Sunday, September 20, 2009

Hari ini hari raya

Raya pertama macam biasa. Tradisi tetap dikekalkan. Ziarah menziarahi sesama kita. Lepas sembahyang sunat raya, aku turut serta dengan orang-orang kampung menyerbu rumah-rumah yang ada kat kampung ini.

Masa ni la aku nak masuk rumah-rumah kat kampung ni. Kalau nak harapkan aku seorang-seorang pergi berziarah jangan harap. Lagipun aku jarang ada kat kampung ni. Sebab duduk kat asrama sejak sekolah lagi. Mungkin ada yang tidak mengenali aku.

Macam biasa juga, aku dapat turut serta separuh sahaja. Tak larat nak berjalan. Perut pun dah penuh tapi kocek tak penuh. Maklum la dah tua.

Dikesempatan ini, saya Mohd Norzali Bin Zulkifli bersama keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam. Kepada yang mengenali diri ini, kemaafan dipohon dari atas hinggalah kebawah. Harap maafkan hamba ini.

Esok raya kedua aku bersama keluarga akan pulang ke kampung di Kubang Pasu. Doakan keselamatan kami. Kepada yang nak berkunjung ke rumah, dipersilakan. Pintu rumah ini sentiasa terbuka. Tetapi boleh mula datang mulai raya ke enam. Sebab masa tu baru balik dari kampung. Selamat Hari Raya Aidil Fitri sekali lagi diucapkan.

Monday, August 31, 2009

Merdeka

10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..Merdeka!Merdeka!Merdeka! sambil diiringi bunga api dengan nyanyian lagu Negaraku.

Selalunya begitu la sambutan Hari Kemerdekaan masa detik pukul 12 tengah malam. Walauapapun cara kita menyambut merdeka yang penting kemerdekaan itu dirasai dan mesejnya dapat sampai kat setiap penduduk Malaysia.

Pejam celik pejam celik dah 52 tahun negara kita merdeka. Berdasarkan sejarah sejak mula dari kerajaan awal di Tanah Melayu seperti Melaka dan Kedah, Malaysia telah mencapai kejayaan demi kejayaan. Sekarang pun kita dah ada 6 orang perdana menteri. Kepimpinan silih berganti. Aku berharap kedaulatan dan kemerdekaan negara kita tetap terpelihara.

Namun merdekakah kita sebenarnya? Mungkin kita merdeka dari penjajahan Portugis, Belanda, Orang Putih dengan Jepun. Tetapi sebenarnya sedar atau tidak kita masih dalam penjajahan. Lebih-lebih lagi dalam hiburan.

Sempena sambutan kemerdekaan ni sama-sama lah kita renungkan dan pikirkan bagaimanakah cara untuk memerdekakan diri dari kemalasan yang membelenggu diri. Selamat Hari Kemerdekaan Ke-52 Malaysia. Merdeka!!!!!!

Sunday, August 30, 2009

Sudah nasib

Malang betul hari ni. Main dah lawa dah. Walaupun tak ada Fabregas tapi masih boleh control game. Arshavin pun perform. Gol lawa score dari jauh.

Start je second half dah mula dah tanda-tanda malang. Mula-mula Almunia buat silap sengal betul. Tak perlu kot halang Rooney. Tak pasal-pasal MU dapat penalti free.

Arsenal ni bila dah bolos satu lepas tu mula la main teruk. Lepas tu boleh pula Diaby bagi gol free kat MU. Mana aku tak emo ni. Kalau kalah sebab MU score betul-betul tak apa juga.

Aku rasa yang paling kasihan dalam match ni mesti la Van Persie. Ada je yang tak kena. Bola kena palang la. Senang kata dia ni memang sudah ditakdirkan tak boleh score.

Minit-minit akhir dah score offside pula. Malang sungguh nasib beliau. Wenger pun seronok sampai kena buang. Memang match ni Arsenal tak ada rezeki dan nasib tak baik.

Saturday, August 29, 2009

August Rush

Berakhir sudah perjalanan muzik aku akhirnya. Walaupun hanya lebih kurang seminggu lebih, namun aku tetap bersyukur kerana dapat berguru dengan cikgu Suhaimi Yacub. Ikon besar dalam wind orchestra. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat aku timba daripada beliau.

Menurut beliau, muzik ini adalah datangnya dari dalam hati. Walaupun kita boleh main lagu tu tapi belum tentu penghayatannya sampai. Bermain muzik ni memerlukan penghayatan dan pengamatan yang tinggi.

Dalam wind orchestra, setiap alat muzik dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya memainkan peranan yang penting. Masing-masing menyumbangkan bunyi dan irama yang berlainan dan bila disatukan menjadi muzik yang padu dan merdu.

Pesanan ni yang paling aku ingat sampai bila-bila. Kalau kita nak jadi pemain muzik yang hebat tak kira la alat muzik apa pun yang kita main. Ada tiga perkara yang kita perlu berikan perhatian.

Pertama sekali tone. Tanpa tone yang tepat bunyi yang dihasilkan tak dapat mencapai tahap yang kita mahukan. Memang note yang kita tekan tu betul. Tapi kalau tone lari kejap sharp kejap flat. Rosak la master piece tersebut.

Kedua side reading. Kalau side reading kita hebat. Bagi la score lagu apa pun. Berbelit ke banyak scaling ke moderato ke semua kita boleh main. Side reading ni boleh dilatih. Rajin-rajin la baca score tanpa menulis note di atas score tersebut.

Akhir sekali teknik. Teknik ni pun penting. Teknik ni termasuk la scaling. Kepantasan memicit note yang betul lagi-lagi bagi instrument yang ada banyak key. Baru la tak ada masalah kalau nak tukar note dari tinggi ke rendah. Lagi satu teknik yang penting ialah bila bermain muzik tu pastikan note tu bagi cukup dan tidak lari bit. Minim main minim jangan tipu-tipu.

Ketiga-tiga perkara di atas adalah penting. Kalau hebat salah satu pun tak guna. Disiplin tu tak payah cakap. Semua benda yang kita buat kena ada disiplin barula boleh gerak.

Tuesday, August 4, 2009

Influenza A(H1N1)

Seperti yang kita sedia maklum virus H1N1 semakin tersebar di seluruh dia. Semakin hari bilangan kes yang menghidap virus ini semakin bertambah. Pelbagai langkah telah diambil bagi mengelakkan orang awam daripada terkena penyakit ini. Kita sebagai masyarakat perlu tahu mengenai penyakit ini dan bagaimana cara untuk mencegahnya. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Penyakit Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

H1N1 boleh berjangkit melalui pernafasan dan sentuhan. Gejala awal penyakit ini adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadang kala muntah-muntah atau cirit-birit. Sekiranya anda mempunyai gejala yang saya nyatakan di atas, silalah segera bergegas ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Langkah awal adalah penting untuk mencegah penyakit ini.

Langkah pencegahan penyakit ini adalah kerap cuci tangan dengan air dan sabun, elakkan berada di tempat awam yang sesak dan amalkan cara hidup yang sihat.

Kita perlulah mengambil iktibar daripada penyakit ini. Mungkin adalah bala yang menimpa kita manusia atas segala dosa yang telah kita lakukan. Muhasabah la diri yang tidak sempurna ini. Semoga kita dapat mencari jalan kebenaran. Banyakkan la berdoa.

Friday, July 31, 2009

Pesta Durian

Pesta ni dah berlangsung sabtu lepas. Aku memang sibuk sepanjang minggu lepas. Minggu ni aku tak sibuk kerana aku bercuti disebabkan UTP ditutup. Jadi berpeluang la aku untuk menceritakan perjalanan aku ke pesta durian ni.

Pesta Durian ni berlangsung di Taiping. Kalau tak silap aku ia merupakan acara tahunan. Selama aku duduk belajar kat Perak ni selama kira-kira 7 tahun. Sekali pun aku tak pernah menjejakkan kaki ke Taiping ni. Jadi aku menggunakan peluang ni konvoi beramai-ramai ke Taiping.

Kalau ikut kan fakta, aku memang bukan pemakan durian tegar. Cukup la sekadar dua tiga ulas. Namun suasana tu yang penting. Walaupun sekarang ni wabak virus H1N1 berleluasa, tetapi pesta durian ni tetap dipenuhi dengan ribuan manusia. Aku percaya bukan semua orang yang berkunjung ke pesta durian ni datang dari negeri Perak.

Suasana kat Taiping ni memang nostalgia. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama. Bangunan yang tinggi pun memang sukar untuk dijumpai. Mungkin lain kali aku berpeluang untuk melawat Zoo Taiping. Aku pun tak tau apa beza dan bestnya Zoo Taiping kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara.

Lepas puas mentedarah durian, kitorang cepat-cepat bergegas ke air terjun dekat belakang MRSM Taiping. Lokasi air terjun ni memang rare. Orang pun sikit je tapi yang menariknya kedalaman air nya memang dalam. Kalau aku terjun sudah pasti tak timbul dah lepas tu. Berbagai-bagai aksi terjun tiruk ditunjukkan oleh perenang-perenang berbakat besar. Aku tak reti berenang. FOBIA.

Akhir sekali kitorang pergi makan mee banjir udang kat warung Mak.Teh. Nama pun mee banjir udang. Udang dia memang besar-besar dan banyak sampai melimpah satu mangkuk. Aku hanya sekadar menolong rakan-rakan yang tewas untuk menghabiskan udang.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur. Korang memang best. Lain kali kalau ada event yang best2 ajak la aku sekali.

Monday, July 20, 2009

New Start

Akhirnya aku kembali semula ke UTP mungkin untuk terakhir kali sebagai pelajar. Seperti biasa awal sem ni semangat baru berkobar-kobar. Azam baru pun datang kembali menghantui diri. Bilik pun kemas teratur rapi. Persiapan untuk berperang dan untuk kehidupan di UTP semua sudah dibeli. Jadual pun sudah disusun berperingkat-peringkat.

Tidur pun awal mungkin kerana penat disebabkan perjalanan ke Tronoh yang tercinta ini. Walaupun aku bukan pemandu tetapi tetap penat. Kegiatan pergi ke maple pada waktu malam atau tengah malam masih belum bermula. Bangun pun sudah semestinya awal. Lepas subuh pun tak tidur menanti kelas yang pertama.

Cuma sekarang yang tinggal nak maintain kan kehidupan yang sihat di UTP. Result last sem pun tak berapa kacip. Jadi kena la berusaha sedaya yang termampu final sem ni. Doakan kejayaan aku rakan-rakan. Semoga kita sama-sama berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.