Thursday, November 19, 2009

Selesai sudah

Sedar tak sedar. Semalam adalah final exam aku yang terakhir kat UTP. Terasa masih seperti baru je aku baru masuk UTP. Terasa seperti bermimpi. Tau-tau je aku dah habis rupanya. Sekarang ni cuma tinggal final presentation untuk FYP je lagi. Lepas tu tamat la tugas aku di UTP ni sebagai seorang pelajar. Sekarang ni status aku sudah bertukar menjadi penganggur. Harap-harap jangan la lama sangat aku menganggur. Nanti orang pun naik muak tengok muka aku kat rumah.

Aku rasa aku ni dah terlampau lama merantau di bumi Perak ni. Dah kira-kira tujuh tahun rasanya. Minta-minta jangan la kerja pun dapat kat sini. Tapi kalau dah rezeki memang kat sini aku terima je.

Sebelum aku keluar dari UTP ni aku nak buat list la benda yang aku patut buat sebelum keluar dari UTP. Nanti tak dela terasa rindu sangat kat bumi Tronoh ni. Masa petang aku nak beriadah dengan bermain futsal. Susah bagi aku kalau nak turun bersukan ni. Selalu bersukan kat bilik je. Malam pula pergi maple sambil menyantap white coffee ice dengan maggie goreng memang masyuk dan terbaik. Tengok bola kat maple. Pergi sport complex. Outing ke bandar Ipoh. Lepak bersama rakan-rakan. Lepas ni dah susah nak jumpa. Masing-masing ada hala tuju sendiri. Masing-masing dah bertebaran kat seluruh pelusuk dunia ni. Aku rasa tu je kot. Kebanyakan list-list yang aku nyatakan di atas agak mustahil untuk direalisasikan kat rumah.

Dalam fikiran aku sekarang ni tak terlintas pun untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Bagi aku buat masa ni baik la aku berehat dulu. Sekarang ni yang dinanti-nantikan adalah panggilan interview dari PETRONAS. Terasa risau dan berdebar dalam hati. Sebab sekarang ni aku tak terasa suasana interview tu dengan company lain. Sekurang-kurangnya kalau dah ada pengalaman tu tak ada la terasa gentar atau seram sangat bila interview dengan PETRONAS.

Kepada yang masih belum habis final exam tu teruskan perjuangan hingga ke titis-titis dakwat pen yang terakhir. Selamat berjaya aku ucapkan. Kepada yang dah habis jom planning cuti ni nak buat apa. Aku punya rancangan sudah pasti duduk kat rumah habiskan semua game yang ada dalam komputer aku ni. Kerja sambilan tu boleh dipikirkan kemudian.

10 comments:

OoizzioO said...

tak sangka gak ko ni pandai berpuitis zali
fuh ayat tahap komsas

oyenks said...

macam tak rela duk kat bumi perak je
aku sumpah ko duk bumi perak lama-lama (buat ayat nenek kebayan) muehehehe~`
insyaAllah kalau ada rezeki mesti akan dapat keje :)

Achan Sinclair said...

Ko 7 tahun mengadap Perak..aku dah 10 tahun mengadap ko..mana lagi pain??

erie said...

dpt keje kat Perak pas ttu dapat orng Perak. hehe. Rezeki tu

Bajet said...

izzi - haha patutnya dulu aku ambik aliran sastera. Lagi pun aku kan orang seni.

Oyen - huhu ada gaya nenek kebayan oyen. Amin.

Acan - haha kalau time keje pun sama ko bleh tambah kot tahun-tahun ko mengadap aku.

Erie - murah rezeki sangat tu.

oniechan said...

congrats da abes!haha
bile konvo?

Bajet said...

konvo lama lagi onie tahun depan. nanti boleh la ko datang bawak bunga bagi kat aku dengan acan haha.

nurul said...

xmao xmao xmao,xmao bwk bunga..klu nk bwk pn,bwk bunga tahi ayam :P

AlexAlabasta said...

Have fun relaxing, Jali~ Take time~

oniechan said...

haha..bunge je nak?teddy bear ke...choc ke?nak?boley amek order..byr kire hrga kwn2 laa..