Sunday, December 28, 2008

Seronoknya cuti

Tag ini diberikan oleh Mr. Gedo.

1) Apakah benda yang anda anggap paling penting dalam hidup anda?
Sudah semestinya komputer aku sebab aku berbelanja besar untuk komputer tersayang ni.

2) Apakah benda terbaru yang anda beli dengan menggunakan duit anda sendiri?
WALKMAN NWZ-B133F

3) Andai ditakdirkan anda berkahwin, nyatakan tempat idaman anda untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Sudah semestinya dekat depan rumah aku. Sudah jadi tradisi di kampung aku. Tak perlu kat hotel.

4) Anda rasa berapa lama anda kekal bersama-sama dengan yang tercinta.
Kalau tiada halangan sehingga ke jinjang pelamin, keanak cucu dan keakhir hayat.

5) Adakah anda dilamun cinta?
Setiap saat asalkan dengan dia.

6) Di manakah anda menyantap makan malam? Owh tempat itu mestilah sebuah restoran... Take note of that
Zatimanis kerana aku tak reti nak masak sendiri.

7) Sila namakan buku yang anda baru beli baru-baru ini.
PC.com

8) Nama penuh anda ialah..
Mohd Norzali Bin Zulkifli

9) Anda lebih suka ayah atau mak?
Aku suka dua-dua tapi kalau nak sesuatu aku mesti minta kat ibu aku.

10) Berikan satu nama yang anda rasa ingin jumpa untuk kali pertama.
Fabregas

11) Christina atau Britney, mana satu?
Britney pada awal kemunculan beliau. Sekarang tidak.

12) Adakah anda mencuci baju sendiri?
Aku basuh baju sendiri dengan menggunakan mesin basuh.

13) Tempat paling menarik anda ingin lawati?
Kota London.

14) Peluk atau cium.
(Rahsia)

15) 5 perkara tentang manusia yang mengetag anda.
1. Rakan seuniversiti.
2. Rakan sekerja.
3. Beliau suka menyanyi.
4. Bakal housemate.
5. Beliau minat membaca novel.

16) 8 Perkara yang anda minat.
1. Main game.
2. Layan anime.
3. Tido.
4. Semua yang berkenaan komputer.
5. Layan manga.
6. Muzik.
7. Layan cerita.
8. Duit.

17) 8 buku yang anda baca baru-baru ini.
1. PC.com.
2. Saasatul Ibaad.
3. Anak Sateria.
4. Dik Cerdas.
5. Penyiasat Remaja.
6. Aku terima nikahnya.
7. Yu-Gi-Oh.
8. EPL.

18) 8 Lagu yang anda ulang-ulang.
1. estrella-ternyata.
2. Aqasha-Obsesiku.
3. melly_goeslaw ft yusry-dibius cinta.
4. Acha-Sampai Menutup Mata.
5. Mati Hidup Kembali-Butterfingers.
6. mandy moore-only hope.
7. Avril Lavigne - Keep Holding On.
8. Mikael - Heal The World.

19) 8 Perkara anda belajar tahun ini.
1. Conforming.
2. Tagging.
3. Quality Assurance.
4. Blogging.
5. Metadata.
6. Oil & Gas term.
7. Suasana bekerja.
8. Kehidupan di luar kampus.

20) Orang yang ingin anda tag.
1. Acan.
2. Acap.
3. Koboi.

Sunday, December 21, 2008

Jalan sakan

Minggu ni memang aku jalan sakan sempena meraikan kemerdekaan aku. Hari Sabtu jalan-jalan kat Ampang. Pergi la dekat pasaraya apatah nama dia. Kosong semacam je. Pelik betul aku. Aku pergi situ nak tengok wayang kat panggung MBO kalau tak silap.

The Day The Earth Stood Still.

Itu lah tajuk cerita yang aku layan. Sebelum tu aku nak cerita keadaan panggung wayang kat sini. Klasik betul bagi aku. Macam tengok opera. Mana taknya kat tepi macam ada box macam dalam novel Phantom of Opera tu. Lepas tu gelap dia lain macam.

Berbalik kepada cerita. Cerita ni mengisahkan Bumi yang sudah hendak ditamatkan usianya. Lebih kurang nak kiamat. Sebab manusia ni hanya tahu melakukan kerosakan sahaja.

Perjalanan cerita perlahan sungguh. Boring sehinggakan aku dapat dengar orang kat belakang aku tidur sampai berdengkur.

Hari Ahad pula aku pergi Cineleisure Damansara. Kali ni pun dengan niat yang sama nak tengok wayang. Sebelum tengok wayang keliling dulu kawasan kat situ. Aku pergi The Curve, Tesco dengan Bentley.

Los dan Faun.

Aku memang dah lama nak tengok cerita ni. Semua orang yang aku tanya semua cakap cerita ni seronok dan kelakar.

Memang dari awal sampai la habis tergelak je aku tengok cerita ni. Bagi aku ni la filem arahan Afdlin Shauki yang terbaik sekali.

Daya penaakulan yang digunakan memang tinggi dan terperinci sekali. Macam dalam cerita detektif. Cerita ni mengisahkan tentang sebuah agensi yang mencari barang yang hilang.

Babak yang aku paling suka semasa ayah Faun tertengok cerita Brokeback Mountain. Dia ingatkan cerita tu cerita cowboy.

Arsenal vs Liverpool

Penutup acara, aku tengok perlawanan bola sepak yang berkesudahan dengan seri satu sama. Nasib baik seri. Arsenal tak bernasib baik. Separuh masa pertama Fabregas cedera.

Separuh masa kedua Adebayor pula buat hal sampai dapat kad merah.

Minggu ni dah puas jalan-jalan. Duit pun mengalir je macam air. Lebih baik aku tido. Esok nak kerja. Tinggal tujuh hari lagi.

Saturday, December 20, 2008

Merdeka

Dah lama juga aku tak update blog ni. Maklum la. Sibuk pula sejak kebelakangan ni. Balik dari kerja je rasa mengantuk semacam. Sedar-sedar dah koma.

Penantian memang suatu penyiksaan. Tapi bila semuanya sudah berakhir. Memang rasa lega yang tidak terhingga. Semalam aku baru je habis present depan engineer dengan lecturer aku.

Aku dah buat sehabis baik. Sekarang ni tinggal final report je menjadi cabaran yang terakhir.

Lepas ni aku nak menghabiskan masa aku kat Kuala Lumpur ni. Lagipun cuti aku dah nak bermula. Kena rancang betul-betul ni supaya masa aku terisi (hehe).

Sunday, December 14, 2008

Kita hanya merancang

Aku sangkakan saat-saat aku praktikal akan habis sebulan lagi. Rupa-rupanya meleset sekali sangkaan aku itu. Baru-baru ni dekat pejabat aku setelah orang atasan berbincang. Akhirnya mereka mengambil keputusan bermula dari 25 Disember sehingga 5 Januari tahun hadapan kitorang akan bercuti.

Terkejut beruk aku. Bayangkan betapa lamanya aku dapat cuti. Cuti kombo termasuk krismas, awal muharam dan tahun baru. Aku habis praktikal 9 Januari. Tinggal 4 hari je lagi selepas bercuti. Sadis betul.

Cerita kali ni tak de kena mengena dengan perkara di atas. Ada satu hari tu. Warga Wangsa Maju awal betul pergi bekerja. Aku pun bernasib baik dapat datang awal ke stesen keretapi. Pukul 7.25 aku dah terpacak kat situ. Tapi sekali lagi tanggapan aku untuk pergi kerja awal meleset.

Mana taknya berduyun orang kat situ. Barisan panjang sampai ke belakang. Teluq ajak aku pergi ambik train pergi stesen paling hujung iaitu kat Gombak. Aku pun tak pernah buat sebelum ni. Tak salah sekali sekala mencuba. Orang cakap kalau naik train sampai Gombak nanti tak payah ambik train dah. Sebab train tu patah balik.

Sampai je kat stesen Gombak aku pun hairan. Mana taknya awal-awal lagi aku dapat tengok ada orang tu macam-macam jenis carutan keluar dari mulut beliau. Pelik betul aku. Lepas tu semua orang berlari keluar dari train. Berebut beratur kat luar. La rupa-rupanya keputusan kitorang pergi stesen Gombak tu hanyalah gamble semata-mata.

Kat situ ada dua bahagian. Satu bahagian untuk train berpatah balik manakala yang lagi satu tu bahagian untuk train kosong. Cis nasib kitorang malang betul dapat train untuk dikosongkan. Sekali lagi tanggapan aku meleset sama sekali. Terpaksa la beratur juga akhirnya.

Akhir cerita aku sampai pejabat pukul 8.30 juga. Pengajaran cerita kita sebagai manusia hanyalah merancang, Allah yang menentukan.

Wednesday, December 10, 2008

Ku Mahu Kau Tahu

Aku ingin tujukan lagu ini kepada insan yang kesepian dan kesunyian.

Terimalah lagu ini daripada kumpulan HUJAN

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

Tuesday, December 9, 2008

Hari Raya Aidiladha

Selepas bertakbir sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha, seperti biasa tok imam mengingatkan rakaat pertama ada tujuh takbir dan rakaat kedua ada lima takbir dan selepas solat jemaah diingatkan supaya mendengar khutbah. Kalau tak tidak sah solat sunat Aidiladha kerana khutbah itu adalah sebahagian daripada rukun solat.

Hari Raya Aidiladha pada kali ini memang berbeza kerana dilimpahi dengan hujan rahmat. Memandangkan kemelesetan ekonomi. Dengan harga barang yang tidak tetap. Mungkin menyebabkan harga lembu menjadi mahal.

Selalunya tiap kali raya aku dapat melihat korban dilakukan di depan rumah aku mahupun berdekatan dengan surau. Kali ni tak de pun. Selepas menziarahi satu rumah aku pun terus balik. Suasana hujan menyebabkan aku rasa mengantuk sekali.

Tapi aku tak tido. Aku memenuhi jemputan rakan baik aku untuk beraya di Batang Berjuntai. Sekali sekala berjalan memang seronok. Melihat rakan yang sudah lama tidak ketemu. Bertukar pengalaman. Cerita tentang masa lalu dan juga hala tuju masa depan selepas ini.

Aku juga menggunakan sepenuhnya peluang yang ada. Aku bercuti sampai hari rabu. Seronok berada di rumah. Lari dari hiruk pikuk dan kesibukan kota raya. Tenang berada di rumah bersama keluarga tersayang.

Saturday, December 6, 2008

Menghitung hari

Kira-kira sebulan lagi, kerjaya aku di Kuala Lumpur ini akan berakhir. Selepas itu, aku akan kembali meneruskan perjuangan aku sebagai pelajar tahun akhir. Namun semuanya masih belum selesai selagi final presentation belum selesai.

Lagi 10 hari lagi. Tapi aku masih belum buat slide untuk presentation tersebut. Cuma idea je dah ada. Sudah nampak gambaran apa yang aku hendak perkatakan depan pensyarah aku nanti. Sekarang ni, aku memang dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan tempat tinggal aku.

Sampai kan bila masa makan lagi-lagi masa ambil pesanan aku akan termenung dan tergamam seketika. Penat kepala otak aku memikirkan. Nak pesan menu apa hari ini. Sebab aku rasa sudah hampir semua masakan dalam menu tu aku dah pernah rasa.

Di tempat kerja pula. Kerja aku hari-hari memang mengadap komputer sahaja. Dari pagi sehingga la ke petang dan bawa ke malam. Malam tu kat rumah la. Lepak-lepak depan komputer. Kerja aku ni memang lebih kepada bahagian pengkhususan. Maksudnya hari-hari buat benda yang sama.

Sehinggakan aku rasa aku specialize bahagian tu. Mungkin sebab tiap-tiap hari buat benda yang sama. Maka kualiti kerja pun bertambah bagus. Cuma yang aku tak pernah rasa lagi semasa intern ni adalah turut serta dalam mesyuarat dengan pelanggan, pergi kursus dan melawat ke plant.

Hari ni aku mahu pulang ke rumah. Selamat Hari Raya Haji.

Monday, December 1, 2008

Chelsea Vs Arsenal

Chelsea (1) v Arsenal (2)

Sebelum aku berbicara mengenai perlawanan ini. Aku ingin menjawab terlebih dahulu soalan daripada kawan baik aku. Beliau bertanya kenapa tiap kali Arsenal menang je aku mesti post kat blog ini. Tak pernah pun cerita pasal Arsenal kalah.

Jawapan aku mudah sahaja. Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kekalahan Arsenal. Dan tiada siapa perlu dipersalahkan. Tetapi bila Arsenal menang sudah semestinya aku perlu berbicara. Lagi-lagi masa perlawanan penting. Ini adalah sebagai penghargaan kepada Arsenal. Bila masa kalah memang aku kelu seribu bahasa. Sebab masa nilah kita perlu muhasabah diri (gaya macam pemain Arsenal pula padahal penyokong je). Aku harap kawan aku tu berpuas hati dengan jawapan aku ni.

Separuh masa pertama

Memang dikuasai oleh Chelsea. Arsenal tergapai-gapai mencari rentak. Akibatnya Chelsea mendahului hasil jaringan sendiri oleh Johan Djourou (30). Aku pun pelik, musim ni kebarangkalian Arsenal menjaringkan gol sendiri memang tinggi.

Separuh masa kedua

Kali ni nampak kelibat dan usaha Arsenal untuk menjaringkan gol. Mungkin dah puas kena marah dengan Arsene Wenger. Hasilnya Arsenal berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Robin Van Persie (59). Gol ni memang kontroversi sebab terserlah offside. Namun aku tidak peduli. Asalkan gol. Selang 3 minit kemudian, Robin Van Persie (62) sekali lagi menjaringkan gol. Bermula dari sepakan percuma daripada Fabregas. Adebayor menanduk bola kepada Van Persie. Dan Van Persie berpusing lalu menyepak bola. Gooooooooooooooooooooooooooooooool. Cech tertewas dan Arsenal menang.

Kesimpulan

Musim ni Arsenal memang gagah apabila bertemu pasukan kuat. Tapi malang sekali apabila bertemu pasukan lemah Arsenal hilang punca. Konsisten yang Arsenal cari selama ini. Aku harap di bawah pengaruh kapten baru Fabregas, Arsenal dapat melonjak lebih tinggi.

Saturday, November 29, 2008

PrtScn SysRq

Adakah anda pernah mengalami masalah seperti ini:

Anda ditugaskan untuk menunjukkan demo kepada pekerja baru dengan membentangkannya menggunakan microsoft power point. Anda dikehendaki menunjukkan setiap langkah daripada awal sampai akhir.

Sebagai contoh tugasan ini menggunakan software di komputer. Jadi anda perlu menunjukkan semua yang dipaparkan di komputer anda.

Selalunya kalau menggunakan langkah kuno, anda akan menekan kekunci print screen di keyboard. Selepas itu, paste di paint dan crop bahagian yang anda kehendaki sahaja. Kaedah ini memang leceh sekali.

Namun sekarang tidak lagi. Dengan menggunakan software yang akan saya cadangkan ini, anda dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan sepantas kilat. Software ini juga bertujuan untuk merakamkan gambar yang anda ingini yang terpapar di paparan komputer anda.

JING


Software ini direka oleh TechSmith. Ia boleh digunakan untuk Windows Vista, XP dan Mac OS. Untuk pengguna windows anda perlukan Microsoft.Net Framework 3.0. Barulah anda boleh menggunakan software ini. Ia boleh didapati di laman web Microsoft. Selepas install, gambaran awan akan kelihatan di tengah desktop. Anda boleh menggunakannya dengan hanya menekan simbol tersebut dan pilih gambar yang anda kehendaki. Selepas itu, anda boleh edit. Barulah simpan di komputer. Anda boleh mendapatkan software ini di sini.

EVERNOTE



Software ini juga memainkan peranan yang sama seperti Jing. Anda cuma perlu install sahaja di komputer anda dan boleh digunakan selepas itu. Tetapi anda perlu signup terlebih dahulu. Begitu juga dengan Jing. Akaun ini berperanan supaya anda boleh berkongsi gambar tersebut di internet. Cara penggunaan ialah anda hanya perlu menekan kekunci print screen dan selepas itu drag arrow meliputi gambar yang anda kehendaki sahaja. Selepas itu simpan di komputer anda. Anda boleh mendapatkan software ini di sini.

Kedua-dua software yang saya nyatakan di atas adalah percuma. Anda tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun. Walaupun percuma, software ini sama bagus dengan software yang kena bayar seperti Snagit. Selamat mencuba.

Friday, November 28, 2008

Mari mengira

Kat pejabat aku diorang suka forward email yang lawak, hal isu semasa, tips, promosi dan bermacam-macam lagi. Mungkin itu adalah cara diorang untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan.

Aku suka juga baca email-email ni. Lagi-lagi bila masa lapang. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Kali ni aku nak kongsi email yang aku dapat dari pejabat aku. Boleh la rehat-rehat sambil kita sama-sama kira.

Di sini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda. Budak sekolah rendah pun boleh kira.

Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat.

Ikut arahan yang dinyatakan.

Kalau anda hebat sila kira tanpa menggunakan mesin kira. Hanya mencongak sahaja.

  1. Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.
  2. Darabkan dengan 2.
  3. Tambah 5.
  4. Darabkan dengan 50.
  5. Jika tarikh lahir anda pada tahun ini sudah lepas tambah 1758. Jika sebaliknya tambah 1757 jika ianya belum lepas.
  6. Kiraan terakhir : Tolak tahun anda dilahirkan. (contohnya 1987,1992 dan sebagainya).
Jumlah sekarang adalah dalam tiga digit nombor.

Digit pertama dari 3 digit tersebut :
Adalah jumlah nombor anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu.
Sekarang yang paling menyeronokkan!!!!
2 digit terakhir memberitahu anda....

Umur anda!!!!!!
Perhatian kiraan ini hanya berkesan pada tahun 2008 sahaja. Harap anda semua dapat merehatkan minda sambil bergembira.

Thursday, November 27, 2008

Cintailah Bahasa Melayu

Bahasa Melayu semakin lama semakin terhad penggunaanya. Kalau zaman dulu aku siap boleh tulis tulisan jawi dan membaca jawi dengan lancar sekali. Maklum la masa tu penggunaanya memang meluas. Baca pun tulisan jawi. Tulis pun tulisan jawi.

Tapi sekarang dah lain. Kali ni aku bukan nak cerita pasal tulisan. Tapi lebih ditekan kepada lagu. Sebelum tu aku nak memetik dua pepatah daripada tokoh-tokoh zaman dahulu kala. Bermula dengan Hang Tuah ada berkata "Tak kan Melayu hilang di dunia". Ini bermaksud segala yang berkenaan dengan Melayu tidak akan hilang sampai bila-bila.

Seterusnya P. Ramlee. Dipetik dari sedutan lagu beliau " Andai dipisah lagu dan irama lemah tiada berjiwa hampa". Lagu dan irama memang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan karya seni yang berkualiti dan sedap telinga mendengar.

Mungkin sebab itu faktor yang menjadikan orang-orang kita tertarik dengan lagu-lagu dari negara lain. Walaupun berbeza bahasa namun lagu ini tetap menjadi pojaan dan sanjungan di setiap lapisan masyarakat.

Diorang bukan faham pun. Apatah lagi nak menyebut bait-bait lagu tu dengan betul dan tepat. Aku pelik, sangsi dan rungsing. Sekarang ni kadar peratusan lagu Melayu semakin kurang aku dengari.

Antara lagu-lagu yang mendapat perhatian dari hati peminat di Malaysia sudah semestinya datang dari Indonesia. Aku pun layan juga. Bahasa Melayu apa. Aku nak tekan di sini irama seperti Hindustan, Korea, Jepun, Amerika Latin dan mungkin Madagascar termasuk sekali dalam senarai ni.

Lagu yang aku paling muak nak dengar ialah lagu Korea. Bukan tak suka. Sedap didengar cuma kalau sudah diulang berulang-ulang kali ia jadi lain. Macam dah lemau. Aku rasa cukup la luahan aku untuk hari ni. Bye...

Wednesday, November 26, 2008

Definisi Seksi

Kali ni aku kena tag dengan Acan. Susah juga nak buat tag ni. Sebab banyak betul gambar aku yang seksi. Tak tau nak pilih yang mana satu.

Snap or just shift through the photo gallery and pick 3 pics of yours which u think are sexy.
Don't have to be revealing (though some said SEXY IS SKIN),
Explain why u think so,
Tag 3 friends (who you think is sexy)

Korang pernah tak tengok cerita Hanazakari no Kimitachi e? Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang menyamar jadi lelaki dalam sekolah lelaki.  Kalau korang tengok mesti korang perasan permulaan cerita ni mesti ada tunjuk gambar diorang beramai-ramai. Gambar tu memang serupa dengan gambar yang aku paparkan di atas. Sebab tu aku cakap gambar ni seksi cuma bezanya kat gambar ni semuanya lelaki. Takde perempuan yang menyamar jadi lelaki. 

Gambar di atas menunjukkan keseksian aku sebagai seorang lelaki yang sejati. Dalam keluarga aku anak sulung. Ayah aku pun anak sulung daripada sepuluh orang adik beradik. Kiranya aku adalah cucu sulung. Gambar di atas menunjukkan aku bersama-sama sedara aku yang masing-masing masih kecil lagi. 

Memang tidak dapat dinafikan lagi. Masa tido la aku paling seksi sekali. 

Sapa kata perempuan je boleh seksi. Lelaki pun boleh juga tanpa perlu mendedahkan aurat. Aku nak tag mok, keyrol dengan teloq. 

Monday, November 24, 2008

Malaysia Boleh!!!

Hari ni kondisi aku masih teruk. Sakit satu badan. Pergerakan aku memang terhad. Jalan terkedek-kedek. Nak duduk sakit. Nak jalan sakit. Lagi-lagi masa turun tangga dan naik tangga. Sungguh seksa.

Namun berbekalkan semangat 'Malaysia Boleh' aku gagahkan diri pergi kerja pagi tadi. Cuma bezanya kali ni perjalanan tu rasa jauh sangat. Bila la nak sampai ni. Disebabkan keadaan fizikal aku ini aku terlepas A1 GP Malaysia hari ahad lepas. 

Baru je berkobar-kobar nak pergi Litar Sepang. Nak sokong Malaysia. Lebih-lebih lagi aku dapat tiket percuma. 


Aku memang sangat berminat dengan sukan permotoran. Kalau nak dibandingkan dengan A1 aku lagi minat dengan Formula 1. Kalau setakat tengok kereta F1 dah banyak kali aku tengok. Tiap kali konvo je mesti ada kat universiti aku. Tapi kalau tengok F1 kat litar Sepang memang tak pernah.

Teringat zaman masa sekolah dulu. Selalunya bila tiba giliran Malaysia sebagai penganjur F1 mesti Petronas ada buat pertandingan. Kena jawab soalan. Lepas tu dapat tiket percuma siap perbelanjaan semua ditanggung beres. Aku tak pernah dapat pun. Mungkin salah jawab soalan dan slogan aku tak cukup mantap untuk menambat hati penganjur pertandingan.

Rasa rugi sangat tak dapat pergi. 

Sunday, November 23, 2008

Majulah sukan untuk negara

Semalam company aku adakan aktiviti riadah di Sports Planet dekat Ampang. Aktiviti sukan yang dianjurkan ialah futsal dan badminton. Aktiviti ini bukan pertandingan hanyalah sekadar untuk bersuka ria dan mengeratkan lagi hubungan di antara pekerja-pekerja.

Setahu aku Sports  Planet Ampang ni pernah dijadikan lokasi penggambaran untuk cerita gol dan gincu. Kat sini ada banyak gelanggang futsal dan badmintan. Paling istimewa ada satu gelanggang futsal tu memang ikut piawaian FIFA. 

Aktiviti macam ni memang sudah lama aku nantikan. Maklumla sejak aku internship ni jarang sekali aku turun beriadah. Betul-betul sekali je aku turun kat kolam renang depan rumah sewa aku. Kononnya nak belajar berenang la. Lepas je hari tu haram jadah tak turun langsung. Lepas kerja terus landing je kat rumah.

Mula-mula aku main futsal. Barula merasa pakai kasut futsal. Kalau tak selalu orang je pinjam kasut futsal aku. Baru main tak sampai 15 minit aku dah pancit. Dah tercungap-cungap. Tak larat sesak nafas aku. Nak lari kejar bola pun malas. Pada saat-saat macam ni. Posisi penjaga gol la paling sesuai untuk aku walaupun aku tak reti jaga gol.

Selepas itu aku beralih ke gelanggang badminton pula. Ni pun pertama kali aku pakai raket aku. Kalau tak semangat je lebih. Bawak raket tapi tak main pun. Aku main 4 set. Penatnya tak dapat dibayangkan. Kejap terkejar ke depan ke belakang ke kiri dan ke kanan. Nak smash minta maaf la aku tak larat. Aku paling benci nak ambil bola net.

Lepas je habis satu set. Aku minum 100 plus. Fuh memang nikmat. Masa penat lepas bersukan disulami dengan air 100 plus. 4 botol juga la habis aku kerjakan. Aku memang terasa rugi kalau peluang macam ni aku tak gunakan dengan sebetulnya.

Sebab tu lepas main badminton aku main futsal balik. Akhir sekali aku main badminton. Tapi kali ni dalam acara beregu. Tak larat aku nak main acara perseorangan. Habis je bersukan terus pergi makan di kedai berdekatan.

Bila sampai je rumah masing-masing pengsan kepenatan. Aku sampai hari ini efek bersukan semalam masih terasa. Kaki aku sampai melecet. Tangan lenguh. Sakit belakang. Punggung pun sakit. Semua pergerakan terbatas. Otot kaki aku rasa kejang dan berdenyut-denyut. Nak jalan pun susah. Inikan nak naik tangga. Seksa betul. Semua gejala yang aku katakan di atas akan aku alami apabila sudah terlampau lama tidak bersukan. 

Mulai hari ini aku berazam bila berpeluang aku akan turun bersukan. Sukan ni baik untuk kesihatan. Nanti tak adalah bila dah tua nanti senang kena penyakit. Akibat semalam hari ni aku hanya mampu terlantar di rumah sahaja.


p/s : Adakah aku sudah kena aneroksia nervosa? Ke mana sahaja aku pergi mesti orang cakap aku ni kurus la. Adakah diorang jeles ke atas pinggang ku yang ramping ni. 

Thursday, November 20, 2008

Nuffnang aku dah RM 1.50

Sekali lagi aku terkejut dan terkedu. Kali ni bukan disebabkan oleh point fantasy football.

Tanggal 17 November 2008 adalah hari yang bersejarah bagi ku. Satu lagi pencapaian dan rekod berjaya dipecahkan. Melalui Nuffnang aku boleh tahu tiap-tiap hari berapa orang datang berkunjung ke blog aku ni. Selalunya purata orang yang datang berkunjung ke blog aku hanyalah 14 orang sahaja.

Tetapi pada tarikh yang bersejarah ini, seramai 164 orang datang berkunjung ke blog aku. Aku pun pelik. Kalau difikirkan blog aku ni tak ada la benda yang menarik sangat. Hanyalah sekadar cebisan idea dan luahan aku sahaja. Tak ada unsur lawak dan isu yang boleh menyebabkan dunia ni berubah. Sitemeter Nuffnang ni rosak kot. 

Mungkin disebabkan post aku mengenai Zoo Negara. Ramai pelancong datang berkunjung ke blog aku. Itu hanyalah sekadar andaian sahaja. Berdasarkan taburan, pengunjung kedua terbanyak blog aku datang daripada United States. 

Aku tak pernah pula cerita pasal kemenangan Obama kat blog aku ni. Mungkin kebanyakan daripada mereka berminat untuk melawat Malaysia dan secara tak sengaja beramai-ramai tersesat kat blog aku ni. 

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang datang melawat blog ini. Begitu juga kepada pengunjung yang sudi menekan iklan di atas, tepi dan bawah. Sekali lagi terima kasih diucapkan.

Wednesday, November 19, 2008

Apa nak jadi sampai sekarang tak kahwin lagi

Aduhai. Apala nak jadi dengan aku ni. Datang kerja lambat tapi masa balik aku paling awal. Bukannya apa bila tiba giliran aku je mesti train kosong tak singgah. Tenang-tenang je berlalu pergi di hadapan aku. Setenang bayu laut.

Dah satu hal aku kena tunggu train kosong selepas dua train yang berikutnya. Skill aku tak mengizinkan aku untuk naik train yang tak kosong. Jarang la aku dapat naik train tak kosong. Aku tak sanggup berkorban demi mengejar train yang sudah memang sarat dengan penumpang tu. Aku relakan je ia berlalu pergi.

Sebab tu aku lambat. Tak ada la lambat sangat. Lambat sikit je. Pagi tadi seperti pagi yang sebelumnya. Aku ingat nak cuba la ponteng kerja. Tapi tula masalah aku. Sedar-sedar je aku dah ada kat office. Ajaib betul. 

Masa balik aku memang di antara yang terpantas. Tepat jam 5.30 petang aku mesti dah terpacak kat depan pintu office. Pantang betul kalau terlewat 1 minit pun. Kita jangan jadi hamba kerja. Lepas tu urusan kerja jangan bawak balik ke rumah.

Lepas keluar je dari office, aku terus pergi kat lift. Masuk lift syok-syok borak lupalak nak tekan. Tak pasal-pasal lift tu naik balik. Company aku tingkat satu je. Lift tu pula naik sampai tingkat 16. Sikit je lagi nak sampai tingkat 18. Turun balik lift tu singgah balik kat tingkat satu. Masa tu aku dah tutup muka awal-awal.

Haha buat malu je keluar awal last-last turun balik jumpa balik office mate aku. Satu lagi tabiat yang memang susah aku nak tinggalkan. Aku malas betul nak naik jejantas. Sungguh memenatkan dan leceh.

Aku sanggup seberang jalan je. Selalu aku buat masa pergi kerja la. Sebab masa tu kereta kurang lagi. Tapi bila masa balik aku pun ada kesedaran. Aku memang pakai jejantas masa tu. Kereta pun dah mula membanjiri jalan raya. 

Jadi berhati-hati lah di jalan raya. Sayangilah nyawa anda. Biar sampai office lambat asalkan selamat.

Tuesday, November 18, 2008

Harga minyak turun lagi

Aku teruja. 
Aku kagum.
Haha tula perasaan aku bila fantasy premier league aku untuk minggu ni aku dapat 104 mata. Mata yang paling tinggi pernah aku dapat setakat ini. Selalunya purata 40 je. 

Aku bernasib baik sebab Ronaldo menyerlah malam tu. Dia menjaringkan dua gol dan satu assists. Kebetulan dia captain aku minggu ni. 

Walaupun aku ni kipas susah mati Arsenal, tapi sorang pemain Arsenal pun tak ada. Alasan aku senang je berdasarkan analisis aku, persembahan Arsenal tak konsisten. Hal ini menyebabkan aku lebih bergantung dengan pemain dari kelab lain.

Namun aku tetap percaya kat Wenger. Hari masih muda. Boleh kejar lagi pendahulu liga. Bila Arsenal dah perform balik mungkin aku akan ambil Samir Nasri atau Adebayor sebagai pemain aku. We wait and see. 

Sunday, November 16, 2008

Zoo Negara

Ayah : Along cepat siap. Hari ni kita pergi Zoo Negara.
Aku   : Baik.

Ringkas dan padat sahaja perbualan aku dengan ayah aku. Mungkin aku mewarisi genetik daripada ayah aku. Last minute baru buat keputusan. Tiba-tiba je ayah aku ajak pergi Zoo Negara. Aku pun ikut je. Dah lama tak jalan-jalan. Alang-alang nak hantar aku balik rumah sewa singgah la Zoo Negara sekali. Dekat je Zoo Negara dari rumah sewa aku. 

Tapi tak pernah pergi pun. Setakat lalu je. Zoo Negara ni memang tempat yang nostalgia bagi aku. Kali terakhir aku pergi sini 14 tahun lepas. Masa tu aku kecil lagi. Kira ni kunjungan kedua aku. Bayaran masuk bagi golongan dewasa ialah RM15. 

Motif dan tujuan utama zoo ni memang mulia. Nanti tak adalah kes anak cucu cicit kita tak mengenali kelibat sang buaya dan sang kancil. Kat zoo ni ada diadakan pertunjukan pada jam 11.00 pagi dan 3 petang. Manakala pertunjukan gajah pada pukul 2.30 petang. Mula-mula semangat tu memang membara. Habis satu zoo tu aku tawaf. Semua jenis binatang tak kira keturunan aku tengok. 

Kawasan zoo ni memang besar. Akhirnya aku pulang ke pintu utama dengan menaiki keretapi yang disediakan. Tenang je sambil menikmati pemandangan dan panorama sekeliling tanpa sebarang gangguan. Hari pun dah nak gelap. Baik aku balik dahulu. Tu pun orang tak henti-henti berpusu-pusu masuk ke Zoo Negara. Mungkin sebab hari ini hujung minggu. Semua hendak bercuti. 

Orang Utan
Zirafah
Badak Sumbu
Burung Flamengo
Gajah
Tapir
Ikan ???

Ibu aku cakap ikan misteri di atas makan orang. Aku pun tak tahu sejauh manakah kebenaran tersebut. Tapi saiz ikan ni memang besar. Sebenarnya aku lupa nama ikan ni apa. Sekian sahaja penjelajahan aku kali ini. Selamat tinggal Zoo Negara.

Thursday, November 13, 2008

Malangnya kelas aku lepas PE

Di Tag oleh Lukman

* Take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.
* DON'T change your cloth. DON'T fix your hair, just take a picture.
* Post that picture with NO editing.
* Post this instruction with your picture.
* Tag 10 people to do this.

Jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Tetapi aku masih berada di pejabat. Masih banyak tugasan yang belum disiapkan. Esok-esok jela aku sambung. Sayonara.

10 orang terlalu ramai. Jadi aku tag jela sapa-sapa yang terbayang diingatan :
  1. Keyrol
  2. Acan
  3. Mok
  4. Teloq
  5. Nyamouq
  6. Gedo
  7. Sophy
  8. z
  9. zz
  10. zzz
Terpulangla korang nak buat ke tak. Aku tak kisah.

Wednesday, November 12, 2008

Aerobus

Sekarang ni dekat Malaysia kita mempunyai KTM, Putra, Star, ERL dan Komuter. Hari ini semasa aku membaca surat khabar the sun aku tertarik dengan artikel Coaches on cables proposed for Penang.

Aku paling tertarik dengan teknologi Aerobus. Teknologi ini dipanggil landasan di utara. Memang sungguh berbeza kalau nak dibandingkan dengan Putra dan sebagainya kerana selalunya keretapi berada di atas landasan. Tapi sistem Aerobus ni lain. keretapi tergantung di bawah landasan. 
Aerobus ni diilhamkan oleh Gerhard Mueller. Sekarang ini teknologi ini digunakan di German, Switzerland dan Canada. Manakala pemasangannya di China. Aerobus ini boleh digantung 40m dari permukaan bumi. Kepantasannya sehingga 100km per jam. 12 gerabaknya mampu mengangkut 30000 penumpang setiap jam di setiap arah. Kos untuk Aerobus juga lebih rendah dari monorail dan light transit. 

Aku memang sokong projek ini. Tapi tula projek ini hanya diusulkan kat Pulau Pinang sahaja. Kalau diluluskan aku memang nak cuba naik. Nak tengok perbezaannya dengan keretapi yang lain. 

Berdasarkan reka bentuk, terasa gayat pun ada. Mana tak nya dah la tergantung jauh dari tanah pula tu. Bagi aku teknologi ini memang unik.

Dari sudut engineering ni lah gambar-gambar lukisan kejuruteraan untuk Aerobus ini yang ku ambil dari laman web aerobus itu sendiri.

Pandangan atas

Pandangan depan

Pandangan Tepi

Tuesday, November 11, 2008

Creative Prodikeys

Canggih betul zaman sekarang ni. Macam-macam benda ada. Masa mula-mula aku tengok keyboard ni terkejut gak aku. Haha ingatkan milo dengan nescafe je boleh 3 in 1. Rupa-rupanya keyboard pun boleh.

Keyboard di atas berserta dengan piano. Kiranya memang sesuai sangat la untuk orang yang minat musik dan juga yang baru berjinak-jinak dengan piano. Kalau berserta dengan saxophone aku beli la. Haha memang mustahil.

Bagi aku produk ni memang bagus. Cuba bayangkan, masa tengah boring study, buat assignment atau report, boleh la lepas geram kat piano tu. Goreng la satu dua lagu untuk menghiburkan diri sendiri. Harganya aku pun tak pasti. Kat Lowyat mesti ada jual lah.

Monday, November 10, 2008

Anime dan Manga

Selain daripada musik, game dan komputer, benda yang aku paling minat sekali ialah anime dan manga. Ingat lagi semasa aku sekolah rendah. Aku sanggup kumpul duit semata-mata nak beli buku komik. Tapi sekarang tidak perlu lagi. Dengan peralihan zaman di dunia teknologi ni, aku hanya perlu pergi ke onemanga untuk membaca manga.

Anime dan manga ni berasal daripada Jepun. Anime kartun dalam bentuk video manakala manga kartun dalam bentuk lukisan. Mesti korang rasa aku ni macam budak-budak kan. Dah besar gedabak pun layan kartun lagi. Nasib baik belum jadi bapak orang lagi. 

Aku tak heran apa orang nak kata. Bagi aku kartun ni sangat menarik dan sesuai dijadikan bahan tontonan untuk semua lapisan umur. Kita boleh mendapat banyak pengajaran daripada Anime dan Manga. Bukan semuanya hanya hiburan semata-mata. Sehingga sekarang aku memiliki koleksi anime yang banyak.

Death Note

Nota mati. Tajuknya memang menggerunkan dan anime ini lebih kepada fiksyen. Tapi masih ada unsur realiti di dalamnya. Anime ni dah lama habis. 

Aku suka tengok anime ini sebab jalan penceritaannya sungguh bijak sekali. Anime ini menceritakan tentang Yagami Light(Kira)  yang bercita-cita untuk menghapuskan dunia ini daripada sebarang unsur jahat seperti jenayah, rasuah dan sebagainya.

Dengan bantuan death note yang beliau dapati daripada Reuk dewa maut.  Cita-citanya hampir berjalan lancar. Cuma Ryuzaki (L) bukan nama sebenar menjadi penghalang. 

Bagi aku penulis anime ni memang bijak sekali berdasarkan kepada teknik penceritaan beliau. Aku pun tengok banyak kali baru la paham. 

Kuasa death note ni ialah sesiapa yang ditulis namanya atas buku ini pasti mati. Tuan punya buku ini berupaya mengawal masa dan cara orang yang beliau kehendaki mati. Cuba bayangkan kalau buku ini betul-betul wujud. Maka binasa la dunia ini. Haha jangan percaya karut dan tahyul. Cuma sekadar hiburan sahaja.

Cuma yang pasti kejahatan pasti akan kecundang juga akhirnya. Bak kata pepatah sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kalau nak cerita pasal anime ini memang panjang dan berbelit tapi menarik. Aku cadangkan korang tengok la sendiri.

Saturday, November 8, 2008

Ole-ole Arsenal menang MU lingkup


Lokasi : Zatimanis

Akhirnya perlawanan yang aku nantikan sudah tiba. Malam ni aku pastikan jadual aku bebas dari gangguan luar. Aku, Naim, Mok, Pae, Decha dan Fayan menyaksikan perlawanan yang bersejarah ini. Ajaib-ajaib Mok dengan Pae yang bukan penonton bola tegar turut serta memeriahkan lagi suasana.

Suasana meriah dapat dilihat sebelum perlawanan bermula lagi. Zatimanis dan BRJ penuh sehingga jalan terpaksa ditutup. Aku sungguh gembira sekali pada malam ini. Keputusan akhir Arsenal menang 2-1 hasil jaringan Samir Nasri hero pada perlawanan malam ini.

Mula-mula aku risau juga sebab perlawanan lebih berpihak kepada MU. Arsenal tidak dapat menurunkan barisan utama akibat pemain yang cedera dan digantung perlawanan manakala MU pula menurunkan kesebelasan utama. Rekod pertemuan juga lebih memihak kepada MU. Arsenal pun masih mencari-cari rentak kemenangan.

Bermula sahaja perlawanan Almunia dah buat hal. Ada ke patut dia tangkap bola back pass daripada pertahanan. Dia patut belajar balik peraturan. Malam ni Rooney memang tak menyerlah. Banyak betul peluang dipersiakan. Menyebabkan aku hanya mampu tersenyum. 

Samir Nasri menjadi tumpuan utama apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol. Cuma debaran mula terasa apabila Rafael berjaya menjaringkan gol pada minit ke-90. Lepas tu pengadil boleh pula bagi masa tambahan 6 minit. Nasib baik Arsenal berjaya bertahan hingga saat terakhir.

Ini lah perlawanan yang paling aku enjoy sekali. Sekali sekala kitorang bertepuk tangan. Juga memaki hamun pemain-pemain yang sengal. Berbeza betul tengok bola kat rumah. Tengok bola dengan rakan-rakan juga paling menyeronokkan. Saat suka dan duka dikongsi bersama.

Kepada penyokong MU jangan bersedih. Boleh cuba lain kali. 
"In Arsene We Trust"

Thursday, November 6, 2008

Hari yang malang

Pagi tadi aku terlajak. Tapi aku masih tenang. Gosok baju lepas tu mandi. Sedar-sedar aku sudah ditinggalkan. Aku pun segera bergegas ke stesen putra LRT yang berdekatan.

Aku ada kat stesen putra pukul 7.55 pagi. Memang lebih lambat dari hari-hari biasa. Tapi nak buat apa aku pun tunggu jela kat situ. Satu demi satu train aku terlepas. Aku pun pelik nape la hari ini train lebih cenderung pergi ke Gombak. Lepas tu train kat Wangsa Maju ni tak datang-datang pun. Tak kan dia simpan kot bila dah sampai kat Gombak. Jangan la pula buat perangai.

Selepas berjaya menaiki train akhirnya aku tiba di pejabat pada pukul 8.30 pagi. Rekod baru dipecahkan. Pertama kali aku datang pejabat selewat ini. Aku pun buat muka selamba je masuk dalam pejabat.

Pagi tu aku memang tak ada mood. Selalunya aku mesti bancuh air milo, teh, white coffee atau nescafe. Tapi bila sampai aku buka Soccernet dan bertambah kecewa apabila Arsenal hanya mampu seri sahaja dengan Fenerbahce pagi tadi. Elok Wenger letak jawatan. Bagi aku je jadi manager.

Lepas tu macam biasa la. Aku pun meneruskan kerja aku. Tengah-tengah syok buat kerja tiba-tiba ada engineer datang kat aku. Dia pulangkan balik drawing semalam yang aku dah bagi dia. Dia cakap aku bagi dia drawing yang tak disentuh lagi. Aku pun terkejut la. Mula-mula rasa naik angin juga. 

Takpa-takpa. Aku siapkan dulu drawing yang aku tengah buat ini. Lepas aku siap aku pun pangkah drawing tu dan save kat server. Kali ni sebagai langkah berjaga-jaga aku cek balik drawing tadi. Terkejut aku kosong tak terusik pun. Pelik aku. Selalu dia autosave. Mengada betul. Tak pasal-pasal aku kena buat balik drawing ni dengan drawing yang engineer tadi bagi balik. Tak kira lagi drawing dalam laci aku ni. Beratur drawing. Tak apa. Aku pun buat la balik. Nasib baik la lepas tu keadaan menjadi normal kembali. Lega.

Hari ni aku buat keputusan tak nak overtime. Aku yakin aku boleh siapkan baki lukisan yang tinggal sebelum hari isnin. Jadi aku pun segera la bergegas ke stesen putra LRT. Aku mau pulang. Sampai je kat stesen aku dikejutkan lagi. Kali ni aku dapat lihat stesen tu penuh dengan orang tak kira la laluan ke Gombal atau Kelana Jaya. Rupa-rupanya train buat hal. Tapi aku tak tau sebab sebenarnya. Orang bising aku tak dapat dengar pengumuman pun.

Setelah kira-kira dua puluh minit akhirnya train yang pertama datang. Tapi lembab gila dia gerak. Lepas tu ada ke patut salah placing. Boleh pulak terlajak. Berhenti kat tempat yang tak sepatutnya. Dah timbul satu masalah. Orang tak dapat naik dan turun dari train tu. Kena tunggu lagi. Dalam hati terdetik juga baik aku patah balik je pergi overtime. Tapi malas la. Aku dah nekad nak balik. Esok-esok je sambung kerja. Jangan jadi hamba kerja. Haha. Masalah kerja jangan bawak balik rumah.

Setelah dua tiga train lalu depan aku. Akhirnya aku dapat naik juga. Sampai kat rumah pukul 6.30 petang. Lambat benar. Tula ceritanya. Malang betul nasib aku hari ini. Tapi tak apa. Fikir positif. Jadi optimis jangan pesimis. Mesti ada hikmah disebaliknya. Aku berazam nak jadikan esok lebih baik daripada hari ini. Chaiyo..........

Tuesday, November 4, 2008

Daftar kos

Semenjak pendaftaran kos dibuka aku diserbu dengan persoalan sem depan aku nak ambik major apa? Sejak dua tiga hari ini, aku sudah pikir masak-masak apa aku nak ambil sem depan.

Aku hanya diberi 5 pilihan dan hanya boleh pilih satu sahaja :
  1. Industrial Environmental Engineering
  2. Process Plant Engineering
  3. Gas and Petrochemical Engineering
  4. Process Analysis and Control
  5. Petroleum Engineering
Aku pun sibuk menanya rakan-rakan satu kos apa diorang nak ambik sem depan. Kebanyakan daripada mereka memilih untuk mengambil Process Plant Engineering atau Petroleum Engineering.

Aku masih tak berpuas hati. Hari ini aku bertanyakan engineer kat company aku apa dia ambik sem lepas. Dia ni pun budak universiti aku baru lepas grad. Dia ambil Petroleum Engineering. Dia cakap belajar kos ni memang seronok lagipun peluang pekerjaan memang luas terbentang.

Aku pun tertarik dengan penerangan beliau. Minat boleh dipupuk. Apa yang penting aku hanya perlu menumpukan perhatian terhadap kos yang aku nak ambil ni.

Aku sudah nekad nak ambil Petroleum Engineering sem depan. Tapi kalau korang rasa kos yang aku nyatakan kat atas tu ada yang lebih menarik dan aku mampu menanganinya. Silalah bagi tau ye. Urgent ni. Aku pun pening.

Lepas tu aku wajib juga ambil satu subjek untuk social science and humanities dengan management. Untuk social aku rasa nak ambil Cultural Anthropology. Nama pun berbelit nak sebut. Pilihan aku memang terhad sebab aku tak nak belajar bahasa asing. Bahasa Arab aku dah ambil.

Manakala untuk management, selepas mendengar pendapat Acan aku rasa aku nak ambil Human Resource Management.

Untuk pengetahuan korang aku tak daftar lagi. Dalam minggu ni juga aku nak selesaikan pendaftaran ni. Harap-harap aku membuat keputusan yang tepat kali ini.

Monday, November 3, 2008

Demo Football Manager 2009

Penantian memang satu penyiksaan. Akhirnya demo FM2009 sudah dikeluarkan. Memang saat ini yang aku nantikan.

Kali ini demo FM2009 dikeluarkan dalam dua versi iaitu vanilla dan strawberry. Haha macam perisa ais krim pun ada.

Vanilla : Saiz dia lebih kecil dari strawberry. Oleh itu, gambar pemain, logo kelab dan jersi kelab tak ada dalam versi ini.

Strawberry : Manakala strawberry installernya besar iaitu 1 gig. Gambar pemain, logo kelab dan jersi kelab ada dalam versi ini.

Dua-dua versi hanya boleh main selama separuh season.

Link untuk download demo FM2009 :
Demo FM2009

p/s : Aku mesti la ambil versi strawberry baru seronok. Lagipun aku pakai desktop. Tak ada hal la.

Sunday, November 2, 2008

Cooler Master CM Stacker 830 Nvidia Edition

Aku memang penggila komputer. Walaupun laptop lebih mudah dibawa dan sebagainya tapi hatiku tetap kat desktop. Dengan desktop kita boleh naik taraf tanpa had. Kalau laptop leceh dan ada had. Cuma kelemahannya desktop ni boleh pakai kat rumah jela. Lepas tu nak bawa ke mana-mana memang tak dapat.

Penah dulu timbul rasa iri hati terhadap Bad apabila beliau boleh melihat movie dengan menggunakan laptop beliau sambil berbaring di atas katil. Aku tak boleh buat. Apa-apa hal aku kena duduk atas kerusi. Tu timbul kes tertido atas kerusi. Perkara tu bukan disengajakan.

Berbalik kepada kegilaan aku terhadap komputer. Dulu masa first year aku pernah buat hal dengan membeli cd Windows XP original dengan menggunakan wire transfer. Terkejut kawan-kawan aku. Lepas itu, aku upgrade komputer aku secara menyeluruh.

Mula-mula aku upgrade graphic card. Untuk menampung beban yang disebabkan graphic card tu aku tukar motherboard pula. Sejurus lepas itu processor. Akhir sekali aku tambah power supply dengan RAM. Baru la komputer aku dapat beroperasi ke tahap yang tertinggi. Semuanya bersangkut paut. Dah tukar satu kena tukar yang lain pula.

Baru-baru ini aku buat hal lagi. Kali ini aku tukar casing pula. Tujuan utama untuk mendapat ruang yang lebih dan penyejukan tahap maksimum. Biar beku barula tak ada overheating. Jumaat hari tu lepas kerja aku terus bertungkus lumus memasang casing ini. Bila dah pasang semua tak boleh on pula. Baran betul aku. Bila cek-cek barulah aku jumpa puncanya. Aku tersambung wayar ke tempat yang tak sepatutnya patutla tak on.

Kotak pun gedabak besar macam beli tv lcd.

Serabut penuh dengan wayar.

Serba hijau macam Kedah

Sekarang komputer aku dah sejuk macam pasang air cond. Tapi casing berat betul. Tercabut tulang aku bila angkat casing ni. Aku tetap berpuas hati dengan pembelian ni. Bagi aku memang berbaloi.

p/s: Aku sudah pokai....

Friday, October 31, 2008

Lowyat

Hari ini aku sudah bertekad untuk menunaikan hajat yang begitu lama aku pendam. Selepas je habis kerja aku terus balik rumah. Tak lama lepas itu aku dengan Naim pun bergegas pergi ke lowyat.

Matlamat aku hanyalah satu iaitu mahu membeli casing komputer aku. Sejak sekian lama mengidam akhirnya casing tersebut akan menjadi milik aku.

Selepas berpuas hati aku pun membeli casing full tower Nvidia berwarna hijau. Tanpa ragu-ragu aku terus membayar di kaunter. Masalahnya sekarang casing aku ini besar betul. Dah la berat. Tak akan aku nak buat perangai bawak balik casing ini naik Monorail dgn LRT.

Maka aku dengan Naim pun sepakat naik teksi jela jawabnya. Bila sampai je kat rumah selepas menunaikan apa yang patut aku pun merajinkan diri membaca manual. Dengan bantuan Pae malam ni juga aku pasang motherboard, processor, graphic card dan lain-lain ke dalam casing tersebut.

Ini baru je siap pasang. Saja je gatal tangan nak tulis blog. Esok nak kerja lagi. Tetapi misi aku masih belum selesai. Wayar-wayar masih belum disambung ditempat yang sepatutnya. Esok jela aku sambung.

Nanti bila dah siap aku post gambar casing aku.

Wednesday, October 29, 2008

Pengakap

Sejak sekolah rendah lagi matlamat aku semasa aku mula-mula masuk pengakap hanyalah satu iaitu mahu sampai ke peringkat yang tertinggi iaitu pengakap diraja. Bermula dari pengakap kanak-kanak diteruskan ke pengakap muda tapi tersangkut kerana berpindah sekolah.

Kat asrama penuh aku tak sambung jadi pengakap remaja tapi aku terpesong jauh masuk pasukan orchestra. Teringat lagi zaman-zaman semasa aku menjadi pengakap. Sibuk betul menyiapkan buku log bagi mendapatkan lencana. Belajar bermacam-macam jenis ikatan. Keluar masuk hutan.

Pengalaman yang aku paling tak dapat aku lupa semasa aku belajar kat Klang. Aku turut serta dalam konvoi berjalan kaki dari bandar diraja Klang ke Taman Cahaya Seri Alam . Fuh jauh betul dah la kena pikul beg yang berkilo-kilo beratnya. Dengan menggunakan tulang empat kerat aku ni akhirnya sampai juga. Walaupun penat tapi memang puas hati dan seronok :) . Untuk pengetahuan korang Taman Cahaya Seri Alam ni taman yang ada empat musim tu. Tapi sekarang ni aku rasa dah tak ada.

Lagi satu bila ada jambori je mesti aku turut serta. Aku selalu pergi kat Gombak je. Pernah juga dulu cikgu aku ajak pergi jambori kat Singapura. Tapi apakan daya bayarannya mahal betul. Mana la aku mampu. Masa jambori lagi seronok dari aktiviti-aktiviti pengakap yang lain. Selalunya jangka masa jambori memang lama kira-kira seminggu. Selain menyiapkan aktiviti yang disediakan kita juga berpeluang beramah mesra dengan pengakap dari negeri lain mahupun luar negara.

Antara aktiviti pengakap yang aku paling suka ialah
  • Jungle tracking : Aktiviti ini melibatkan penjelajahan keliling hutan belantara. Masa ini la kita berpeluang untuk melihat keindahan alam dengan lebih jelas lagi. Di samping menghirup udara segar dan menikmati panorama yang begitu indah sekali, kita juga dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan.
  • Operasi burung hantu : Inilah aktiviti yang paling seram dan mendebarkan. Motif utama aktiviti ini ialah untuk melahirkan sifat berani di dalam diri kita. Bayangkan anda dibawa ke dalam hutan dengan mata ditutup dengan kain. Mula-mula secara berkumpulan. Akhir sekali anda dibiarkan sendirian. Aktiviti ini dijalankan tengah malam dan berakhir pada waktu subuh. Memang lama. Masa ditinggalkan berseorangan tu barulah teringat kat Allah. Barulah terasa diri itu teramat la kerdil dan lemah.
  • Malam penutup : Aku pun dah tak ingat apakah nama aktiviti ini. Dah lama betul aku tinggalkan kegiatan pengakap. Aktiviti ini dijalankan semasa malam terakhir. Setiap platon perlu membuat persembahan tidak kira la sketsa ke, nyanyian dan sebagainya. Dalam masa yang terluang sebelum inilah digunakan untuk membuat latihan. Semasa persembahan berlangsung, gelak riang, tawa dan gurau senda sesama ahli pengakap memeriahkan lagi suasana. Kami hanya disinari unggun api yang besar pada malam itu. Bila persembahan selesai pertempuran sorakan antara platon pun berlangsung.
Pengakap memang terkenal dengan tepukan dan lagunya. Kami ahli pengakap muda buat sehabis baik. Haha itu je yang aku ingat. Kalau diberi peluang aku memang nak turut serta semula dengan pengakap. Jadi pengakap kelana pun ok juga. Rindu betul dengan kenangan tidur di dalam khemah dan makan ala kadar sahaja. Pengakap banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.

Tuesday, October 28, 2008

Gunting Rambut

Apa bezanya gunting rambut kat kedai gunting biasa dengan salun? Seumur hidup aku belum pernah lagi aku gunting rambut kat salun.

Kalau kat kedai gunting rambut biasa paling mahal pun kena charge 9 ringgit. Kat sini pun ada air-cond juga. Selalu aku mesti cakap kat orang tu potong bagi pendek. Paling seronok gunting kat kedai biasa ni bila dah habis gunting, dia mesti urut leher lepas itu telengkan kepala ke kiri dan ke kanan. Lepas tu memang lega. Siap berbunyi lagi. Lupa pula, kat kedai biasa memang tukang guntingnya lelaki sahaja.

Tapi kat kedai biasa pun ada kelemahan juga. Kalau tak pandai pilih tempat silap hari bulan mahu berdarah kepala tu. Tak pun dia potong tak lawa. Tobek sana tobek sini. Tula akhirnya ada juga yang terpaksa membotakkan kepala.

Kalau kat salun lain pula ceritanya. Ini berdasarkan apa yang aku lihat dan aku dengar. Kat salun bayarannya memang tinggi. Mau belas-belas atau puluhan. Perkhidmatannya pun first class. Siap cuci rambut lagi.

Lepas itu, boleh pilih stail rambut mana yang kita kehendaki. Kat salon selalunya tukang guntingnya perempuan. Tapi aku tengok kadang-kadang orang yang gunting rambut kat salun tu sebelum dan selepas macam sama je. Gunting rambut sedikit sahaja. Mungkin itu hanyalah perasaan aku.

Suatu hari nanti aku pun nak cuba gunting rambut kat salun. Tak salah kan kalau mencuba.

Monday, October 27, 2008

Kenduri Kendara

Kat Merbau Sempak ni bila ada kenduri je mesti sibuk satu kampung. Sudah menjadi tradisi kat sini bila ada kenduri, orang kampung bergotong-royong menyiapkan juadah dan perhiasan. Jarang aku tengok orang kahwin kat sini pakai catering apatah lagi kahwin kat hotel.

Kampung aku siap ada persatuan lagi yang menguruskan hal persiapan kenduri kahwin ini. Nama persatuan tu ialah Sepakat. Persatuan ini tidak mengenekan sebarang bayaran perkhidmatan. Cuma kos perkahwinan sahaja ditanggung oleh tuan rumah. Persatuan ini siap ada baju rasmi lagi. Baju kurung berwarna biru. Seragam macam boria. Tapi perempuan jela yang pakai lelaki tak payah pakai baju seragam.

Sebab tu masa kenduri mak aku sibuk betul. Maklum la mak aku ni la tukang masak. Daripada awal sampai habis mak aku terlibat. Selalunya memang pihak perempuan la yang paling sibuk sekali.

Aku pun turut melibatkan diri bila ada kenduri kahwin. Selalunya aku tolong basuh pinggan, lap pinggan, angkat pinggan yang kotor dengan menggantikan lauk yang dah habis. Aku ini malas selalu je mengelat. Tau-tau lepas zohor aku lesap. Tapi kalau dah dapat duit berbunga kat kocek tu tak dapat buat apa la. Layan jela sampai abis.

Kat sini masa kahwin biasala mesti ada sesi karaoke nya. Selalunya orang yang tolong tu juga yang nyanyi. Aku tengok kat tepi je. Suara tak sedap mana boleh nyanyi.

Ikut tuan rumah juga. Selalunya bila dah nak habis tu ada dibuat cabutan bertuah untuk orang kampung yang tolong. Aku mesti dapat masa cabutan bertuah.

Kat tempat aku ni masa kenduri kahwin memang meriah. Aku harap tradisi ini dapat diteruskan walaupun kampung aku dah jadi modern nanti.

Saturday, October 25, 2008

Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Sebelum ini aku pernah bercerita pasal Putra LRT kali ini aku nak cerita pasal KTM pula. Semalam lepas habis je kerja aku terus naik Putra LRT ke KL Central. Maklum la isnin cuti deepavali. Sesampainya aku kat KL Central aku kena naik KTM Komuter pula.

KTM ni mempunyai dua perkhidmatan sebenarnya iaitu KTM Antarabandar dan KTM Komuter. KTM Antarabandar ni keretapi yang pertama di Malaysia. Yang pakai arang tu. Lepastu bunyi dia memang bising. Keretapi ni aku tak pernah naik pun. Setakat tengok je.

Manakala KTM Komuter pula adalah keretapi yang menggunakan elektrik sebagai tenaga untuk menjana pergerakannya. Aku memang selalu naik keretapi ini. Sejak tingkatan satu lagi. Berulang-alik ke Sungai Buloh, Kuala Lumpur dengan Klang.

KTM Komuter ini memang lagi sibuk dari Putra LRT. Tak pernah aku naik keretapi ini kosong. Memanjang je penuh. Memang dua kali ganda sesak dari Putra LRT. Semua orang nak mengelakkan kesesakan lalu-lintas.

Semalam aku melihat pembaharuan yang bagus dari pihak KTM. Selalunya masa aku tunggu keretapi kat KL Central, suasana memang teruk sekali. Dengan tiada barisannya. Berterabur. Lepas tu bila keretapi sampai, orang main rempuh je. Tak bagi pun peluang kat orang yang kat dalam keretapi tu bagi keluar dulu.

Tapi semalam keadaan adalah berlainan sama sekali. Kita boleh lihat sendiri kat tempat beratur tu dah ada garisan warna hijau dan merah. Pengguna kena beratur mengikut garisan itu. Dekat situ betul-betul tepi pintu keretapi. Selepas itu ada orang ditugaskan untuk memastikan pengguna di dalam keretapi keluar dulu. Baru la aku dapat naik keretapi dengan tenang. Tetapi kesesakan masih tidak dapat dielakkan lagi-lagi semasa musim perayaan deepavali ni.

Namun aku tetap setia.. Keretapi ini juga la yang menjadi pilihan di hati. Sesak macam mana pun aku mesti naik juga. Senang terus sampai Sungai Buloh. Kat dalam keretapi tu tahan la sikit.

p/s : Sekarang aku tengah bercuti sampai isnin.

Thursday, October 23, 2008

Cabaran Kehidupan

Sejak aku intern kat KL ni macam-macam benda aku belajar selain dari bekerja. Rasa macam dah hidup sendiri. Tidak bergantung harap dengan keluarga lagi. Semua benda aku buat sendiri. Kehidupan di KL ni memang berbeza dari hidup aku semasa di rumah, asrama dan universiti.

Tiap-tiap hari aku lihat orang bertungkus lumus bekerja mencari rezeki. Baru aku tahu mencari rezeki itu bukan mudah. Malah adalah satu tanggungjawab yang besar lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Tiap-tiap bulan aku kena membahagikan harta yang aku peroleh untuk membayar sewa rumah, bil air, elektrik, streamyx dan MTC. Aku juga makan di kedai. Mana reti masak. Jadi perbelanjaan tu memang penting. Kalau tersilap langkah buruk padahnya.

Aku juga buat pertama kalinya merasa tekanan semasa bekerja. Boss aku kata work under pressure. Masa banyak kerja memang penat. Pernah juga aku pulang lewat ke rumah. Nasib baik masih bujang. Tak dela yang terabai.

Semua ini adalah norma-norma kehidupan. Tiada benda yang datang bergolek dan setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Hidup ini lebih bererti bagi mereka yang tahu menghargai.

Jom layan lagu ini dari Shiela Majid - Hitam Putih Kehidupan
Hayatilah
Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid

Wednesday, October 22, 2008

Aku telah ditag

* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Aku yang tak bersalah ni telah ditag oleh encik Keyrol dan Acan. Pening juga nak jawab soalan ni.

7 perkara yang pelik dan takjub pasal aku.
  • Aku mempunyai kemahiran tidur yang luar biasa tidak kira tempat, masa dan keadaan. Senang cerita kalau aku nak tidur senang je. Hanya perlu memejamkan mata sahaja. Tau-tau dah lelap. Sebab tu ramai orang jelez dengan kemampuan aku.
  • Aku juga pandai membuat kira-kira. Bakat terpendam aku ni telah ditunjukkan semasa sekolah menengah sehingga kawan-kawan aku memberi gelaran yang orang lain tak dapat iaitu Bajet. Mungkin aku boleh menjadi menteri kewangan suatu hari ni.
  • Aku mempunyai lesen kereta dan motor tetapi tidak reti membawa kereta. Lesen aku pun dah upgrade. Bukan P ye. Kali terakhir aku bawa kereta semasa ujian memandu. Aku lebih suka naik kenderaan awam daripada memandu kereta.
  • Aku juga berbakat besar dalam kepimpinan. Buktinya sepanjang hidup aku bersekolah dari tingkatan satu sampai lima tidak kira sekolah mana aku pergi, jawatan ketua kelas mesti aku yang pegang.
  • Aku boleh bermain alat muzik tidak kira moden ataupun tradisional. Alat muzik moden yang aku main mestilah Alto dan Tenor saxophone. Manakala alat tradisional yang aku main ialah gamelan.
  • Sifat semulajadi aku memang seorang yang pendiam. Kalau aku tak kenal orang tu memang aku tak akan cakap. Tapi kalau dah kenal memang aku adalah antara orang yang terbising sekali. Motto aku bercakap bila perlu sahaja.
  • Akhir sekali aku memang tak makan pedas. Dalam keluarga aku seorang je yang ganjil sebab tak makan pedas. Padahal mak aku puas sumbat kat mulut aku makanan yang pedas sejak aku kecil. Tapi tidak berkesan. Aku tetap dengan polisi aku. Cili dan segala keturunannya adalah musuh nombor satu aku.
Dikesempatan ini aku nak tag insan yang bertuah seperti di bawah :
  1. Mok
  2. Teloq
  3. Gedo
  4. Nasrul
  5. Saifulhisham
  6. Izzi
  7. Peja
Sila la jawab ye.

Tuesday, October 21, 2008

Rumah terbuka terakhir

Hari ahad hari tu aku dengan rakan seintern yang lain pergi beraya di rumah staff office aku. Rumahnya terletak di Taman Melati. Rasa dekat je. Kitorang pergi ke sana dengan menaiki Putra LRT. Macam biasa la aku memang pelanggan tetap. Lebih-lebih lagi aku pakai MTC. Ke mana sahaja aku boleh pergi.

Kat rumah tuan rumah selepas bersalaman dan bertegur sapa. Aku pun makan nasi ayam nasi double. Lapar maklum la dari pagi tak makan. Kira ni sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Combo terus. Selesai segala masalah. Memang aku makan sakan.

Lepas tu, aku menjamah soto pula. Sambil duduk-duduk ratah kuih disulami dengan air. Sampai la perut aku kembung. Tak larat dah. Kekenyangan. Puas...

Satu juadah je yang tertinggal iaitu lontong. Tak pe makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

Bagai sudah mengantuk disorongkan bantal. Balik kitorang tumpang kereta staff. Alang-alang lalu apasalahnya kalau tumpang sekaki. Mungkin ni rumah terbuka terakhir yang aku pergi. Maklum la minggu ni aku nak balik. Isnin cuti sempena perayaan deepavali.

Tetapi kepada sesiapa yang nak jemput ke rumah terbuka adalah sangat-sangat dialukan. Lebih-lebih lagi rumah yang terletak kat kawasan lembah klang dan berdekatan dengan stesen keretapi. Di samping menjamu selera dapat juga la mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita.



Monday, October 20, 2008

Berhari raya di office

Hari raya kan sebulan. Dah raya ke 17 pun masih ada jemputan rumah terbuka. Kali ini kat office aku sendiri. Ini kira combo la jimat. Sambutan hari raya, deepavali dengan pembukaan office aku di tingkat 2 bangunan SHL.

Sibuk juga la hari tu diorang menganyam ketupat. Tetapi bukan untuk makan tau. Hanya sebagai perhiasan dalaman sahaja. Aku hanya menyaksikan aksi diorang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir.Terus terang aku cakap aku tak tau menganyam ketupat. Makan tau la. Malas la nak belajar. Gedo dengan Mok pun dah reti. Baru je belajar dari pakar iaitu Shahrin.

Malam tu jamuan ala kadar di office. Aku makan sate ayam dan daging dan nasi, ayam dan kambing. Masyuk. Lepas tu tapau bawak balik. Akhir sekali sesi photography.

DSCF4148 DSC00848DSCF4181

Sekian....

p/s: Post kali ni aku pakai windows live writer tak sangka pulak boleh.

Sunday, October 19, 2008

Amr Zaki



Seperti biasa malam minggu aku mesti pergi tengok bola untuk menyaksikan Arsenal beraksi. Tapi malangnya Rashartini, Zatimanis dan BRJ semua layan Liverpool vs Wigan. Aku pun tak ada pilihan. Terpaksa la layan. Memang berbaloi la aku tengok perlawanan itu yang dimenangi oleh Liverpool.

Aksi Amr Zaki membuatkan aku terpegun dan terkejut. Jadi aku nak cerita pasal Amr Zaki.



Nama : Amr Zaki

Negara : Egypt

Tarikh Lahir : 1/4/1983

TInggi : 6'11'' (185cm)

Berat : 11st 11Ibs (75.0kg)

Posisi : Penyerang

Kelab asal dia El Zamalek. Sekarang ni Wigan tengah pinjam dia. Mungkin Wigan akan membeli beliau bila transfer windows bukak bulan Januari ini. Sekarang dia antara top scorer kat english premier league. Satu pencapaian yang begitu membanggakan.



Selepas tengok video ni mesti korang pun teruja juga. Nasib baik Wigan ni kelab lemah je. Kalau tidak mesti Amr Zaki tu jaringkan gol lebih daripada dua.

Apa-apa hal pun yang penting Arsenal menang dengan Everton malam tu 3-1.

Saturday, October 18, 2008

Sony Ericsson XPERIA X1

Seronok betul hari ni cuti. Boleh la guling-guling dan berehat. Duduk rumah je tak larat nak keluar. Pagi-pagi buta aku pergi la kat laman web Sony Ericsson. Tengok handphone yang terkini. Sehingga la mata aku tertumpu kat Sony Ericsson XPERIA X1 ni.

Gaya elegen, style menarik dan canggih. Sesuai dengan gaya masa kini. Handphone ni hampir sama dengan fungsi pda. Kalau tak silap aku kat Malaysia tak keluar lagi. Harga pun tak tau. Pada aku harga dia mesti mahal tahap melampau. Mau dua ribu dan ke atas la. Senang cerita ni hanyalah handphone impian.

Ini review handphone ni:

Size 110.5 x 52.6 x 17.0 mm / 4.4 x 2.1 x 0.7 inches
Weight 158.0 g / 5.6 oz
Available colours Solid Black
Screen 800 X 480 65,536-colour TFT
Memory Up to 400 MB Phone Memory MicroSD support
Actual free memory may vary due to phone pre-configuration
Networks GSM 850 GSM 900 GSM 1800 GSM 1900 EDGE UMTS tri-band HSPA
Performance

GSM 850
GSM 900
GSM 1800
GSM 1900
EDGE
UMTS tri-band
HSPA
Talk time (up to)
10 hours
10 hours
10 hours
10 hours
10 hours
6 hours
6 hours
Standby time (up to)
500 hours
500 hours
500 hours
500 hours
500 hours
640 hours
640 hours
Video call
(up to)
-
-
-
-
-
3 hours
3 hours

Camera
  • Camera - 3.2 megapixel
  • Photo light
  • Video record
  • Camera
Music
  • Windows Media® Player Mobile
Internet
  • Web browser_X1
  • Web feeds
  • RSS feeds
Entertainment
  • Radio
Connectivity
  • WiFi™
  • Microsoft Office® mobile
  • Bluetooth™ technology
  • Modem
  • USB support
  • aGPS
Messaging
  • PictureMessaging(MMS)
  • Text messaging (SMS)
Communication
  • Outlook® Mobile
  • Windows Mobile®
  • Speaker phone
  • Video call
Design
  • XPERIA™ panels
Organiser
  • Calendar
  • Contacts
  • Handwriting recognition
  • Alarm clock
  • Flight mode_X1
  • Phone book
Sumber dari Sony Ericsson Malaysia.

Banyak betul fungsi dia. Terkial-kial gak la nak pakai. Kalau nak tengok dengan lebih jelas lagi bagaimana handphone ini berfungsi sila lihat kat sini.

Aku paling tertarik dengan cara Sony Ericsson memperomosikan handphone ini dengan series who is Johnny X? Semua sekali 9 episod. Pastu kesudahannya bersambung tahun depan. Dalam cerita ini Johnny ni hilang ingatan dan ingatan terakhirnya hanyalah Sony Ericsson XPERIA X1. Dengan menggunakan handphone ini, dia pun mencari identiti dia yang sebenarnya. Tak sangka layan juga aku. Sampai habis aku tengok. Sebab memang menarik.

Kalau korang berminat tengok la kat Johnny X. Harap terhibur.

p/s: Sesiapa tau harga sebenar handphone ini sila bagi tau aku.

Friday, October 17, 2008

Light RailwayTransit (LRT)

Untuk pengetahuan korang Putra LRT ini ditubuhkan pada 15 September 1994 dan dikendalikan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL). Bagi aku Putra LRT ini adalah nadi utama kepada semua warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur. Tanpa Putra LRT siapalah kita.

Aku memang pelanggan utama pengangkutan ini sejak aku internship kat Kuala Lumpur. Aku tinggal kat Wangsa Maju dekat je dengan stesen. Tapi tau-tau jela kan Wangsa Maju ni memang kawasan yang strategik dan padat.

Tiap-tiap hari stesen Wangsa Maju tu penuh sampai staff RapidKL terpaksa tahan orang dari masuk. Bagi kat atas kosong dulu. Purata aku sampai kat stesen selalunya dalam jam 7.40 pagi.

Destinasi aku adalah Ampang Park. 5 stesen jugak la baru sampai Ampang Park. Aku selalu tiba kat pejabat dalam kul 8.05 pagi. Tu paling awal la. Aku ni liat nak bangun pagi-pagi buta ni.

Putra LRT ni memang banyak kelebihan :
  1. Murah tak payah bayar duit minyak.
  2. Tidak perlu terlibat dengan kesesakan lalu-lintas.
  3. Cepat sampai ke destinasi.
  4. Lebih selamat bagi aku la lagipun Putra LRT ni keretapi tanpa pemandu.
Putra LRT juga ada kelemahan :
  1. Sudah pasti anda perlu bersesak dengan orang ramai.
  2. Kalau terlepas train kosong memang lambat la sampai pejabat jawabnya.
  3. Kalau rosak atau sesak memang terpaksa la sabar je menunggu bila la LRT ni nak gerak.
Cara pembayaran untuk naik train ini setahu aku ada empat iaitu Monthly Travel Card (MTC), Touch'n go, Top-up kad dengan tiket biasa. Aku lebih terdorong untuk memakai MTC kerana anda tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Hanya tunjuk je kat orang yang jaga kat situ. Laju dan pantas. Kos MTC ialah RM100 sebulan. Kelebihannya anda dapat naik Putra LRT dan STAR tanpa had ke mana saja anda pergi dalam bulan tersebut.

Tapi kalau orang yang jenis tak berjalan dan merayap rasanya tak perlu pakai MTC kot. Aku selalu balik Merbau Sempak. Dah dekat kena la selalu balik. Tak sabar tunggu Deepavali. Hehe cuti lagi.

Walau apa pun orang kata, aku tetap sokong RapidKL. Nanti RapidKL nak tambah bilangan gerabak dan laluan ke Bandar Sunway, Subang Jaya dan UEP Subang Jaya. Harap-harap dengan perancangan ini, perkhidmatan awam ini akan berjalan lebih lancar.

p/s : Tahun depan bulan satu aku akan kembali ke bumi Tronoh yang tercinta sebagai pelajar tahun akhir.

Thursday, October 16, 2008

Lokasi sebenar


View Larger Map

Peta di atas menunjukkan lokasi sebenar Kampung Kubu Gajah Luar. Dalam peta tu yang ada hanyalah Kampung Merbau Sempak dan Kampung Kubu Gajah. Rumah aku terletak di antara dua kampung ini.

Nak tau lebih tepat zoom dekat Lorong Merbau Sempak 5. Lokasi Kampung Kubu Gajah Luar terletak di hujung lorong itu. Terasing dari perkampungan yang lain.

Mana la tau kan kalau korang nak datang rumah aku ke kan senang ada peta. Tapi tahun ni tak dapat kot sebab rumah aku tak terbuka. Huhu. Kalo ada permintaan baru la akan diusahakan.

Lagi satu nanti bila masa aku kahwin nanti senang la korang nak datang. Tak ada la sesat kan. Haha. Sebab tu la aku mengambil langkah awal.

p/s: Lambat lagi nak kahwin. Belajar pun tak abis lagi. Masih jauh perjalanan.

Wednesday, October 15, 2008

Gambar raya

Di sini sedikit gambar yang dapat diambil ketika rombongan berhari raya hari tu. Sebenarnya banyak sangat gambar. Tapi aku tunjuk gambar keseluruhan suasana berhari raya di rumah rakan-rakan. Terima kasih kepada tuan punya kamera iaitu Hakim, Teloq dan Harith.

Kat rumah Teloq

Tuan rumah Teloq berbaju biru

Kat rumah Majin

Kat rumah Pojan

Kat rumah Kenny duta sendayu tinggi

Kat rumah Awin

Kat rumah Lisa

Tuesday, October 14, 2008

Madagascar

Aku dapat banner ni dari Kak Red. Saja je masuk pertandingan ni. Aku memang peminat Madagascar. Masa tahun 2005 aku tengok cerita Madagascar ni. Memang kering gusi la. Gelak tengok gelagat watak haiwan dalam cerita ini.

Watak-watak dalam Madagascar adalah seperti berikut:
  1. Alex si singa.
  2. Marty si kuda belang.
  3. Melman si girafah.
  4. Gloria si badak air.
Cerita bermula bila sekumpulan peguin sibuk nak keluar dari zoo. Marty ni pula teringin nak hidup bebas kat tempat asal dia iaitu hutan. Jadi dia pun ikut peguin. Dari sini la bermulanya pengembaraan diorang sehingga terdampar di pulau Madagascar.

Di pulau Madagascar ini la diorang belajar kehidupan di hutan tidak seindah yang dikhabarkan. Jauh panggang dari api. Masalah timbul apabila Alex gilakan daging sehingga Marty pun hampir menjadi mangsa. Barulah diorang sedar kat hutan ini ada yang jadi pemangsa dan ada juga yang menjadi mangsa.

Klimaks cerita ini bila Alex berjaya menyelamatkan rakan-rakannya dari foosa. Di akhir cerita ini diorang dapat tahu yang Alex ni lebih sukakan sushi daripada daging. Tapi cerita ini agak tergantung sebab kapal yang diorang sepatutnya naik tu sudah kehabisan minyak.

Sebab tula aku tak sabar nak tengok sambungannya dalam Madagascar: Escape 2 Africa.

Soalan:
  • Character Alex - what animal is that?
    Alex the lion.
  • I should be getting the free tickets because I like to watch Madagascar and I want to see their sequel towards the end.
p/s: Kalo dapat tiket percuma siapa nak ikut aku? Kalo dapat la. Haha.

Monday, October 13, 2008

Beraya lagi

Kali ini beraya edisi bandar. Minggu lepas murah betul rezeki aku. Mencurah-curah bagaikan air yang mengalir. Bagaikan minyak yang ditatang penuh. Aku menerima jemputan ke rumah terbuka daripada rakan-rakan mahupun jauh ataupun dekat.

Di pagi sabtu yang indah, aku terasa seperti di hari raya yang pertama. Ahli condo aku semua sibuk bersiap-siap. Gosok baju melayu berlatar belakangkan lagu raya. Nasib baik tak pergi sembahyang raya. Kalo tak lengkap pakej.

Rumah pertama sudah semestinya rumah teloq kerana berdekatan dengan kediaman aku. Ahli rumah aku semua turut serta diikuti kenalan yang lain. Jumlah kereta yang digunakan kira-kira 5 buah. Selepas membantai mee goreng berserta hot dog dan telur aku pun beralih ke rumah majin pula yang terletak di Jelatik. Dekat rumah majin aku hanya mampu makan cocktail buah sahaja.

Lepas tu kami beralih ke rumah pojan pulak yang terletak di kajang. Jauh juga rumah pojan ni. Tapi aku berpuas hati roti john pojan memang terbaik. Sehingga menjilat jari. Boleh buat berniaga la orang kata. Selepas puas berehat dan berguling-guling kat rumah pojan kitorang beralih ke destinasi yang lebih jauh iaitu rumah kenny yang terletak di bangi.

Berpusing-pusing juga la cari rumah kenny ni. Akhirnya sampai juga. Kat rumah kenny puas posing maut tangkap gambo hampir setiap penjuru rumah. Belum habis lagi ni. Lepas ini pergi rumah Awin pula kat Bangi juga.

Kat rumah Awin aku makan kek cheese dengan coklat. Nak sebut nama pun tak tau. Makan jela. Haha nak tanya segan. Akhirnya rumah yang terakhir dan paling jauh iaitu rumah Lisa. Sampai je kat rumah Lisa dah maghrib. Puas betul aku beraya hari ni. Tunai kan dulu kewajipan. Lepas tu baru la menikmati juadah yang disediakan.

Kira ni makan malam sekali la. Memang makan puas-puas la. Aku ambil sate, kek sarawak kot dengan mee apa tah ala western. Aku banyak melantak tanpa mengetahui nama sebenar makanan tersebut. Kat rumah Lisa macam-macam kitorang buat. Menyanyi, main gitar dan aku pula hanya mampu tersenyum. Mungkin kepenatan. Tepat jam 10.30 rasanya kami pun beredar ke destinasi masing-masing.

Senang cerita ni la raya yang paling seronok dan memenatkan. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah kawan-kawan. Mengeratkan silaturrahim. Beramah mesra. Mengenali diri dengan lebih mendalam.

Keesokan harinya masing-masing terlajak. Hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kalau tidak mengikut perancangan asal kitorang ada dua lagi jemputan rumah terbuka. Kali ini di Klang dan Shah Alam. Tapi apakan daya berehat kat rumah jela tak larat.

Kepada rakan-rakan yang terlibat terima kasih aku ucapkan. Rumah aku kat merbau sempak tertutup. Jauh la kalau korang nak pergi sana. Kalau ada permintaan yang tinggi barulah terbuka. Kata-kata terakhir, kalo boleh hantar la ye gambar-gambar tu ke ivanzryanz@gmail.com sebagai kenangan.