Friday, December 18, 2009

Hijrah Diri

Sudah kira dua minggu aku meninggalkan dunia pembelajaran di UTP sebagai seorang pelajar. Masih belum terlambat kiranya untuk aku memohon kemaafan daripada rakan-rakan seperjuangan. Halalkan makan minum dan jika ada hutang silalah tuntut kerana sesungguhnya aku ni hanyalah hamba yang lemah.

Bersempena dengan Maal Hijrah pada hari ni adalah titik penghijrahan daripada seorang pelajar kepada seorang engineer harapnya. Belajar tu adalah proses yang berjalan sepanjang hidup sehingga liang lahad. Hijrah menuntut banyak pengorbanan daripada pelbagai segi.

Sekarang ni aku memang masih dalam transition menganggur. Sukar juga rasanya perasaan tidak mempunyai income yang tetap. Kocek sentiasa kosong. Memang mengharapkan seratus peratus pergantungan hidup kepada keluarga. Bila-bila masa saja aku akan keluar dari kepompong ini.

Selepas ini kehidupan berdikari itu yang akan aku lalui. Rakan-rakan juga sudah sibuk ke sana-sini interview. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan. Semoga dapat kerja yang sesuai dengan jiwa kita. Namun terima sajalah apa pun kerja tersebut asalkan Halal sebagai permulaan dalam perubahan ke dunia pekerjaan.

Lagipun sekarang ni kita tidak berkuasa untuk terlalu memilih sangat disebabkan banyak halangan dan kekangan. Mungkin tidak ada rezeki untuk berkerja dengan company pilihan. Janganlah kecewa jika gagal dalam mencapai cita-cita tersebut. Tetapi teruskan usaha dan tetapkan matlamat mungkin suatu hari nanti ke situ juga destinasi kita akhirnya.

Aku masih menunggu dan terus menunggu SI yang belum kian tiba. Kata orang yang terbaik itu reserve yang terakhir.

Akhir sekali tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mendapatkan pingat emas semalam selepas menewaskan vietnam 1-0. Akhirnya penantian selama 20 tahun dapat dirialisasikan. Jadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan bukannya titik pengakhiran.

2 comments:

AlexAlabasta said...

Praying fo ur SI, bro! chaiyok2~!!!

Bajet said...

Tq Nymq. :)