Sunday, October 18, 2009

Jejak Kasih

Perancangan sudah diatur lama antara aku dengan mok. Sebenarnya semuanya terjadi ketika keluarga aku baru sahaja menghantar aku pulang ke UTP. Dalam perjalanan pulang kereta ayah aku tersadai di tepi jalan kerana mengalami kerosakan teknikal. Masa kejadian tepat jam 12 tengah malam. Pada waktu itu, suasana sejuk seram dan gelap. Mujur pakcik dan makcik yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian datang menghulurkan bantuan.

Sejak daripada hari tu, keluarga aku menjadi rapat dengan keluarga pakcik berkenaan dan hubungan kekeluargaan pun mula terjalin. Aku sekeluarga sering berkunjung ke rumah pakcik tersebut ketika pulang dari UTP. Pakcik tersebut pun melayan kami seperti keluarga sendiri.

Pakcik tersebut selalu mengajak aku berkunjung ke rumah beliau bersama rakan-rakan untuk menikmati buah durian yang datangnya segar dari dusun. Tapi pelawaan pakcik tersebut acuh tak acuh sahaja aku layan disebabkan kerana segan. Namun kali ni aku menerima juga pelawaan pakcik tersebut. Alang-alang keluarga aku ada sekali.

Mula-mula ingat nak gerak kul 11 tapi sebagai seorang pelajar waktu tersebut sangat sukar untuk ditetapi oleh itu kami beralih ke waktu yang lebih sesuai iaitu pukul 2 petang. Persediaan rapi sudah diatur, Acan membawa parang, lokasi destinasi sudah di google map dan mok sudah bersedia sebagai driver manakala pae dgn aku sebagai penumpang.

Akhirnya kami tiba juga di destinasi yang ditujui.

Prestasi kami memang memberangsangkan. Pelbagai jenis gred durian kami balun. Namun sampai satu masa kerisauan mula terpahat di muka masing-masing kerana pakcik tersebut tidak berhenti-henti mengopek durian untuk kami. Akhirnya berjaya juga kami menghabiskan durian tersebut dan terpaksa menolak niat murni pakcik tersebut untuk menambah lagi durian.

Untuk dijadikan cerita, kebetulan hari tu keluarga aku pergi kenduri berdekatan dengan rumah pakcik tu dengan secara tak sengaja berjumpa dengan sedara terdekat yang dah lama tak berjumpa. Rupa-rupanya rumah adik-beradik atuk aku bersebelahan dengan rumah pakcik tersebut dan pakcik itu juga rupa-rupanya ada pertalian keluarga dengan keluarga aku. Jadi lepas ni kalau lalu dengan Kampung Pulau Tiga kena singgah la nampaknya.

Dari kiri: Aku(merbau sempak),Acan (Broken Pen),Mok (kencingkucing) dan Pae (jawa banting).