Monday, September 22, 2008

Uptown

Semalam aku, Teloq, Naim, Shahrin dengan Faiz bergegas ke uptown dekat Danau Kota (kalau tak silap aku la) tepat jam 10 malam. Matlamat aku ke sana hanyalah untuk berjalan sahaja. Ini adalah kali kedua aku sampai di sini. Golongan manusia tidak putus-putus datang berkunjung ke sini.

Aku dapat lihat bermacam-macam jenis barang ada dijual di sini. Hanya satu jenama saja yang dapat menarik perhatian ku iaitu Paul Smith. Adakah anda tau pasal Paul Smith?
Aku semestinya tak tau. Antara barangan yang berjenama Paul Smith yang aku dapat tengok malam tadi adalah seperti berikut :
  1. Baju kemeja
  2. T-shirt
  3. Seluar jeans
  4. Kasut
  5. Dompet
Barangannya sume lawa-lawa dan semestinya mahal. Dompet RM200, Seluar jeans Rm80 dan T-shirt RM50. Aku pun terfikir bagus sangat ke Paul Smith ni. Sampai begitu mahal sekali harganya. Kat uptown ni mestila barangnya tak original. Kalo tak mesti lagi mahal.

Tapi setelah beberapi kali aku tawaf uptown tu. Akhirnya aku tertewas juga dengan nafsu serakah ku. Dengan rakusnya aku berjaya juga merembat sehelai t-shirt Paul Smith dengan harga RM35 sebagai kenangan dan baju raya. Rabak jugak la poket aku malam tu. Tapi tidak mengapa. Duit boleh dicari, pengalaman tak de sapa yang nak bagi.

Selepas itu aku pun bergegas ke BRJ dengan sepantas kilat untuk menyaksikan pasukan favorite aku beraksi sudah semestinya Arsenal. Keputusannya seperti yang dijangkakan Arsenal menang dengan mudah 3-1 ke atas Bolton. Aku bukan lah Hasbullah Awang untuk mengulas perlawanan ni. Kalo nak tau tengoklah sendiri.

Dikesempatan ni aku ingin berterima kasih kepada Teloq kerana sudi membawa aku ke sana dengan kereta Ferrari model Satria beliau. Serta rakan-rakan yang menjadi body guard aku semalam.

2 comments:

Keyrol Anwar said...

penah g skali uptown danau kota tp x suke sgt~~hihi!
suka lg bazar2 seakan2 uptown di tailand. :P
sarin pn join? ape korg wt kt dia smp senyap je skrg? huhu!

Unknown said...

aah sarin mesti join skali. kitorang dah brain wash sarin tu. sbb tu senyap je. hahaha.