Wednesday, September 15, 2010

Berhari Raya di KFC

Raya tahun ni memang lain daripada yang lain. Selalunya masa raya ni la aku turut serta mengikut rombongan surau melawat dari satu rumah ke satu rumah keliling kampung. Masa ni jela peluang aku nak melawat orang kampung. Tapi kali ni memang berlainan. Sesudah saja solat sunat raya aku terus bergegas pulang ke rumah.

Makan dulu ketupat dan rendang yang ada untuk merasa suasana hari raya. Selepas itu, aku terus bersiap untuk bekerja di KFC. Cuma kali ni tak ada la pakai uniform KFC. Nak tambah lagi feel hari raya pertama aku segak berbaju melayu keemasan pemberian bakal mak mertua dengan berketayap.

Suasana di KFC pada hari raya pertama memang sayu. Lagi-lagi masa tengah masak nasi tu lagu raya berkumandang di corong speaker KFC. Lagu raya dah la semua nak bertemakan suasana sedih.

Namun bermula sahaja raya kedua dan seterusnya pelanggan KFC yang laparkan hot and spicy sudah mula membanjiri KFC. Aku pun naik pelik, diorang ni tak muak ke makan KFC masa raya ni. Pergi la makan laksa ke, rendang ke, soto ke dan lain-lain. Paling menariknya budak-budak pun datang sendiri ke KFC dan memborong secara pukal. Mungkin hasil pungutan duit raya tahun ni menguntungkan.

Berdasarkan pandangan aku la KFC tetap penuh masa raya kerana masa diorang sibuk jalan-jalan ke rumah sedara-mara dan rakan taulan, kedai makan semua tutup. Kedai yang bukak semua fast food.

Minta maaf la yer kepada rakan-rakan yang aku terpaksa tolak pelawaan konvoi raya beramai-ramai tahun ni. Aku bukan la workaholic cuma masa raya ni nak cari rezeki lebih sikit. Maklum la umur dah menjangkau 23, duit raya sukar nak dapat kena bagi duit raya lagi ada la. Mungkin raya tahun depan aku boleh turut serta. Sama-sama la berdoa supaya aku dapat kerja lain.

Seronok-seronok konvoi raya tu beringat juga la yer supaya berhati-hati di jalan raya. Ops sikap pun tak berkesan sangat. Jumlah kematian sebab kemalangan semakin meningkat. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Jika penat sila la berehat di RNR berdekatan. Adios..

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Semua Bagai Nak Gila

Akhirnya bulan Ramadan meninggalkan kita dan tibanya bulan Syawal di mana Hari Raya disambut dengan gembira harapnya. Dah lama aku tak update blog yang usang ni. Mungkin kerana sibuk dengan kerja part time. Update diri sekarang ni aku bekerja di KFC cawangan Komplex The Store Sungai Buloh sebagai back up.

Memandangkan tahun ni aku akan beraya di KFC, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekilafan yang telah aku lakukan kepada anda sume secara sengaja atau tidak sengaja. Halal kan makan minum.

Aku juga ingin menjemput kalian yang ingin berkunjung ke rumah aku yang tersorok di celah-celah merbau sempak. Nak hantar kad raya pun sempat lagi poskan sahaja di Lot 1583, Kg. Kubu Gajah Luar, 47000 Sg. Buloh, Selangor tapi pastikan jangan hantar pakai perkhidmatan selain pos Malaysia sebab yang lain pasti tak sampai.

Tahun ini aku kagum dengan industri muzik negara kerana berjaya menghasilkan banyak lagu raya yang baru yang sedap didengar di telinga melalui corong-corong radio. Namun lagu raya yang lama juga yang dapat mengembalikan nostalgia di hari raya.

Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.