Tuesday, December 9, 2008

Hari Raya Aidiladha

Selepas bertakbir sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha, seperti biasa tok imam mengingatkan rakaat pertama ada tujuh takbir dan rakaat kedua ada lima takbir dan selepas solat jemaah diingatkan supaya mendengar khutbah. Kalau tak tidak sah solat sunat Aidiladha kerana khutbah itu adalah sebahagian daripada rukun solat.

Hari Raya Aidiladha pada kali ini memang berbeza kerana dilimpahi dengan hujan rahmat. Memandangkan kemelesetan ekonomi. Dengan harga barang yang tidak tetap. Mungkin menyebabkan harga lembu menjadi mahal.

Selalunya tiap kali raya aku dapat melihat korban dilakukan di depan rumah aku mahupun berdekatan dengan surau. Kali ni tak de pun. Selepas menziarahi satu rumah aku pun terus balik. Suasana hujan menyebabkan aku rasa mengantuk sekali.

Tapi aku tak tido. Aku memenuhi jemputan rakan baik aku untuk beraya di Batang Berjuntai. Sekali sekala berjalan memang seronok. Melihat rakan yang sudah lama tidak ketemu. Bertukar pengalaman. Cerita tentang masa lalu dan juga hala tuju masa depan selepas ini.

Aku juga menggunakan sepenuhnya peluang yang ada. Aku bercuti sampai hari rabu. Seronok berada di rumah. Lari dari hiruk pikuk dan kesibukan kota raya. Tenang berada di rumah bersama keluarga tersayang.

3 comments:

Achan Sinclair said...

Sila credit kepada owner Roll Royce berbodykit kan Perodua MyVi... dia merajuk

SOPHY said...

hahhahha... kepada owner Roll Royce, thanks q coz sudi melawat pintu gerbang2 yg ada di btg berjuntai ini... hahhahahahah

Unknown said...

haha. lupalak kan. Di kesempatan ini hamba ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada encik acan kerana dengan bantuan kereta beliau hamba dapat sampai ke batang berjuntai.