Tuesday, September 23, 2008

Bazaar

Hari ni aku nak beralih angin lak. Asyik-asyik pergi bazaar kat Wangsa Maju. Sama je aku tengok. Naik mual aku.

Pas kerja td, aku gagah kan jugak diri ni termasuk rakan-rakan sekerja untuk pergi bazaar kat Dato' Keramat. Senang je pun nak pergi. One way nak balik umah. Alang-alang baik aku singgah kejap.

Setibanya aku di sana buat pertama kalinya dalam hidup ni, aku pun tercari-cari dimanakah terletaknya bazaar tersebut. La... rupanya dekat je pun dari stesen putra.

Apa yang aku dapat lihat, bazaar kat sini memang lagi kecil daripada kat Wangsa Maju. Aku pun mula mencari juadah yang sesuai dengan selera aku untuk dijadikan makanan berbuka nanti. Setelah puas mencari akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba nasi tomato beserta ayam goreng. Aku juga membeli air laici dengan murtabak untuk santapan pada waktu malam pula.

Maklum la nafsu makan aku memang besar. Kejap je dah mula lapar balik. Ish2 tabiat ni. Tidak apa untuk perut tercinta perbelanjaan ni bukannya satu pembaziran tetapi satu pelaboran. Setelah selesai membeli apa yang patut aku pun bertolak balik.

Nak tido tak tahan dah mata aku menahan sengsara dari kat tempat kerja tadi. ZZZZZ

3 comments:

kEyrOL~ said...

kt pasar dato keramat kn? aq penah dok dato keramat. x smp setahun pn b4 kejadian 'hitam' berlaku.
hurm..sedih!

Bajet said...

aah. betul-betul sebelah train je. uih apakah kejadian hitam itu?

Achan Sinclair said...

tren jatuh atas rumah ke?? ish...sian ko keyrol..