Saturday, September 27, 2008

Balik kampung

Hari ini aku mahu pulang ke kampung halaman di merbau sempak. Sepatutnya semalam tetapi memandangkan orang ramai dah mula balik kampung jadi aku pun menangguhkan hajat suci aku ni. Tak sanggup dan tak dapat aku bayangkan betapa sesaknya KL Sentral semalam.

Perjalanan aku pada hari ni sangat jauh sekali. Hehe padahal kat sungai buloh je pun. Jauh apa. Mari sini aku cerita perjalanan aku untuk sampai ke situ. Mula-mula dari Wangsa Maju aku naik putra sampai KL Sentral. Pastu aku naik komuter lak sampai Sungai Boluh.

Kemudian aku kena naik bas pulak sampai merbau sempak. Kalo kaya sikit atau tengah malas aku naik teksi je. Tapi sah-sah la aku kena bayar 10 ringgit dan ke atas. Kalo nasib aku baik, ayah aku je ambik itu pun kalo ayah aku balik kerja awal kalo tidak naik bas jela jawabnya.

Pas naik bas masih belum sampai lagi tu kat umah aku. Masih jauh ke dalam. Kalo nak jalan kaki tak dapat la aku. Mau tercabut lutut aku. Aku tunggu jela kedatangan adik aku untuk menjemput aku di depan masjid kat merbau sempak tu.

Baru la aku sampai umah. Lupa pulak. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua yang mengenali aku juga termasuk pembaca blog ini. Aku juga ingin memohon seribu kemaafan jika aku ada melakukan kesalahan disepanjang perkenalan kita sama ada sengaja atau tidak.

Kepada sesiapa yang tidak dapat pulang ke kampung tu, harap bersabar la ye. Alhamdulillah sampai sekarang aku diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga di kampung. Jangan sedih-sedih la ye di hari lebaran ni. Selamat hari rayaaaaaaaaaaaaa.

p/s: Agak-agak aku dapat duit raya tak tahun ni? Mau silap hari bulan aku pulak yang kena bagi duit raya.

No comments: