Agama baru akan muncul tiba. Ramai yang akan mengimaninya. Afrika Selatan adalah kiblatnya. Qiyamullail bagaikan mudah sahaja. Goal! Goal! adalah zikirnya. Sama-samalah beringat dan renungkan. Moga kita sentiasa dalam perlindungannya.Dalam betul kata-kata daripada sahabatku Fauzan Nordin.
Sebagai peminat sukan aku ingin membuat sedikit analisis la tentang World Cup 2010 ni.

Group A - France dengan Mexico
: Walaupun France terumbang-ambing semasa kelayakan tapi France tetap favorite
untuk maju ke pusingan seterusnya.
Group B - Argentina dengan Nigeria
: Argentina mempunyai kelibat alien iaitu Lionel Messi. Pilihan serangan yang pelbagai
seperti Higuain, Tevez, Aguero dan Milito.
Group C - England dengan USA
: England mungkin kena mengharapkan nasib jika perlawanan ditentukan dengan
penalti di pusingan kalah mati nanti. Mungkin badi akan berakhir.
Group D - German dengan Serbia
: Walaupun hilang kelibat Ballack namun German tetap menjadi pilihan. Mungkin
barisan pemain muda seperti Khedira dan Ozil boleh membuktikan sesuatu.
Group E - Holland dengan Denmark
: Holland memang terkenal dengan total football. Jika pemain star mereka seperti
Van Persie, Robben dengan Sneijder tidak cedera mungkin mereka pergi jauh.
Group F - Itali dengan Paraguay
: Juara bertahan Itali memang terkenal dengan pertahanan yang kental sekali. Jika
bahagian serangan mereka berfungsi, kejuaraan sudah pasti dalam genggaman.
Group G - Brazil dengan Ivory Coast
: Pasukan samba Brazil akan sekali lagi cuba untuk merampas kejuaraan. Mungkin
kombinasi pemain tempatan dengan nama besar di eropah mendatangkan hasil.
Group H - Spain dengan Chile
: Juara eropah Spain memang menjadi favorite kali ini. Mempunyai star player dalam
setiap posisi.
Pemain yang bakal menyerlah kali ini
- Gourcuff - France
- Messi - Argentina
- Rooney - England
- Oezil - German
- Afellay - Holland
- De Rossi - Itali
- Nilmar - Brazil
- Navas - Spain
- South Afrika (sebab tuan rumah semangat lebih sikit)
- Slovakia
- North Korea
Jadual Perlawanan boleh dapat di sini
Jauhilah judi, majulah sukan untuk negara.
1 comment:
Looks amazing!!!! /I look forward to your feedback /thanks for this man it was very helpful.
Merbau
Post a Comment