Friday, June 19, 2009

iPhone 3G S

Telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell. Berdasarkan peredaran zaman, telefon telah berevolusi dari pelbagai segi. Telefon telah berubah dari sudut saiz dan fungsi. Zaman dulu telefon punya lah besar. Teringat lagi aku telefon berjenama ericsson. Saiznya sama macam walkie-talkie. Masa tu telefon hanya boleh digunakan untuk menelefon sahaja.

Selepas itu, saiz telefon sudah menjadi kecil sehingga boleh dimasukkan ke dalam kocek. Fungsinya turut bertambah. Dengan handphone kita boleh telefon, meseg, dengar lagu, tengok video, tangkap gambar, mengira dan sekarang dengan teknologi 3G kita boleh melayari internet dengan menggunakan telefon.

Aku memang berminat dengan teknologi. Cuma masalahnya, barang yang berteknologi tinggi harganya pun tinggi juga. Lagi-lagi barang tu bukan dihasilkan oleh inventor negara kita sendiri. Untuk menjadi inventor memerlukan pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang serta pada masa yang sama kena mempunyai fikiran yang kritis dan kreatif.

Aku terpikat dengan iPhone keluaran baru daripada Apple. Model iPhone 3G S, ni update daripada model lama iPhone 3G. Sekarang ni kat Malaysia ada model iPhone 3G je. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli iPhone tunggu la model yang latest keluar. Cuma yang kurangnya kat Malaysia ni nak beli iPhone kena sekali package dengan maxis. Sebab tula mahal. Kalau kat luar negara dia pakai AT&T.

Apple ni memang terkenal dengan graphical interface yang menarik dan senang untuk dikendalikan. iPhone 3G S mempunyai banyak fungsi seperti kompas, game, internet, kamera, recorder dan berbagai-bagai lagi. iPhone 3G S ni lebih laju dua kali ganda daripada iPhone 3G daripada semua segi.

6 comments:

Angel Koboi said...

Hehe..bli dowh.. next year ader Iphone 4G.. Aku pkai yg b4 3G pnya sbb time tu 3G xkua lg.. next year ( klu aku ader lagi) ingat nak amik yg 4G punyer klu dah kua.. :) klu x amik yg 3G S nie la.. standard r iphone ngan line tpon. tapi klu kat cni,ader gak yg leh bli camtu je.. kat ebay la..

Bajet said...

Waa kalau macam tu koboi boleh la kau tolong belikan. Dengar cerita harga kat luar negara lagi murah daripada kat Malaysia ni.

Achan Sinclair said...

aah kat lua murah..but still kena unlock..sbb sim card ni bnyk jenis..malaysia pakai GSM..suh awek ko belikan r..ckp bnyk xguna..org jawa kan kaya

Bajet said...

ooo. Haha tu idea yang bernas. Tapi aku tak tau pula orang jawa kaya. Hehe.

AlexAlabasta said...

Biler nak rembat?

Bajet said...

Haha sekarang ni aku masih setia dengan handphone sony ericsson k750i yang aku beli kat greentown.