Monday, June 29, 2009

Confederation Cup

Bahang piala dunia 2010 kian terasa. Pagi tadi berlangsung perlawanan akhir antara Amerika dengan Brazil. Pertemuan yang tidak disangka. Aku budget time final, Spain yang lawan dengan Brazil. Tapi apakan daya Spain kalah dengan Amerika masa semi final sekaligus memusnahkan rekod tanpa kalah mereka. Dunia-dunia. Haha tula kata kawan aku apabila Amerika menang.

Kejutan paling besar bermula masa grouping lagi. Penyandang juara piala dunia Itali kecundang kepada Egypt dengan jaringan 1-0. Tuan rumah piala dunia 2010 Afrika Selatan tidak kurang hebatnya. Dapat memberikan saingan sengit kepada Brazil dan Spain.

Tu pun pagi tadi Amerika mendahului 2-0. Sebelum Brazil comeback dan menang 3-2. Tak sabar aku nak berjaga pagi tahun depan nak tengok piala dunia. Aku predict piala dunia 2010 ni penuh dengan kejutan. Kemungkinan besar Itali tidak dapat mempertahankan kejuaraan dan juara baru mungkin datang dari benua Afrika.

Aku rasa negara yang dapat pergi jauh sudah semestinya Spain, France, Brazil dengan Itali. England favorite gak tetapi selalunya tak pergi jauh.

Transfer rumor kali ni memang menarik minat aku. Arsenal akhirnya mengorak langkah untuk menandatangani Karim Benzema. Harap-harap jadi.

Thursday, June 25, 2009

Bunyi Gitar

Bagi aku la kan, gitar ni sejenis alat muzik yang pelik dan unik. Dengan hanya menggunakan tali boleh menghasilkan bunyian yang merdu didengar oleh telinga.

Kawan aku ramai yang reti main gitar. Sehinggakan ada yang tidak dapat dipisahkan dengan gitar. Gitar la peneman hidup ketika kesepian.

Aku paling kagum dengan Sungha Jung. Budak ni dari Korea. Saiz gitar tu lagi besar dari dia. Tapi dia boleh main gitar tu setenang air di kali. Tidak ada masalah. Tengok dia main lagu classical memang mengujakan.

Sekarang ni dia dah jadi professional fingerstyle guitarist.


Cara dia main gitar macam dalam cerita August Rush. Aku cadangkan korang tengok la cerita ni. Ni antara cerita musical yang best selain Once.



Aku minat sangat dengan lagu more than words. Lagu dia slow je. Relax je dengar.

Tuesday, June 23, 2009

Kehidupan musik

Aku mula terjebak dalam bidang musik sejak form 1 lagi. Semua ini adalah atas jasa baik senior aku. Padahal masa sekolah rendah dulu aku paling tak suka masa musik sebab masa tu aku main recorder teruk. Bunyi pun tak sedap.

Masa aku form, 1 asrama aku ni pancaragam yang lebih kepada aliran marching band. Marching band ni pasukan pancaragam yang bermain alat musik sambil berkawat. Kalau korang tak tau sila tengok cerita drumline.

Mula-mula aku masuk pancaragam ni target aku nak jadi drummer sebab nampak hebat dan menarik. Lagipun dalam marching band, drummer la yang menjadi tumpuan utama. Sebab di akhir persembahan mesti ada battle antara drummer. Masa tu dapat la tengok drummer goreng dengan mengeluarkan segala skill dan aksi yang menarik.

Tapi apakan daya memandangkan tubuh badan aku yang kecil pada masa itu, aku hanya terpilih untuk bermain alto saxophone. Alto saxophone ni ringan je. Kira senang la nak bawak masa kawad.

Marching band memerlukan koordinasi yang tepat antara drum major dan ahli band. Memang sukar sebab pada masa yang sama kita kena hafal step kawad dengan score lagu. Latihan marching band pun sangat keras dan kejam.

Tetapi aku berasa gembira dan teruja tiap kali turun latihan. Hubungan antara ahli band sangat erat. Kitorang saling bantu membantu dan bekerjasama bagi menjayakan sesuatu event. Dapat la aku merasa masuk perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Sungguh memenatkan tetapi pengalaman yang aku dapat sungguh bernilai dan tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Masa form 4 aku masuk sekolah berasrama penuh. Maka perjalanan musik aku juga berubah. Dekat situ aku beralih daripada marching band kepada orchestra. Tetapi aku tetap main alto saxophone.

Orchestra memang banyak bezanya dengan marching band. Walaupun orchestra hanya perlu duduk dan bermain namun tidak semudah yang disangkakan. Dalam orchestra lebih mementingkan harmoni (sound balance). Setiap section memainkan peranan masing-masing.

Bagi aku score orchestra jauh lebih susah daripada marching band. Secara tak langsung aku telah belajar macam-macam mengenai musik. Tiap-tiap tahun pertandingan yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya wind orchestra. Kualiti pertandingan ni memang tinggi sekali. Kalau tak silap aku tahun ni Tengku Kursiah yang menang.

Aku bertuah sebab masuk universiti pun aku dapat meneruskan apa yang aku belajar mengenai musik. Walaupun aku ambil kos yang tidak ada kena mengena dengan musik tetapi aku memang cukup menggemari bidang ini.

Di universiti aku tetap masuk orchestra cuma kali ni aku beralih dari alto saxophone kepada tenor saxophone. Bezanya tenor saxophone saiznya lebih besar dari alto saxophone. Aku berpeluang beberapa kali belajar dengan taiko-taiko Petronas Performing Art dan melihat persembahan daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.

Aktiviti tahunan, persembahan semasa konvo. Aku pernah sekali hendak merasa kelainan dalam bidang musik ni dengan menganggotai band Influx. Memang sukar untuk menggabungkan blowing instrument dengan gitar dan drum. Memerlukan kepakaran yang tinggi. Aku berterima kasih kepada Influx kerana sudi menjemput aku sebagai instrument tambahan dalam band diorang.

Impian aku mungkin suatu hari nanti aku dapat meneruskan minat aku dalam musik sebagai hobi ataupun memiliki kedai alat musik.

Sunday, June 21, 2009

Tag dari Nymq

Instructions as follows:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and describe about it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Gambar ni diambil kalau tak silap aku ketika hari jadi aku yang ke-14 di Tasik Titiwangsa. Keluarga aku suka meraikan hari jadi aku walaupun secara serba sederhana. Lagipun senang masa hari jadi aku satu Malaysia cuti. Kira masa tu kalau aku tak pulang ke kampung pun aku cuti. Masa ni aku menuntut di STAR Klang dan tinggal di AYSK. Bukti yang paling nyata aku mengenakan pakaian keluar bandar warna biru tu. Rindu pula rasanya. 1001 kenangan dan pengalaman di AYSK.

Aku tag
  1. Acan
  2. Acap
  3. Lisa
  4. Gedo
  5. Teloq
  6. Sakilah

Friday, June 19, 2009

iPhone 3G S

Telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell. Berdasarkan peredaran zaman, telefon telah berevolusi dari pelbagai segi. Telefon telah berubah dari sudut saiz dan fungsi. Zaman dulu telefon punya lah besar. Teringat lagi aku telefon berjenama ericsson. Saiznya sama macam walkie-talkie. Masa tu telefon hanya boleh digunakan untuk menelefon sahaja.

Selepas itu, saiz telefon sudah menjadi kecil sehingga boleh dimasukkan ke dalam kocek. Fungsinya turut bertambah. Dengan handphone kita boleh telefon, meseg, dengar lagu, tengok video, tangkap gambar, mengira dan sekarang dengan teknologi 3G kita boleh melayari internet dengan menggunakan telefon.

Aku memang berminat dengan teknologi. Cuma masalahnya, barang yang berteknologi tinggi harganya pun tinggi juga. Lagi-lagi barang tu bukan dihasilkan oleh inventor negara kita sendiri. Untuk menjadi inventor memerlukan pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang serta pada masa yang sama kena mempunyai fikiran yang kritis dan kreatif.

Aku terpikat dengan iPhone keluaran baru daripada Apple. Model iPhone 3G S, ni update daripada model lama iPhone 3G. Sekarang ni kat Malaysia ada model iPhone 3G je. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli iPhone tunggu la model yang latest keluar. Cuma yang kurangnya kat Malaysia ni nak beli iPhone kena sekali package dengan maxis. Sebab tula mahal. Kalau kat luar negara dia pakai AT&T.

Apple ni memang terkenal dengan graphical interface yang menarik dan senang untuk dikendalikan. iPhone 3G S mempunyai banyak fungsi seperti kompas, game, internet, kamera, recorder dan berbagai-bagai lagi. iPhone 3G S ni lebih laju dua kali ganda daripada iPhone 3G daripada semua segi.

Wednesday, June 17, 2009

Tag dari Acan

Sebenarnya walaupun aku tengah bersenang-lenang kat rumah ni tetapi jauh di dalam sudut hati aku gementar menunggu result final exam aku lagi-lagi subjek Reservoir Engineering dengan Petroleum Exploration. Menyeramkan sampai meremang bulu roma. Final Year Projek pun satu lagi yang perlu diselesaikan. Namun hidup mesti diteruskan. Jadi nak mengisi masa terluang ni aku jawab la tag dari Acan ni.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

Bagi aku tak perlu la frust menonggeng. Cuma mungkin aku akan mendiamkan diri selama beberapa minggu untuk reset balik kepala otak aku. Lepas tu, teruskan kehidupan seperti biasa. Bak kata orang putih "Life must go on".


2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Boleh hentikan masa macam Hiro Nakamura dalam cerita Heroes.

3.Whose butt would you like to kick?


Bruce Lee.

4.
What would you do with a billion dollars?

Beli Arsenal lepas tu buat akademi kat Malaysia. Secara tak langsung bantu majukan bola sepak kat Malaysia. Beli semua yang ada perkataan mewah seperti kereta mewah dan rumah mewah. Pergi melancong keliling dunia. Pergi haji bersama keluarga dan derma kat rumah kebajikan.

5. Will you u fall in love with your best friend?

Bagi aku sukar la nak jatuh cinta kat kawan baik perempuan lagi-lagi apabila sudah berpunya. Perasaan itu bukan permainan.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Sudah pasti loving someone. Aku tak suka cinta satu hala je sebab sungguh menyiksakan.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Digenangi air racun cinta dalam wajahmu. Seperti bulan dalam tidur di hatimu. Yang berdinding kelam dan kedinginan. Ada apa dengannya? Tinggalkan hati untuk dicaci. Lalu sekali ini aku lihat karya syurga dari mata seorang hawa. Ada apa dengan cinta. Tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama untuk mempertanyakan kembali cintanya. Bukan untuknya bukan untuk siapa tapi untuk ku.Kerna aku ingin kamu. Itu saja. Macam tula aku tunggu tapi sekarang tidak perlu lagi. Sebab cinta itu sudah ku temui.

8.
If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actress/actor?

Aku nak berlakon dengan Yoon Eun Hye.

10. What takes you down the fastest?

Komputer tak boleh on, trouble shooting, memory redundance dan rosak.

11. How would you see yourself in ten years time?

Sudah berkahwin dan mempunyai anak dan hidup bahagia dunia akhirat. Amin.

12. What’s your fear?

Takut air bukan sebab tak mandi tapi sebab tak reti berenang.

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

Berfikiran positif, berkeyakinan tinggi dan berbakat dalam bidang musik. Tanpa beliau terperuk la aku seorang diri kat rumah.

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

Baik berkahwin tapi miskin. Kalau kaya pun hidup tak bermakna kalau hati rasa sepi dan sunyi.

15. What’s the first thing you do when you wake up?

Tutup alarm hand phone.

16. Would you give all in a relationship?

Sudah semestinya. Tapi tidak melebihi batasan.

17.
If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Orang yang mencintai aku seadanya dan memahami aku.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?

Iye semudah a,b,c. Aku susah nak marah kalau marah pun kejap je lepas tu terus ok balik.

19. Do you prefer being single or having a relationship?

Having a relationship kerana susah senang boleh dikongsi bersama.

20.
List 5 people to tag
  1. Keyrol
  2. Koboi
  3. Nasrul
  4. Onie
  5. Mok

Tuesday, June 2, 2009

For those who love to save

Marilah kita membantu persatuan yang memerlukan sumbangan kita. Ini adalah cara yang senang dan mudah tanpa memerlukan kita mengeluarkan wang. Hanya perlu klik pada link yang saya nyatakan di bawah dan digi akan menyumbang RM5 kepada persatuan tersebut.

Persatuan yang saya cadangkan ini ialah Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Persatuan ini bertujuan untuk membantu pesakit kanser bersama keluarga mereka dan pada masa yang sama membuat kajian mengenai kanser.

Anggaplah sumbangan ini sebagai amalan kebajikan yang kita mampu buat. Apa yang penting ialah niat dan keikhlasan. Semoga sumbangan saudara mendapat keberkatan dan diredhai dan pada masa yang sama dapat membantu MAKNA.