Tuesday, September 24, 2013

mohdnorzali.com

Blog ini secara rasminya sudah berpindah ker wordPress platform di mohdnorzali.com.

Jumpa anda di sana.

Monday, September 2, 2013

Harga RON95 Naik

Macam biasa rutin harian. Tengok update transfer window. Tengah kecoh sekarang Gareth Bale perpindahan pemain termahal dunia. Aku pun tengah setia menanti bila la Arsene Wenger nak beli pemain ni.

Perut pun lapar. Aku makan malam agak lewat selepas Isyak. Sambil makan tengok drama Korea ibu aku menyapa dari belakang.

Ibu: Along harga minyak naik tu.

Aku: Biar betul.

Ibu: Tak caya cuba tengok dekat berita tu.

Aku: Iyeke.

Masa ni berita tu keluar dekat line yang bergerak dekat bawah masa berita. Aku terlepas pandang. Mungkin mak aku salah tengok kot.

Tak lama lepas tu office mate aku whatsapp.

Source: Berita Harian

Aku baca tajuk jer. Sah ni bukan gurauan. Harga minyak memang dah naik. Agak terlambat gak sebenarnya aku menerima berita malapetaka ni. Takuk minyak dekat kereta aku pun dah tinggal dua. Memang cari padah kalau aku nak isi minyak esok.

Tanpa membuang masa, aku terus tekan minyak full throttle ker stesen minyak berdekatan iaitu Shell Saujana Utama.

Seperti diduga, manusia dah berkerumun di stesen minyak tersebut bagaikan semut mendapatkan gula. Selepas 30 minit menunggu berjaya juga aku mengisi minyak RON 95 harga runcit RM1.90 seliter buat kali yang terakhir. Aku bantai tangki penuh. Satu penantian yang berbaloi

Situasi Cemas

Selama aku belajar di universiti, aku memang tak ambil kisah pasal harga minyak ni. Sebab bukan keperluan pada masa tu. Sekarang RON 95 sudah menjadi RM2.10.

Walaupun aku bukan pakar ekonomi, namun dengan menggunakan common sense aku ni, lepas ni harga barang lain juga akan turut naik. Jadi sama-sama la kita menghadapi hari mendatang dengan bijak.

Sunday, September 1, 2013

Ayam Golek

Malaysia memang terkenal dan kaya dengan pelbagai jenis makanan. 

Dalam banyak-banyak makanan, ayam la yang menjadi cita rasa pembuka selera aku.

Ayam golek tetap menjadi pojaan hatiku. 

Kain Rentang Mus
Berdekatan kawasan tempat aku tinggal,

gerai Mus Ayam Golek Black Pepper memang 

menjadi pilihan aku. Ayam golek beliau

memang cukup serba serbi ditambah dengan sos 

black pepper. Terbaik. 


Harga untuk seekor ialah 

RM 16. Beliau juga menerima tempahan untuk

sebarang majlis.

Lokasi di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh berdekatan 

dengan masjid. 

Ayam golek black papper Mus ni boleh dimakan dengan nasi 

ataupun cukup diratah begitu sahaja.

Cubalah rasa pasti tidak mengecewakan.







Tuesday, August 27, 2013

Kompaun

Siapa dekat sini tak pernah kene kompaun parking dari Majlis Perbandaran? Jika tidak pernah, anda memang hebat orangnya. Sama ada anda bayar kupon dan pamerkan di dashboard kenderaan, atau anda bernasib baik kerana pegawai majlis perbandaran tidak menjalankan operasi semasa anda meletakkan kenderaan di petak parking kawasan majlis perbandaran dan anda tidak meletakkan kupon tersebut.

Setelah sekian lama aku bekerja, kawasan tempat aku bekerja baru sahaja dikenakan bayaran parking harian. Setelah banner dan signboard dinaikkan. Maka telah jelas lagi bersuluhlah bahawa pembayaran parking adalah wajib. Jika tidak kompaun la jawapannya. Tempat aku bekerja ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam.

Pada awalnya, aku tetap berdegil dah bertegas untuk tidak mengeluarkan sesen pun duit aku. Lagi-lagi orang dah nak kahwin ni, seringgit pun berkira. Namun apakan daya, setelah dua hari berturut-turut aku kena kompaun terpaksalah aku mengalah. Rajin betul pegawai majlis perbandaran buat kerja.

Harga kupon sekeping atau sejam sama dengan RM 0.40. Bayangkan sehari kerja kalau mula parking dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang dah kena RM 3.20. Seminggu 5 hari. Sebulan paling busuk dah 20 hari. Kira-kira RM 64 kena diperuntukkan untuk parking. Tapi memang masih tak boleh lawan la KLCC dan sewaktu dengannya. Tu lagi mahal.

Ada dua kaedah pembayaran. Pilih sama ada nak pas bulanan atau pun kupon. Aku rasa buat masa ni kupon lagi menguntungkan. Cuma masalahnya kupon ni kaedah kuno. Kena tayang banyak kupon dekat dashboard kereta. Lagi satu kita kena berusaha menggores kupon tersebut. Kalau gores dan menang tak perla juga. Adala hasilnya.

Merungut pun tak guna. Nasi sudah jadi bubur. Mahu tak mahu bayar jela. REDHA. Kepada sesiapa yang dah terkena kompaun tu. Sila la bayar. Bab nak bagi duit ni memang banyak. Maklum la nak dapat duit punyalah susah, nak bagi duit atau guna duit bagaikan air sungai yang mengalir. Kalau rajin boleh la bayar di drive thru atau pun di pejabat MBSA.

Kalau pemalas macam aku ni boleh la pergi ke laman sesawang MBSA dan tekan iKompaun. Boleh masukkan nombor pendaftaran kenderaan atau nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Anda perlu mendaftar dahulu sebelum boleh menjelaskan pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan sama ada melalui akaun bank ataupun potongan kad kredit. Mudah bukan untuk memberi duit.

Anda jangan ingat membeli-belah jer ada diskaun. Kompaun pun ada diskaun 80% sebelum 6 September 2013. Setiap kali kompaun kena RM30 jika dijelaskan 14 hari dari tarikh kena kompaun. Selepas diskaun hanya kena bayar RM6.

Kesimpulannya, bayar jela kalau tidak duit makan tengah hari terpaksa disumbangkan untuk membayar kompaun. Segera la membayar kompaun sebelum promosi ditutup. Sekian.

Sunday, August 25, 2013

Aku Kembali

Hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia blog ini. Post terakhir aku mengenai Ramli. Sampai sekarang Ramli masih belum masuk Manchester United. Untuk makluman kalian, Ramli ini adalah watak impian yang dicipta dengan harapan suatu hari nanti anak jati Malaysia akhirnya dapat mewakili Manchester United. Kononnya kelab yang terhebat di abad ini walaupun Alex Ferguson dah bersara.

Sejak 3 tahun berlalu, macam-macam perubahan telah berlaku. Kawan-kawan aku dari menganggur sudah bekerjaya,dari bujang dah berkahwin dan dari yang dah berkahwin sudah beranak. Manakala aku pula baru nak masuk peringkat kedua iaitu berkahwin. Pelan-pelan kayuh.

Mencabar juga nak kahwin ni. Macam-macam dugaan, cabaran dan ujian yang perlu dihadapi. Semua sudah sedia maklum kos sara hidup pada 2013 melonjak tinggi. Dari barang keperluan harian sehingga ke hartanah. Kalau tak pandai 'budget' memang sengsara la setiap hujung bulan.

Ini sebelum kahwin. Lepas kahwin nak sara anak orang lagi. Aku memang tabik dekat para rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga. Kepada yang belum kahwin tu, segera la cari calon sebelum orang lain rembat.

Aku rasa cukup sekadar ini, memandangkan esok banyak lagi jemputan kahwin dan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Masih sempat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga kita lebih 'productive' dan berdaya saing di dalam bidang yang diceburi. Selamat berpuasa enam.