Friday, July 31, 2009

Pesta Durian

Pesta ni dah berlangsung sabtu lepas. Aku memang sibuk sepanjang minggu lepas. Minggu ni aku tak sibuk kerana aku bercuti disebabkan UTP ditutup. Jadi berpeluang la aku untuk menceritakan perjalanan aku ke pesta durian ni.

Pesta Durian ni berlangsung di Taiping. Kalau tak silap aku ia merupakan acara tahunan. Selama aku duduk belajar kat Perak ni selama kira-kira 7 tahun. Sekali pun aku tak pernah menjejakkan kaki ke Taiping ni. Jadi aku menggunakan peluang ni konvoi beramai-ramai ke Taiping.

Kalau ikut kan fakta, aku memang bukan pemakan durian tegar. Cukup la sekadar dua tiga ulas. Namun suasana tu yang penting. Walaupun sekarang ni wabak virus H1N1 berleluasa, tetapi pesta durian ni tetap dipenuhi dengan ribuan manusia. Aku percaya bukan semua orang yang berkunjung ke pesta durian ni datang dari negeri Perak.

Suasana kat Taiping ni memang nostalgia. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama. Bangunan yang tinggi pun memang sukar untuk dijumpai. Mungkin lain kali aku berpeluang untuk melawat Zoo Taiping. Aku pun tak tau apa beza dan bestnya Zoo Taiping kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara.

Lepas puas mentedarah durian, kitorang cepat-cepat bergegas ke air terjun dekat belakang MRSM Taiping. Lokasi air terjun ni memang rare. Orang pun sikit je tapi yang menariknya kedalaman air nya memang dalam. Kalau aku terjun sudah pasti tak timbul dah lepas tu. Berbagai-bagai aksi terjun tiruk ditunjukkan oleh perenang-perenang berbakat besar. Aku tak reti berenang. FOBIA.

Akhir sekali kitorang pergi makan mee banjir udang kat warung Mak.Teh. Nama pun mee banjir udang. Udang dia memang besar-besar dan banyak sampai melimpah satu mangkuk. Aku hanya sekadar menolong rakan-rakan yang tewas untuk menghabiskan udang.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur. Korang memang best. Lain kali kalau ada event yang best2 ajak la aku sekali.

Monday, July 20, 2009

New Start

Akhirnya aku kembali semula ke UTP mungkin untuk terakhir kali sebagai pelajar. Seperti biasa awal sem ni semangat baru berkobar-kobar. Azam baru pun datang kembali menghantui diri. Bilik pun kemas teratur rapi. Persiapan untuk berperang dan untuk kehidupan di UTP semua sudah dibeli. Jadual pun sudah disusun berperingkat-peringkat.

Tidur pun awal mungkin kerana penat disebabkan perjalanan ke Tronoh yang tercinta ini. Walaupun aku bukan pemandu tetapi tetap penat. Kegiatan pergi ke maple pada waktu malam atau tengah malam masih belum bermula. Bangun pun sudah semestinya awal. Lepas subuh pun tak tidur menanti kelas yang pertama.

Cuma sekarang yang tinggal nak maintain kan kehidupan yang sihat di UTP. Result last sem pun tak berapa kacip. Jadi kena la berusaha sedaya yang termampu final sem ni. Doakan kejayaan aku rakan-rakan. Semoga kita sama-sama berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.