Saturday, January 10, 2009

Selamat Tinggal

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semalam merupakan hari terakhir zaman pekerjaan aku dan aku akan kembali semula ke alam universiti sebagai pelajar tahun akhir.

Mungkin ini kali terakhir aku
naik putra lrt
makan kat central market
sembahyang jumaat kat tabung haji
makan kat zatimanis

Selamat tinggal Wangsa Maju dan Ampang Park. Selepas ini aku akan kembali ke bumi bertuah Tronoh.

Suasana hari ini di pejabat suram dan mendamaikan. Aku pun menghabiskan sisa-sisa aku di pejabat dengan melayari internet dan bermain sahaja.

Pabila jam menunjukkan pukul 5.30 secara rasminya tamatlah perkhidmatan aku sebagai trainee. Sebelum beredar pulang, aku bersama rakan-rakan yang lain berjumpa dahulu dengan kakitangan-kakitangan di pejabat.

Saat inilah yang menyedihkan sekali. Terasa sebak di hati. Nyaris-nyaris je air mata jantan ku mengalir keluar. Maklum la aku sudah bersama dengan diorang semua selama 8 bulan.

Satu jangka masa yang begitu lama sehinggakan hubungan kami menjadi rapat bagaikan sebuah keluarga. Aku pun cepat-cepat berjumpa dengan semua kakitangan dan terus bergegas pulang sebelum suasana menjadi lebih sedih.

Aku doakan semoga ALCIM lebih cemerlang dan berjaya selepas ini. ALCIM BOLEH!!!


4 comments:

AlexAlabasta said...

Congratz buat kamu!

Selamat balik UTP!

che-mie said...

haha selamat belajar

aduh boringnya stay up

hehe gud luck okay

aimighazali said...

anda perlu mention mereka y tiada dlm gambar..cisss..mane ayam golek ku..

Bajet said...

Nymq- Terima kasih banyak-banyak

Che mie- Hehe. Stay up tu sudah menjadi lumrah.

Kak Aimi- Haha terlupa seketika. Lain kali la ye. Sekarang ni krisis ekonomi.