Thursday, November 27, 2008

Cintailah Bahasa Melayu

Bahasa Melayu semakin lama semakin terhad penggunaanya. Kalau zaman dulu aku siap boleh tulis tulisan jawi dan membaca jawi dengan lancar sekali. Maklum la masa tu penggunaanya memang meluas. Baca pun tulisan jawi. Tulis pun tulisan jawi.

Tapi sekarang dah lain. Kali ni aku bukan nak cerita pasal tulisan. Tapi lebih ditekan kepada lagu. Sebelum tu aku nak memetik dua pepatah daripada tokoh-tokoh zaman dahulu kala. Bermula dengan Hang Tuah ada berkata "Tak kan Melayu hilang di dunia". Ini bermaksud segala yang berkenaan dengan Melayu tidak akan hilang sampai bila-bila.

Seterusnya P. Ramlee. Dipetik dari sedutan lagu beliau " Andai dipisah lagu dan irama lemah tiada berjiwa hampa". Lagu dan irama memang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan karya seni yang berkualiti dan sedap telinga mendengar.

Mungkin sebab itu faktor yang menjadikan orang-orang kita tertarik dengan lagu-lagu dari negara lain. Walaupun berbeza bahasa namun lagu ini tetap menjadi pojaan dan sanjungan di setiap lapisan masyarakat.

Diorang bukan faham pun. Apatah lagi nak menyebut bait-bait lagu tu dengan betul dan tepat. Aku pelik, sangsi dan rungsing. Sekarang ni kadar peratusan lagu Melayu semakin kurang aku dengari.

Antara lagu-lagu yang mendapat perhatian dari hati peminat di Malaysia sudah semestinya datang dari Indonesia. Aku pun layan juga. Bahasa Melayu apa. Aku nak tekan di sini irama seperti Hindustan, Korea, Jepun, Amerika Latin dan mungkin Madagascar termasuk sekali dalam senarai ni.

Lagu yang aku paling muak nak dengar ialah lagu Korea. Bukan tak suka. Sedap didengar cuma kalau sudah diulang berulang-ulang kali ia jadi lain. Macam dah lemau. Aku rasa cukup la luahan aku untuk hari ni. Bye...

3 comments:

AlexAlabasta said...

OMG, Jali! Nampaknya ko kene dengar lagu WonderGirls - Nobody, baru ko tau keindahan lagu Korea! Haha~

Nway, aku sokong kata2 ko. Sebab tu aku jarang mendengar lagu seberang. Aku cuba untuk meiblatkan muzik tanah air kepada komposer-komposer berkualiti seperti Ajai, Aidit Alfian dan seantero. Lagu mereka bagi aku sangat bagus.

Bajet said...

Aku dah layan NymQ. Memang seronok dan menarik. Siap joget-joget lagi. Namun lagu Melayu tetap di hati ku.

Achan Sinclair said...

Gua geli dengan seleksi lagu-lagu NymQ..weh lagu blog ko..memalukan aku dikhalayak ramai...jambu sgt bunyi nye...demmit