Thursday, October 23, 2008

Cabaran Kehidupan

Sejak aku intern kat KL ni macam-macam benda aku belajar selain dari bekerja. Rasa macam dah hidup sendiri. Tidak bergantung harap dengan keluarga lagi. Semua benda aku buat sendiri. Kehidupan di KL ni memang berbeza dari hidup aku semasa di rumah, asrama dan universiti.

Tiap-tiap hari aku lihat orang bertungkus lumus bekerja mencari rezeki. Baru aku tahu mencari rezeki itu bukan mudah. Malah adalah satu tanggungjawab yang besar lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Tiap-tiap bulan aku kena membahagikan harta yang aku peroleh untuk membayar sewa rumah, bil air, elektrik, streamyx dan MTC. Aku juga makan di kedai. Mana reti masak. Jadi perbelanjaan tu memang penting. Kalau tersilap langkah buruk padahnya.

Aku juga buat pertama kalinya merasa tekanan semasa bekerja. Boss aku kata work under pressure. Masa banyak kerja memang penat. Pernah juga aku pulang lewat ke rumah. Nasib baik masih bujang. Tak dela yang terabai.

Semua ini adalah norma-norma kehidupan. Tiada benda yang datang bergolek dan setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Hidup ini lebih bererti bagi mereka yang tahu menghargai.

Jom layan lagu ini dari Shiela Majid - Hitam Putih Kehidupan
Hayatilah
Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid

3 comments:

Keyrol Anwar said...

Aq rasa intern mmg penat. tp enjoy sebab xde xam.
Aq dulu ulang alik bangi-mont kiara lg seksa. Gilos r weh. 1st week tu bad mood je kt umah.
Time2 anwar ibrahim tu lg r, jam x ingt dunia. Dr tol sg besi. Yg geram nye, polis bukan check, tp gelak-gelak kt tepi jalan. 3 lanes jd 1 lane. Xke sengal?

Sakilah said...

Intern ni seronok tapi memenatkan itu pasti. Seronok sbb xde exam mcm kerol ckp, tp penat ble keje bwh org kn~
mungkin ak x mcm korg sbb ak duk umah sndri, segala hal bil xde mengganggu ak.ape2pon, gud luck another 4 months..

btw, im linking ur blog into mine~
=P

Unknown said...

kEyrol~ : Haha sengal sangat tu. Biasa la Kuala Lumpur. Tapi sekarang hidup ko jauh berbeza.

sakilah : Betul tu sakilah. Tapi bila pikir balik rasa sedih lak sebab intern dah nak habis