Tuesday, September 24, 2013

mohdnorzali.com

Blog ini secara rasminya sudah berpindah ker wordPress platform di mohdnorzali.com.

Jumpa anda di sana.

Monday, September 2, 2013

Harga RON95 Naik

Macam biasa rutin harian. Tengok update transfer window. Tengah kecoh sekarang Gareth Bale perpindahan pemain termahal dunia. Aku pun tengah setia menanti bila la Arsene Wenger nak beli pemain ni.

Perut pun lapar. Aku makan malam agak lewat selepas Isyak. Sambil makan tengok drama Korea ibu aku menyapa dari belakang.

Ibu: Along harga minyak naik tu.

Aku: Biar betul.

Ibu: Tak caya cuba tengok dekat berita tu.

Aku: Iyeke.

Masa ni berita tu keluar dekat line yang bergerak dekat bawah masa berita. Aku terlepas pandang. Mungkin mak aku salah tengok kot.

Tak lama lepas tu office mate aku whatsapp.

Source: Berita Harian

Aku baca tajuk jer. Sah ni bukan gurauan. Harga minyak memang dah naik. Agak terlambat gak sebenarnya aku menerima berita malapetaka ni. Takuk minyak dekat kereta aku pun dah tinggal dua. Memang cari padah kalau aku nak isi minyak esok.

Tanpa membuang masa, aku terus tekan minyak full throttle ker stesen minyak berdekatan iaitu Shell Saujana Utama.

Seperti diduga, manusia dah berkerumun di stesen minyak tersebut bagaikan semut mendapatkan gula. Selepas 30 minit menunggu berjaya juga aku mengisi minyak RON 95 harga runcit RM1.90 seliter buat kali yang terakhir. Aku bantai tangki penuh. Satu penantian yang berbaloi

Situasi Cemas

Selama aku belajar di universiti, aku memang tak ambil kisah pasal harga minyak ni. Sebab bukan keperluan pada masa tu. Sekarang RON 95 sudah menjadi RM2.10.

Walaupun aku bukan pakar ekonomi, namun dengan menggunakan common sense aku ni, lepas ni harga barang lain juga akan turut naik. Jadi sama-sama la kita menghadapi hari mendatang dengan bijak.

Sunday, September 1, 2013

Ayam Golek

Malaysia memang terkenal dan kaya dengan pelbagai jenis makanan. 

Dalam banyak-banyak makanan, ayam la yang menjadi cita rasa pembuka selera aku.

Ayam golek tetap menjadi pojaan hatiku. 

Kain Rentang Mus
Berdekatan kawasan tempat aku tinggal,

gerai Mus Ayam Golek Black Pepper memang 

menjadi pilihan aku. Ayam golek beliau

memang cukup serba serbi ditambah dengan sos 

black pepper. Terbaik. 


Harga untuk seekor ialah 

RM 16. Beliau juga menerima tempahan untuk

sebarang majlis.

Lokasi di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh berdekatan 

dengan masjid. 

Ayam golek black papper Mus ni boleh dimakan dengan nasi 

ataupun cukup diratah begitu sahaja.

Cubalah rasa pasti tidak mengecewakan.