Tuesday, October 7, 2008

Berhari Raya

Raya kali ni aku tidak pulang ke kampung. Hanya sekadar beraya di Merbau Sempak. Tapi masih dikira beraya di kampung sebenarnya kerana rumah nenek dengan atuk sebelah mak aku kat sebelah umah je pun.

Seperti biasa di pagi raya, aku mengenakan baju melayu berwarna hijau dengan memakai seluar khakis untuk sembahyang raya di surau. Selepas sembahyang raya aku pun ikut je rombongan surau keliling kampung untuk beraya.

Setiap rumah yang berpenghuni kat kampung tu aku singgah. Masa ni la aku dapat merasa masuk rumah yang aku tak pernah pergi. Berkenalan dengan orang kampung. Maklum la orang kampung bukan kenal aku sangat sebab aku dari sekolah menengah tinggal kat asrama. Jadi masa hari raya ni la aku nak menunjukkan kewujudan aku kat orang kampung. Kalo aku nak pergi melawat sorang-sorang jangan harap la. Sebab tu aku ikut rombongan surau.

Yang bagusnya tentang rombongan surau ni, setiap rumah yang disinggah mesti akan dibacakan selawat dan doa dahulu. Lepas tu baru makan. Kira-kira sepuluh minit baru la beralih ke rumah yang lain pula.

Macam-macam juadah raya ada. Kuih raya, rendang, lontong, ketupat, laksa, burung puyuh dan lain-lain. Semua aku bedal. Sampai tak larat nak jalan. Kembong perut aku.

Sampai satu rumah ni, tuan rumah tu bagi semua yang datang RM5 tidak mengira lapisan umur. Dapat la juga aku duit raya akhirnya. Lepas je rumah ni aku terus balik rumah. Tak larat la nak pusing satu kampung.

Tula ceritanya. Hari raya pertama je aku pusing satu kampung. Lepas tu aku duduk rumah jela sampai la hari ahad. Kenalan dan rakan-rakan pun jauh. Rasa sunyi la pulak masa raya ni. Hambar je.

Aku melakukan sesi memohon maaf bersama ahli keluarga pun masa keluarga aku hantar balik ke condo sewa. Lama betul aku mengambil masa untuk mengatur ayat yang terbaik. Sebab aku ni banyak la buat dosa kat keluarga aku.

Walaupun raya hambar je tapi aku tetap gembira dan bersyukur sebab sekali lagi aku dapat berhari raya bersama keluarga tercinta...

2 comments:

kEyrOL~ said...

wah2! gile bagus surau kmpg ko!
famili aq pn xde tradition minta2 maaf..(cm dok kt kerusi pastu anak2 minta maaf)..
Tp ade jela minta2 maaf unofficial..hehe!
aq nk balik thai gakk!!

Bajet said...

haha biasa la keyrol kalo kat kampung memang macam tu. tak pe keyrol thai sekarang ni tak selamat