Wednesday, October 8, 2008

Monopoly


Sejak dua menjak ni aku dah mula balik main monopoly. Sampai penghuni condo sewa ni turut sama memeriahkan suasana.

Diingatkan jangan main-main. Kerana monopoly ni la sahabat baik pun boleh bermusuhan. Suasana yang aman pun boleh jadi tegang. Bagaikan pertumpahan darah akan berlaku. Perebutan tanah bermaharaja lela. Golongan yang mempunyai banyak tanah dan wang menjadi kuasa besar.

Lebih-lebih lagi masa nak buat urusan tukar menukar. Rundingan yang bijak boleh membawa kemenangan manakala rundingan yang noob boleh membawa kepada malapetaka sehingga mengganggu gugat pemain yang lain.

Sebenarnya permainan monopoly ni lebih kurang sama je dengan permainan saidina dan jutaria kalo anda pernah dengar. Platform yang digunakan ialah komputer. Modern la sikit kan. Komputer paling cikai pun boleh main permainan ini.

Maksimum pemain ialah empat orang. Kalau tak nak lawan dengan manusia anda boleh bermain dengan komputer itu sendiri. Monopoly ini menyediakan tiga tahap kesukaran. Yang membezakan monopoly dengan saidina ialah jika anda hendak membina rumah, syaratnya anda mesti memiliki kesemua tanah yang mempunyai warna yang sama misalnya warna merah.

Kalau anda tidak memiliki duit untuk membeli tanah anda boleh melelong tanah tersebut kepada pemain lain (auction). Jika jumlah wang terkumpul anda adalah negatif, anda bolehlah menggadaikan tanah anda kepada bank (mortgage).

Nasib memang memainkan peranan yang penting dalam permainan ini di samping kemahiran anda menguruskan perniagaan dan urusan jual beli. Sebab permainan ini menggunakan dadu. Selalunya nasib memang tidak baik, oleh itu anda terpaksa berunding dengan pemilik tanah yang mempunyai warna yang sama (trade). Sesudah persetujuan dicapai baru la anda memiliki tanah tersebut.

Pemenang permainan ini ditentukan apabila salah seorang daripada pemain tersebut berjaya memonopoli kesemua tanah yang ada dalam permainan ini. Anda diisytiharkan muflis (bankrup) apabila anda tidak mampu membayar hutang piutang kepada pemain yang berkenaan.

Seronok main permainan ini bersama rakan-rakan. Tapi jangan lupa buat benda lain sudah. Permainan ni memang mengambil masa yang lama untuk habis. Nasib baik boleh save.Permainan ini memang sesuai untuk semua lapisan umur.

Kalau direnungkan keadaan permainan ni sama je dengan keadaan sebenar. Manusia berebut hanya semata-mata kerana harta benda. Sanggup berkorban apa sahaja. Akhir kalam, selamat mencuba...

2 comments:

Achan Sinclair said...

Hahaha..peningkatan dari segi penulisan. Cuba lagi dengan menguatkan gaya bahasa dan teknik penulisan yang beridentiti.

Unknown said...

Terima kasih bos. Akan ku cuba memberikan hanya yang terbaik.