Kegiatan pergi ke maple pada waktu malam atau tengah malam masih belum bermula. Bangun pun sudah semestinya awal. Lepas subuh pun tak tidur menanti kelas yang pertama.

Cuma sekarang yang tinggal nak maintain kan kehidupan yang sihat di UTP. Result last sem pun tak berapa kacip. Jadi kena la berusaha sedaya yang termampu final sem ni. Doakan kejayaan aku rakan-rakan. Semoga kita sama-sama berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tuesday, June 23, 2009

Kehidupan musik

Aku mula terjebak dalam bidang musik sejak form 1 lagi. Semua ini adalah atas jasa baik senior aku. Padahal masa sekolah rendah dulu aku paling tak suka masa musik sebab masa tu aku main recorder teruk. Bunyi pun tak sedap.

Masa aku form, 1 asrama aku ni pancaragam yang lebih kepada aliran marching band. Marching band ni pasukan pancaragam yang bermain alat musik sambil berkawat. Kalau korang tak tau sila tengok cerita drumline.

Mula-mula aku masuk pancaragam ni target aku nak jadi drummer sebab nampak hebat dan menarik. Lagipun dalam marching band, drummer la yang menjadi tumpuan utama. Sebab di akhir persembahan mesti ada battle antara drummer. Masa tu dapat la tengok drummer goreng dengan mengeluarkan segala skill dan aksi yang menarik.

Tapi apakan daya memandangkan tubuh badan aku yang kecil pada masa itu, aku hanya terpilih untuk bermain alto saxophone. Alto saxophone ni ringan je. Kira senang la nak bawak masa kawad.

Marching band memerlukan koordinasi yang tepat antara drum major dan ahli band. Memang sukar sebab pada masa yang sama kita kena hafal step kawad dengan score lagu. Latihan marching band pun sangat keras dan kejam.

Tetapi aku berasa gembira dan teruja tiap kali turun latihan. Hubungan antara ahli band sangat erat. Kitorang saling bantu membantu dan bekerjasama bagi menjayakan sesuatu event. Dapat la aku merasa masuk perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Sungguh memenatkan tetapi pengalaman yang aku dapat sungguh bernilai dan tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Masa form 4 aku masuk sekolah berasrama penuh. Maka perjalanan musik aku juga berubah. Dekat situ aku beralih daripada marching band kepada orchestra. Tetapi aku tetap main alto saxophone.

Orchestra memang banyak bezanya dengan marching band. Walaupun orchestra hanya perlu duduk dan bermain namun tidak semudah yang disangkakan. Dalam orchestra lebih mementingkan harmoni (sound balance). Setiap section memainkan peranan masing-masing.

Bagi aku score orchestra jauh lebih susah daripada marching band. Secara tak langsung aku telah belajar macam-macam mengenai musik. Tiap-tiap tahun pertandingan yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya wind orchestra. Kualiti pertandingan ni memang tinggi sekali. Kalau tak silap aku tahun ni Tengku Kursiah yang menang.

Aku bertuah sebab masuk universiti pun aku dapat meneruskan apa yang aku belajar mengenai musik. Walaupun aku ambil kos yang tidak ada kena mengena dengan musik tetapi aku memang cukup menggemari bidang ini.

Di universiti aku tetap masuk orchestra cuma kali ni aku beralih dari alto saxophone kepada tenor saxophone. Bezanya tenor saxophone saiznya lebih besar dari alto saxophone. Aku berpeluang beberapa kali belajar dengan taiko-taiko Petronas Performing Art dan melihat persembahan daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.

Aktiviti tahunan, persembahan semasa konvo. Aku pernah sekali hendak merasa kelainan dalam bidang musik ni dengan menganggotai band Influx. Memang sukar untuk menggabungkan blowing instrument dengan gitar dan drum. Memerlukan kepakaran yang tinggi. Aku berterima kasih kepada Influx kerana sudi menjemput aku sebagai instrument tambahan dalam band diorang.

Impian aku mungkin suatu hari nanti aku dapat meneruskan minat aku dalam musik sebagai hobi ataupun memiliki kedai alat musik.

Wednesday, May 27, 2009

Zali G


Kalo Acan boleh jadi Vanessa Mae aku pula boleh jadi Kenny G. Gambar ni masa aku bersama rakan-rakan perform kat KLCC betul-betul kat depan pintu masuk menuju ke MPO. Terasa rindu lak. Dah lama betul aku tak sentuh benda ni. Kali terakhir sebelum intern. Kalo ada rezeki next semestar aku nak main masa convo. Mungkin untuk buat kali terakhir aku sentuh benda ni (saxophone).

Sunday, May 17, 2009

Final Exam

Akhirnya esok bermula lah paper pertama aku iaitu Petroleum Exploration. Mencari minyak ni bukannya mudah. Kena tau struktur Bumi dulu dan semua yang berkenaan hydrocarbon barulah boleh explore minyak tu.

Setelah 8 bulan lebih tak ambil peperiksaan esok baru aku nak merasa kembali menjadi pelajar. Sebelum ni aku intern memang syok tak payah pikir pasal peperiksaan pun. Namun sudah menjadi lumrah sebagai pelajar. Setelah belajar selama satu sem, akhir sekali diuji dengan peperiksaan untuk menguji sejauh mana kefahaman kita tentang mata pelajaran tersebut.

Esok aku kena mengadap kertas peperiksaan selama 3 jam. Lama tu, kalau tak tau memang bosan. Tapi masa tu lah kena kerah semua yang ada dalam otak ni keluar.

Di kesempatan ini, aku memohon seribu kemaafan kalo ada buat salah silap. Harap dimaafkan. Good luck kepada semua yang masih dalam exam mode. Jom-jom study.

Tuesday, May 12, 2009

Pagi sunyi sepi

Waktu sudah menghampiri subuh. Namun aku masih belum tido lagi. Sejak kebelakangan ni, aku dah jadi macam kelawar. Boleh jadi batman macam ni. Siang tido malam berjaga. Mungkin masa aku dah ikut negara lain.

Pagi-pagi ni memang sunyi sepi. Study memang syok mungkin senang masuk. Tido pun syok juga. Lagi-lagi study petroleum exploration memang seronok. Study pasal batu, stuktur Bumi. Boleh kata macam study geografi balik tapi ni lagi advance.

Sekarang ni tengah study week. First paper aku minggu depan hari isnin. Rasa macam lama lagi tapi kalau dah tolak sume dengan masa main-main memang kejap je dah nak final exam. Bila nak study rasa malas betul.

Bila tengok cerita dengan main game bulat pula mata aku. Masa belajar baca sikit je dah mengantuk. Bosan dan tepu. Biasa la tu memang lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku cuba juga study walaupun sedikit.

Hari ni dah mula exam Malaysian Studies. Aku ambil sem depan. Jadi good luck kepada kawan-kawan yang ambil. Semoga korang berjaya.

Tuesday, March 24, 2009

Badminton

Badminton adalah sejenis sukan yang menggunakan raket dan bulu tangkis. Ia boleh dimainkan secara perseorangan, bergu atau bergu campuran. Aku memang menggemari sukan ini sejak kecil lagi.

Masa dulu-dulu idola aku sudah semestinya keluarga Sidek yang telah mendominasi sukan ini. Aku memang layan kartun anak-anak Sidek. Tapi sejak kartun ni dah mula merepek seperti Razif menjadi spiderman dan sebagainya aku pun dah tak mengikuti perkembangan kartun ni.

Pengalaman yang diceritakan dalam kartun ni pun ada gak yang sama dengan aku. Seperti Misbun yang selalu dikurung dalam reban ayam sebab terlampau degil. Haha aku pun pernah merasa pengalaman ni semasa sekolah rendah. Masa dulu aku pun degil bukan baik sangat pun.

Selepas itu, aku lebih menyukai permainan Taufik Hidayat daripada Indonesia. Pernah sekali aku tengok Piala Thomas dengan warga Indonesia. Masa tu Final Malaysia vs Indonesia. Tapi apakan daya Indonesia yang menang masa tu.

Aku pernah juga pergi selection utk badminton masa sekolah dulu. Tapi sekadar lepas grouping je. Tangan aku tak kuat. Aku lemah bila nak balas bola belakang dengan backhand. Aku lebih suka main acara perseorangan kalo nak dibandingkan dengan beregu. Beregu lebih kepada persefahaman di antara pasangan. Manakala perseorangan lebih bebas.

Baru-baru ni aku diberi peluang untuk mewakili kos aku dalam acara badminton ni. Pada mulanya aku simpanan je. Disebabkan Abang Mat Nor cedera, aku pun berpeluang untuk bermain. Perlawanan pertama, aku bermain acara perseorangan.

Lawan aku kos IT warganegara Myanmar. Set pertama aku berjaya menguasai permainan dan aku menang tipis. Pada set kedua permainan agak seimbang dan aku kalah tipis. Pada masa ni, aku dah dapat rasa tekanan dari sekeliling gelanggang. Dengan sorakan padu daripada pasukan sorak Chemi aku pun meneruskan perjuangan. Coach aku Faiz. Dia cakap aku boleh menang perlawanan ni kalau aku dapat menguasai pergerakan lawan.

Tapi apakan daya pada set penentuan, pergerakan aku makin lama makin lemah. Macam nak pengsan pun ada. Akhirnya aku tumpas juga. Kalah tipis. Perlawanan ni memang lama adala nak sejam. Pengalaman ni memang tak akan aku lupakan. Lepas ni kena la aku selalu bersukan. Barula stamina tu mantap.

Pada keesokan hari aku main acara bergu pula. Pasangan aku Chia Ming dan kali ni kitorang menang mudah dengan kos Civil. Overall kos aku dapat nombor dua. Lepas ni kalo sapa-sapa nak main badminton ajak la aku ye. Kalau kat UTP kena datang awal la sebab court mesti penuhnya. Majulah sukan untuk negara.

Saturday, February 7, 2009

Kembali

Setelah sekian lama aku meninggalkan blog ini. Akhirnya aku kembali. Sejak masuk UTP ni rasa malas nak update blog. Lagi-lagi dengan internet yang lembab dan aku tak ada mood.

Sebagai pelajar tahun akhir dalam kejuruteraan kimia, selain belajar subjek-subjek lain aku juga kena buat final year project (FYP) dengan final year design project (FYDP). Ni yang membuatkan kepala aku mencanak untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk menyelesaikan masalah ni.

Tajuk FYP aku removal of thiosulphate from aqueous stream by using hydrogen peroxide advance oxidation. Jadi kalau korang ada article atau journal ke mengenai thiosulphate, hydogen peroxide dengan advance oxidation boleh la bagi tau aku ye.

Saturday, January 10, 2009

Selamat Tinggal

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semalam merupakan hari terakhir zaman pekerjaan aku dan aku akan kembali semula ke alam universiti sebagai pelajar tahun akhir.

Mungkin ini kali terakhir aku
naik putra lrt
makan kat central market
sembahyang jumaat kat tabung haji
makan kat zatimanis

Selamat tinggal Wangsa Maju dan Ampang Park. Selepas ini aku akan kembali ke bumi bertuah Tronoh.

Suasana hari ini di pejabat suram dan mendamaikan. Aku pun menghabiskan sisa-sisa aku di pejabat dengan melayari internet dan bermain sahaja.

Pabila jam menunjukkan pukul 5.30 secara rasminya tamatlah perkhidmatan aku sebagai trainee. Sebelum beredar pulang, aku bersama rakan-rakan yang lain berjumpa dahulu dengan kakitangan-kakitangan di pejabat.

Saat inilah yang menyedihkan sekali. Terasa sebak di hati. Nyaris-nyaris je air mata jantan ku mengalir keluar. Maklum la aku sudah bersama dengan diorang semua selama 8 bulan.

Satu jangka masa yang begitu lama sehinggakan hubungan kami menjadi rapat bagaikan sebuah keluarga. Aku pun cepat-cepat berjumpa dengan semua kakitangan dan terus bergegas pulang sebelum suasana menjadi lebih sedih.

Aku doakan semoga ALCIM lebih cemerlang dan berjaya selepas ini. ALCIM BOLEH!!!