Wednesday, September 24, 2008

Berbuka puasa

Semalam aku berbuka puasa secara buffet di Chicken Rice Shop di KL Sentral. Mula-mula aku pun tak percaya. "Biar betul ada Chicken Rice Shop kat KL Sentral". Setahu aku kat situ ada KFC dengan MC Donald je.

Setibanya aku di KL Sentral bersama ahli rumah, kitorang pun jenuh mencari kelibat Chicken Rice Shop ni. Rupa-rupanya kat kawasan tu banyak lagi kedai makan. Rasamas, Subway dan bermacam-macam lagi.

Terkejut aku. Pertama kali aku sampai kat kawasan ni. Padahal sejak aku zaman muda-muda lagi aku selalu pergi KL Sentral sebab aku kena naik train untuk balik ke rumah.

Bila aku sampai je tepat masuk waktu berbuka. Aku pun segera bergegas mengambil juadah yang terhidang. Macam-macam jenis ayam ada. Aku ambik nasi ayam, sayur toge, mee kari, bubur kacang dengan air kurma.

Kenyang abis la. Perut aku rasa nak meletup je kekenyangan. Aku berpuas hati. Sebelum aku berambus aku sempat menghulurkan RM21.90 kepada bendahari yang dilantik untuk membuat bayaran. Selesai sudah tanggungjawab aku berbuka puasa.
Aku dengan Shahrin
Faiz dengan Mok
Naim dengan Decha
Pae


2 comments:

kEyrOL~ said...

sarin nmpk tua!!!
wakakaka!
x suka chicken rice shop!
uhu!

Bajet said...

haha. sarin awet muda la. chicken rice shop biasa-biasa jela. tapi ko kat sana mesti rindu masakan malaysia kan. haha