
Rambut disikat rapi siap dengan pakaian korporat. Akulah lelaki yang paling kacak pada hari ni. Seperti biasa aku tidak keseorangan. Aku ditemani oleh penganggur tegar yang lain yang mencari sinar harapan di bumi KL. Diketuai oleh pengerusi penganggur bahagian Selangor Acan dan turut serta pae dengan brim.
Sedang sedap aku menikmati suasana daripada cermin komuter, emosi aku diganggu oleh bunyi handphone ku sendiri. Siapa pula yang nak message aku pagi-pagi buta ni. Retak hati dan jantungku bila membaca message tersebut. Interview tersebut telah ditunda atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Hilang punca aku seketika. Takkan nak patah balik. Dah nak sampai KL dah ni. Lagipun rakan-rakan seperjuangan sedang menunggu.

Demi menjaga hati dan perasaan mereka, aku mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri. Sampai kat KL baru aku berterus terang dengan mereka. Alang-alang dah terlanjur kat KL ni dan demi menyambut hari wilayah kami pun bersetuju ke Pavilion. Walaupun menganggur pada dalaman namun pada luaran kami nampak seperti jejaka yang berada.
Aktiviti penutup disudahi dengan tayangan perdana Sherlock Holmes. Ikuti kisah pengembaraan kami esok sekali lagi ke KL untuk interview GEMS. Harap-harap kali ni ada.

2 comments:
woit
good luck gems
juz i hv this in mind
nape ramai sgt kwn aku kat KL ni
bila tanya dah kije? sume kata belum
tp sume kata adalah
tengah tunggu lagi sebab tiba-tiba macam keje lak dia tgk bonded ke tak. Tula pasal nasrul siap ajak aku keluar kl lagi esok. diorang melancong kot.
Post a Comment