Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Waste ink absorber

Hari ni aku berpuas hati kerana dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu aku selama ni. Printer aku sudah beberapa bulan terlantar sakit tidak boleh digunakan kerana error ni : The waste ink absorber is full.

Aku pun terpikir apakah benda ni. Tak pernah dengar pun. Puas gak la aku bukak printer tu cek kat bahagian ink. Tercari-cari dimanakah kedudukan waste ink absorber tu. Tapi tetap tidak ketemu juga. Akhirnya aku malas dan pasrah. Rasa nak hantar kedai tapi mesti kena charge mahal.

Untuk pengetahuan anda semua printer aku jenama Canon model PIXMA MP110. Hari ni aku memang dah nekad nak selesaikan masalah ni. Leceh nak pinjam printer orang lain. Jadi aku pun search kat internet. Lalu terjumpa cara untuk menyelesaikan masalah ni. Rupanya ada gak orang senasib dengan aku.

Arahan the waste ink absorber is full ini akan keluar bila sampai tahap penggunaan printer yang sudah mungkin print untuk beribu kali. Printer aku ni dah memang berusia tiga tahun. Dah cukup tempoh matang pun.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah mula-mula sudah semestinya kena pasangkan MP110.
Lepas tu tekan butang Menu diikuti dengan Scan, Copy dan Scan semula. Barulah keluar Service Mode. Kat sini kita pilih Service Menu. Lepas tu pilih:

NVRAM ACCESS
SET ABS-M LEVEL TO o
Dan tekan ok.
Akhir sekali padamkan printer dan hidupkan semula. Semua masalah selesai dan printer ini boleh digunakan semula seperti biasa.

Saturday, November 29, 2008

PrtScn SysRq

Adakah anda pernah mengalami masalah seperti ini:

Anda ditugaskan untuk menunjukkan demo kepada pekerja baru dengan membentangkannya menggunakan microsoft power point. Anda dikehendaki menunjukkan setiap langkah daripada awal sampai akhir.

Sebagai contoh tugasan ini menggunakan software di komputer. Jadi anda perlu menunjukkan semua yang dipaparkan di komputer anda.

Selalunya kalau menggunakan langkah kuno, anda akan menekan kekunci print screen di keyboard. Selepas itu, paste di paint dan crop bahagian yang anda kehendaki sahaja. Kaedah ini memang leceh sekali.

Namun sekarang tidak lagi. Dengan menggunakan software yang akan saya cadangkan ini, anda dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan sepantas kilat. Software ini juga bertujuan untuk merakamkan gambar yang anda ingini yang terpapar di paparan komputer anda.

JING


Software ini direka oleh TechSmith. Ia boleh digunakan untuk Windows Vista, XP dan Mac OS. Untuk pengguna windows anda perlukan Microsoft.Net Framework 3.0. Barulah anda boleh menggunakan software ini. Ia boleh didapati di laman web Microsoft. Selepas install, gambaran awan akan kelihatan di tengah desktop. Anda boleh menggunakannya dengan hanya menekan simbol tersebut dan pilih gambar yang anda kehendaki. Selepas itu, anda boleh edit. Barulah simpan di komputer. Anda boleh mendapatkan software ini di sini.

EVERNOTE



Software ini juga memainkan peranan yang sama seperti Jing. Anda cuma perlu install sahaja di komputer anda dan boleh digunakan selepas itu. Tetapi anda perlu signup terlebih dahulu. Begitu juga dengan Jing. Akaun ini berperanan supaya anda boleh berkongsi gambar tersebut di internet. Cara penggunaan ialah anda hanya perlu menekan kekunci print screen dan selepas itu drag arrow meliputi gambar yang anda kehendaki sahaja. Selepas itu simpan di komputer anda. Anda boleh mendapatkan software ini di sini.

Kedua-dua software yang saya nyatakan di atas adalah percuma. Anda tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun. Walaupun percuma, software ini sama bagus dengan software yang kena bayar seperti Snagit. Selamat mencuba.

Tuesday, November 11, 2008

Creative Prodikeys

Canggih betul zaman sekarang ni. Macam-macam benda ada. Masa mula-mula aku tengok keyboard ni terkejut gak aku. Haha ingatkan milo dengan nescafe je boleh 3 in 1. Rupa-rupanya keyboard pun boleh.

Keyboard di atas berserta dengan piano. Kiranya memang sesuai sangat la untuk orang yang minat musik dan juga yang baru berjinak-jinak dengan piano. Kalau berserta dengan saxophone aku beli la. Haha memang mustahil.

Bagi aku produk ni memang bagus. Cuba bayangkan, masa tengah boring study, buat assignment atau report, boleh la lepas geram kat piano tu. Goreng la satu dua lagu untuk menghiburkan diri sendiri. Harganya aku pun tak pasti. Kat Lowyat mesti ada jual lah.

Sunday, November 2, 2008

Cooler Master CM Stacker 830 Nvidia Edition

Aku memang penggila komputer. Walaupun laptop lebih mudah dibawa dan sebagainya tapi hatiku tetap kat desktop. Dengan desktop kita boleh naik taraf tanpa had. Kalau laptop leceh dan ada had. Cuma kelemahannya desktop ni boleh pakai kat rumah jela. Lepas tu nak bawa ke mana-mana memang tak dapat.

Penah dulu timbul rasa iri hati terhadap Bad apabila beliau boleh melihat movie dengan menggunakan laptop beliau sambil berbaring di atas katil. Aku tak boleh buat. Apa-apa hal aku kena duduk atas kerusi. Tu timbul kes tertido atas kerusi. Perkara tu bukan disengajakan.

Berbalik kepada kegilaan aku terhadap komputer. Dulu masa first year aku pernah buat hal dengan membeli cd Windows XP original dengan menggunakan wire transfer. Terkejut kawan-kawan aku. Lepas itu, aku upgrade komputer aku secara menyeluruh.

Mula-mula aku upgrade graphic card. Untuk menampung beban yang disebabkan graphic card tu aku tukar motherboard pula. Sejurus lepas itu processor. Akhir sekali aku tambah power supply dengan RAM. Baru la komputer aku dapat beroperasi ke tahap yang tertinggi. Semuanya bersangkut paut. Dah tukar satu kena tukar yang lain pula.

Baru-baru ini aku buat hal lagi. Kali ini aku tukar casing pula. Tujuan utama untuk mendapat ruang yang lebih dan penyejukan tahap maksimum. Biar beku barula tak ada overheating. Jumaat hari tu lepas kerja aku terus bertungkus lumus memasang casing ini. Bila dah pasang semua tak boleh on pula. Baran betul aku. Bila cek-cek barulah aku jumpa puncanya. Aku tersambung wayar ke tempat yang tak sepatutnya patutla tak on.

Kotak pun gedabak besar macam beli tv lcd.

Serabut penuh dengan wayar.

Serba hijau macam Kedah

Sekarang komputer aku dah sejuk macam pasang air cond. Tapi casing berat betul. Tercabut tulang aku bila angkat casing ni. Aku tetap berpuas hati dengan pembelian ni. Bagi aku memang berbaloi.

p/s: Aku sudah pokai....

Friday, September 26, 2008

Belanjawan




Korang mesti ada mengalami masalah seperti ini :
  1. Lari budget
  2. Duit tidak tahu dibelanjakan ke mana
Aku rasa dengan software ni masalah tu dapat dikurangkan atau diatasi sama sekali.


Nama diberi Personal Finances. Ia boleh didapati secara percuma di http://www.financessoftware.com/.
Ia juga senang digunakan kerana interface software ini senang difahami. Korang dapat lihat dengan sendiri perbelanjaan korang banyak tertumpu ke mana. Seperti contoh duit korang banyak dibelanjakan untuk membeli pakaian.

Berdasarkan paparan di atas, kita dapat lihat perbelanjaan dan simpanan ditunjukkan secara sistematik. Ini dapat membantu korang untuk membuat perancangan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Sesungguhnya berbelanja boros itu adalah amalan yang tidak baik. Rancanglah perbelanjaan korang dengan bijak. 

Saturday, September 20, 2008

Software

Hari ni aku nak cerita sikit pasal software yang aku rasa sangat-sangat berguna.

CCleaner = Software ni mmg best sebab fungsi dia adalah untuk membuang fail yang tak berguna dalam sistem komputer anda seperti cache dan temporary file. Ia juga menyebabkan komputer anda boleh berfungsi lebih laju, berkesan dan anda akan mempunyai ruang hard disk yang lebih.

Recuva = Software ni pula berfungsi utk mengembalikan kembali file yang telah terpadam secara sengaja atau tidak.

Defraggler = Software ni hampir sama dengan defragmenter dlm komputer cuma bezanya, ia boleh mendefrag file tanpa perlu mendefrag semua disk. Ia mudah digunakan.
  • Ketiga-tiga software yang aku nyatakan td dibuat oleh piriform. Ia mudah digunakan dan tidak memakan ruang yang banyak dalam hard disk anda. Lebih-lebih lagi software ini adalah freeware(percuma) .
Anda boleh mendapatkan software ni di sini http://www.filehippo.com/