Friday, October 10, 2008

Merbau Sempak

Blog aku ni dinamakan sempena nama tempat aku dibesarkan. Merbau Sempak ni nama tempat yer yang terletak di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Merbau adalah nama sejenis pokok manakala Sempak aku sendiri pun tak tahu. Tapi kalo nak lagi spesifik rumah aku terletak di Kampung Kubu Gajah Luar.

Tahun ni baru ada papan tanda. Aku pun terkejut. Haha kalo tidak dari dulu lagi tak ada. Rumah aku ni memang terletak jauh ke dalam. Rumah aku terletak di kawasan tanah tinggi dikelilingi kelapa sawit. Korang pernah tengok cerita jangan pandang belakang tak? Time babak yang kereta Pierre Andre rosak tu. Ha macam tula keadaan nak pergi rumah aku. Lagi-lagi masa malam seram woo. Tapi sekarang dah ada lampu tiang dah.

Masa aku kecik aku selalu juga ikut atuk aku pergi menjala ikan kat sungai. Tapi yang peliknya aku sampai sekarang tak reti berenang. Pastu aku pun rajin gak ikut atuk menjerat burung. Sekarang dah tak boleh dah. Sungai pun dah tercemar. Burung pun dah lari entah ke mana. Aku pun pernah makan landak. Tapi tak sengaja la sebab aku ingatkan ayam. Rasa landak tu memang lagi sedap dari ayam. Sekarang nak jumpa seekor landak pun susah.

Masa dulu aku memang layan permainan tradisional seperti guli, gasing, galah panjang, layang-layang dan enteng-enteng. Masa tu internet dengan komputer pun tak ada. Memang permainan ini lah yang menjadi peneman sejati.

Bekalan air pun aku dapat lambat. Masa aku kecil sampai darjah enam aku pakai air perigi je. Fuhh tak dapat dibayangkan betapa sejuknya air perigi. Tapi seronok mandi pakai air perigi. Rumah aku sampai sekarang ada perigi. Aku dapat bekalan air pun hasil usaha keras orang kampung aku. Buat protes. Apabila dah hilang kesabaran. Orang kampung pun buat laporan kat harakah.

Kepoh satu sekolah aku. Sebab keesokan harinya muka aku keluar kat muka depan Harakah lagi. Tengah posing kat tepi perigi. Keratan surat khabar tu pun dah hilang entah ke mana. Rugi betul aku tak simpan. Lepas tu adun tempat aku pun mengambil langkah yang drastik. Baru la aku merasa air paip. Lama betul aku tunggu. Tapi air perigi juga lagi best.

Masa cepat betul berlalu. Masa aku balik beraya hari tu. Aku dah nampak kemunculan papan tanda yang menunjukkan penempatan baru akan dibina bagi menggantikan pokok kelapa sawit. Terkejut beruk aku. Mungkin tahun depan bila aku balik rumah lagi. Nak pergi rumah sendiri pun tak tau. Alhamdulillah aku bersyukur atas pembangunan di Merbau Sempak yang tercinta ini. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Tapi yang penting aku tidak akan sesekali lupa identiti dan asal usul hidup aku.

2 comments:

Achan Sinclair said...

Ape lak beb...gua pergi rumah lu time form 3...kene pakai perigi lagi beb..hahaha

Unknown said...

Haha. Masa ko datang bagi saving la acan. Lagi pun bila air perigi dah nak abis barula pakai paip lak.