Monday, September 29, 2008

Reunion

Semalam aku berbuka puasa dan reunion di Hartz yang terletak di Time Square. Semasa aku tingkatan 1 hingga 3 aku bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah dan ditempatkan di Asrama Yayasan Selangor Klang.

Sudah hampir 6 tahun aku tak jumpa diorang semua. Reunion kali ni sangat memberangsangkan kerana hampir 25 orang menghadirkan diri. Masa dihabiskan dengan memakan juadah yang ada sambil bercerita tentang pengalaman diri.

Daripada perbualan tersebut aku dapati ada di antara diorang sudah pun bekerja, ada yang baru habis diploma dan ada juga yang sudah nak habis degree. Nasib baik tak ada yang dah kawin.

Semasa ketibaan diorang, aku juga dapat lihat perubahan dari segi fizikal sehinggakan aku pun tak dapat cam pada pandangan pertama. Seronok berbual dengan diorang maklum la dah lama tak berjumpa. Ada yang dah putus hubungan. Kira reunion ni macam jejak kasih pun ada la.

Cepat betul masa itu berlalu. Tanpa kita sedari ia meninggalkan kita. Aku pun sedar-sedar je tahun depan dah tahun akhir. Dah nak masuk alam pekerjaan dah.

Setelah bertukar nombor handphone kami pun berpisah mengikut hala tuju masing-masing. Tidak tahu bila pula kita akan berjumpa sekali lagi. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Acan kerana sudi menganjurkan majlis berbuka puasa dan reunion ini.



5 comments:

kEyrOL~ said...

acan kapla samseng eh?
huhu!

Bajet said...

Haha. Kapla samseng masa zaman dulu-dulu.

Achan Sinclair said...

Kutok aku..kang tak bagi mintak maaf time raya... padan muka..

Bajet said...

Ala acan sorry2. Itu hanyalah gurauan semata-mata.

SOPHY said...

wah, rindu jiwaku meronta2!!!!