Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Ninja Saga : Jounin Exam 4/5: The Elements

Macam biasa aku habis test ni lepas tahap kesukaran dikurangkan tapi sebenarnya masih sukar dan memerlukan strategi untuk melepasinya.

Test ini kita kena berlawan dengan element yang boleh bertukar-tukar iaitu api, batu, air, angin dan petir. Tips untuk lepas test ini:

  1. Free user boleh bawak scroll sebanyak 20 je tapi kita boleh gunakan bugs yang ada dalam game ini untuk dapat kan 40. Mula-mula beli 20 scroll lepas tu lawan dengan boss yang boleh dapat magatama tu sampai scroll habis tapi jangan bagi menang. Lepas tu beli lagi 20 scroll. Kemudian refresh laman web. Dapat 40 scroll. Beli healing scroll semuanya.
  2. Kali ni kita boleh control teammate kita. Jadi pilih la teammate yang ada jutsu feather illusion, water bundle dan jutsu yang boleh stun.
  3. Kemudian bila kena serang buat pertama kali, perhatikan damage dari element mana yang paling kritikal.
  4. Pastikan element yang kuat tu sentiasa dihalang dengan stun.
  5. Tumpukan serangan kepada element yang paling lemah defend. Nak tau mana satu senang je serang je secara random.
  6. Bila simbol ditengah muncul maka element pun bertukar dan ulang semula step 3 untuk memastikan element mana yang paling merbahaya dan paling lemah.
Good luck....

Friday, June 18, 2010

Ninja Saga : Jounin Exam 3/5: The Kekkai

Test dua memang sukar kalau bukan user berbayar memang agak mustahil untuk lepas. Namun apabila sudah dipermudahkan memang sangat senang. Cuma tak dapat batch sebab dah lepas daripada tarikh exam.

Misi test kali ini ialah untuk unseal 4 jenis kekkai. Bermula dari dua tempat kosong hingga lima tempat kosong. Test kali ini bermain dengan kebarangkalian. Korang mungkin boleh apply Probability and statistic untuk menyelesaikan test ini.

Gambar di atas ada menunjukkan dua lambang kosong yang color hijau dan kuning. Jika ada 2 kat color hijau dan 1 dekat color kuning bermaksud ada 2 rune yang betul kedudukan dan warnanya. Manakala 1 color kuning bermaksud color rune betul tapi kedudukannya salah. Jika untuk 5 tempat kosong dalam kes contoh di atas. 2 color hijau dan 1 color kuning. Maka 3 baki tu adalah salah color rune dan posisinya.

Tips untuk lepas test ini ialah:
  1. Mula-mula sebagai contoh letak je sume tempat kosong dengan rune color hijau.
  2. Lepas tu kita tengok dekat lambang hijau dan kuning ada berapa yang kena. Untuk peringatan tak semestinya rune itu boleh dipenuhi hanya dengan rune yang berlainan colornya.
  3. Ulang balik step pertama sehingga cukup nombor rune yang diperlukan.
  4. Bila sudah tau rune mana yang diperlukan baru la bermain dengan posisi rune pula. (3 step yang pertama untuk membuang rune yang tidak diperlukan).
  5. Perlu diingati korang ada 10 kali percubaan sahaja. Jadi bila dah tau rune mana yang diperlukan susun la rune tersebut sehingga berjaya.
Nasib juga memainkan peranan yang tinggi untuk lepas test ni. Good luck.

Tuesday, June 8, 2010

Ninja Saga : Jounin Exam 1/5: Hand Seals

Nak ambil test ni hanya pemain level 40 sahaja yang layak. Sume sekali testnya ada lima. Ni baru test yang pertama. Berakhir 10 June ni.

Testnya terdiri daripada 10 soalan. Hanya diberi peluang 3 nyawa sahaja untuk setiap kali percubaan. Boleh cuba banyak kali.




Gambar di atas menunjukkan preview test tersebut. Mula-mula dia tunjuk hand seals untuk buat jutsu tersebut. Selepas tu dia bagi kita 10 saat untuk ingat urutan hand seals tersebut. Selepas tu kita kena isi petak kosong dengan hand seals yang betul.

Macam gambar di atas ada 6 kotak kosong. Dia akan meningkatkan petak kosong dari 2 hingga 10. Kira makin lama makin sukar. Memang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk lulus test ni.

Tips aku untuk berjaya test ni ialah dengan print gambar di atas. Lepas tu ingat hand seals yang ada atas kertas tu. Tiap kali test urutan hand seals tu akan ditukar. Bila dia dah tunjuk hand seals cepat-cepat tanda nombor contohnya kalau kotak kosong ada 6. Tanda la kat kertas pada hand seals yang berkenaan mengikut urutan.

Nanti bila nak letak balik hand seals dalam kotak kosong tu senang la. Sebab kita dah tandakan pada gambar yang kita print tadi. Cara ini memang berkesan. Tapi kena ingat dulu la simbol hand seals kat gambar di atas dulu. Senang la nanti bila nak tanda.

Good luck.

Saturday, February 6, 2010

Ninja Saga Chunin Exam

Zaman sekarang ni semua kena exam dulu. Masa belajar ada exam, masa nak naik pangkat pun kena exam dan masa main game pun ada exam. Apa yang aku nak cerita ni adalah game kat fb iaitu ninja saga. Aku baru je lepas exam. Exam ni boleh ambil bila dah level 20. Melayakkan kita dari genin ke chunin. Exam dia ada 5 lapis.

Test 1



Test 1 multiple choice. Kira ni soalan bocor la. Bezanya susunan dia je. Mudah dan senang. Beralih ke test 2. arrow

Test 2



Jalan cerita dia memang ikut Naruto. Berdasarkan video di atas. Nak senang lulus kita kena elak halangan yang tidak perlu. Tapi tula aku dah banyak kali tersangkut kena lawan gak. Sebelum buat test ni pastikan dah recruit dua orang geng terlebih dahulu. Bila dah kutip ketiga-tiga scroll baru la beralih ke test 3.
arrow

Test 3

Bermula dari sini sudah terasa kesukarannya. Test 3 terbahagi kepada 3 bahagian. 1 kena lawan dengan lok li.



Video di atas adalah guide sahaja. Kalau pakai element earth boleh la ikut macam video di atas. Macam aku pakai element api dan taijutsu. Key kepada kemenangan lebih senang jika kita ada genjutsu. lok li ni dia punya ilmu ialah Eight Gate. Bila dah mula guna pencak ni, lebih elok kita stun dia dengan menggunakan genjutsu.

Dah menang pusingan ke dua lawan shira pula.



Shira ni pula jutsu dia berupaya nak sedut chakra. Jadi masa dia guna tu stun dia dengan pada masa yang sama charge chakra. Pusingan terakhir lawan dengan zuka.



Zuka ni tak ada jutsu yang istimewa cuma serangan dia hampir semua critical. Jadi yang mempunyai nyawa yang sedikit macam aku ni memang masalah. Untuk mengatasi masalah ni bawak la healing scrolls banyak-banyak.

Test 4



Ni memang test yang paling mencabar sebab kena lawan gaara kalo dalam cerita naruto. Nak menang dengan diorang ni kena la ada teamate yang kuat. Masa ni dah ramai orang yang lvl 20 aku recruit. Namun tak berjaya juga. Akhir sekali terpaksa gak la aku recruit NPC. NPC ni memang banyak membantu sebab ada jutsu protection yang dapat protect kita dan pada masa yang sama attack dia memang kuat. Cuma nak pakai NPC ni kena pakai token kosnya 40 tapi memang berbaloi.

Test 5




Test yang terakhir ni kita akan dibantu oleh Genzu dengan Shin. Tips nak lepas test terakhir ni senang je pastikan anda tak mati. Aku memang banyak bertahan jela test ni. Tak habis-habis heal. Yang banyak serang Genzu dengan Shin je.

Peringatan yang test 3 tu kalau kalah kena mula dari awal balik kena lawan lok li balik. Good luck guys. Enjoy this game.
:gatau:

Sunday, May 31, 2009

Brute2

Baru-baru ni utp dilanda fenomena my brute. Kalau sape tak tau pasal game ni memang ketinggalan. Game ni simple je. Pakai flash dan hanya memerlukan internet. Game ni ala-ala street fighter cume bezanya kita kena pilih watak. Yang lain semua sudah ditentukan.

Paling menarik sekali, kalau kita bernasib baik awal-awal dapat la watak yang best. Misalnya dapat beruang atau serigala ke. Tu memang idaman setiap insan yang bermain my brute. Tapi memang susah la aku pun tak dapat lagi.

Dapat skill merepek je. Senjata pun tak best. Sehari boleh lawan tiga kali je. Mana puas. Sebab tu la ramai orang buat watak lebih dari satu.

Kalo korang berminat aku boleh tolong buat kan watak my brute yang warna hitam semua kecuali pakaian. Brute warna hitam ni tak ada keistimewaan pun cuma nampak ganas dan garang la. Masa pilih tu memang tak ada brute warna hitam.

Nila my brute warna hitam tu stylo kan?

Kalau nak jadi anak murid aku atau nak lawan aku boleh la pergi kat address ni
  1. Rifae
  2. Sorales

Monday, November 3, 2008

Demo Football Manager 2009

Penantian memang satu penyiksaan. Akhirnya demo FM2009 sudah dikeluarkan. Memang saat ini yang aku nantikan.

Kali ini demo FM2009 dikeluarkan dalam dua versi iaitu vanilla dan strawberry. Haha macam perisa ais krim pun ada.

Vanilla : Saiz dia lebih kecil dari strawberry. Oleh itu, gambar pemain, logo kelab dan jersi kelab tak ada dalam versi ini.

Strawberry : Manakala strawberry installernya besar iaitu 1 gig. Gambar pemain, logo kelab dan jersi kelab ada dalam versi ini.

Dua-dua versi hanya boleh main selama separuh season.

Link untuk download demo FM2009 :
Demo FM2009

p/s : Aku mesti la ambil versi strawberry baru seronok. Lagipun aku pakai desktop. Tak ada hal la.

Wednesday, October 8, 2008

Monopoly


Sejak dua menjak ni aku dah mula balik main monopoly. Sampai penghuni condo sewa ni turut sama memeriahkan suasana.

Diingatkan jangan main-main. Kerana monopoly ni la sahabat baik pun boleh bermusuhan. Suasana yang aman pun boleh jadi tegang. Bagaikan pertumpahan darah akan berlaku. Perebutan tanah bermaharaja lela. Golongan yang mempunyai banyak tanah dan wang menjadi kuasa besar.

Lebih-lebih lagi masa nak buat urusan tukar menukar. Rundingan yang bijak boleh membawa kemenangan manakala rundingan yang noob boleh membawa kepada malapetaka sehingga mengganggu gugat pemain yang lain.

Sebenarnya permainan monopoly ni lebih kurang sama je dengan permainan saidina dan jutaria kalo anda pernah dengar. Platform yang digunakan ialah komputer. Modern la sikit kan. Komputer paling cikai pun boleh main permainan ini.

Maksimum pemain ialah empat orang. Kalau tak nak lawan dengan manusia anda boleh bermain dengan komputer itu sendiri. Monopoly ini menyediakan tiga tahap kesukaran. Yang membezakan monopoly dengan saidina ialah jika anda hendak membina rumah, syaratnya anda mesti memiliki kesemua tanah yang mempunyai warna yang sama misalnya warna merah.

Kalau anda tidak memiliki duit untuk membeli tanah anda boleh melelong tanah tersebut kepada pemain lain (auction). Jika jumlah wang terkumpul anda adalah negatif, anda bolehlah menggadaikan tanah anda kepada bank (mortgage).

Nasib memang memainkan peranan yang penting dalam permainan ini di samping kemahiran anda menguruskan perniagaan dan urusan jual beli. Sebab permainan ini menggunakan dadu. Selalunya nasib memang tidak baik, oleh itu anda terpaksa berunding dengan pemilik tanah yang mempunyai warna yang sama (trade). Sesudah persetujuan dicapai baru la anda memiliki tanah tersebut.

Pemenang permainan ini ditentukan apabila salah seorang daripada pemain tersebut berjaya memonopoli kesemua tanah yang ada dalam permainan ini. Anda diisytiharkan muflis (bankrup) apabila anda tidak mampu membayar hutang piutang kepada pemain yang berkenaan.

Seronok main permainan ini bersama rakan-rakan. Tapi jangan lupa buat benda lain sudah. Permainan ni memang mengambil masa yang lama untuk habis. Nasib baik boleh save.Permainan ini memang sesuai untuk semua lapisan umur.

Kalau direnungkan keadaan permainan ni sama je dengan keadaan sebenar. Manusia berebut hanya semata-mata kerana harta benda. Sanggup berkorban apa sahaja. Akhir kalam, selamat mencuba...

Saturday, September 20, 2008

Football Manager 2008

Dengan lafaz Bismillah aku merasmikan blog ni. Mula-mula sekali aku nak cerita pasal benda yang aku paling minat tak lain dan tak bukan mestilah football manager(fm). Sebelum fm2009 keluar aku nak kongsi bersama rakan-rakan pengalaman aku bermain fm08.

Selalunya aku mesti pakai Arsenal. Tp kali ni aku melakukan sedikit anjakan paradigma dengan memakai pasukan yang terlampau lemah iaitu Sheffield United. So, misi aku untuk first season mestilah nak promotion.

Di sini aku sediakan review. Pemain yang aku beli berbekalkan transfer budget yang ciput je. Begitu juga dengan performance pasukan aku.

Ni senarai pemain yang aku beli


Nak dipendekkan cerita selapas 46 match, ni lah keputusan yang aku dapat

Korang sendiri dapat tengok. Dengan bimbingan aku, Sheff Utd jauh meninggalkan pencabar terdekat dengan beza mata yang begitu jauh bagai langit dengan bumi.

Akhirnya aku dapat promotion dengan begitu bergaya. Ni review yang aku buat terhadap performance pemain aku.
  • Billy Sharp = Penyerang profilik aku. Dia sorang je score 50 gol. Tamak betul beliau.
  • Almenning = Memang goalkeaper yang boleh diharapkan.
  • Joe Mattock = Young attacking leftback yang rajin.
Sampai di sini saja post pengenalan aku. Kalo aku rajin aku cite lagi second season aku pulak. Kalo ada sebarang pertanyaan mengenai fm08 jangan segan untuk bertanya. Kalo aku tau aku akan tolong. Majulah bola sepak untuk negara.