Monday, November 30, 2009

El-Classico

Aku sebagai fan Arsenal ingin memohon maaf kepada penyokong Arsenal yang lain di atas persembahan yang hambar pada pagi tadi apabila tersungkur ditangan Chelsea 3-0. Walaupun dah puas dah boo Ashley Cole namun beliau masih sempat assist dua gol.

Sejurus selepas kekalahan Arsenal berlangsungnya perlawanan antara Barcelona dengan Real Madrid. Siapa tak tau pasal Real Madrid, pasukan yang telah berbelanja besar season ni. Sebenarnya dari dua perlawanan malam tadi kita boleh buat perbandingan.

Arsenal boleh disamakan dengan Barcelona dari segi corak permainan. Kedua-dua pasukan ini berani menggunakan flowing pass sehingga menguasai possession. Barcelona juga sama seperti Arsenal, terkenal dengan melahirkan pemain-pemain yang berwibawa daripada akademi seperti Messi, Pedro, Sergio dengan Bojan. Fabregas sendiri berasal daripada akademi Barcelona.

Namun terdapat perbezaan ketara antara Arsenal dengan Barcelona. Pagi tadi dapat disaksikan sendiri betapa goyahnya pertahanan Arsenal begitu juga dengan penyudah Arsenal. Berbeza dengan Barcelona yang tidak menyianyiakan peluang yang terhidang di depan mata. Pertahanan Barcelona juga mantap. Striker dengan midfield Barcelona tidak perlu risau pasal pertahanan kerana dijaga dengan rapi oleh Puyol, Pique dengan Victor Valdes.

Puyol, Pique dengan Victor Valdes telas menunjukkan apa itu definisi world class defend. Sehinggakan Cristiano Ronaldo, Kaka dengan Higuain terpinga-pinga di hadapan gol. Walaupun diorang bermain sepuluh orang tapi masih boleh menguasai permainan.

Semuanya masih belum berakhir sekiranya Arsenal dapat memanfaatkan baki perlawanan dan mengharapkan Chelsea tergelincir. Mungkin Arsenal tak ada budget yang besar untuk membeli pemain-pemain yang dah memang establish. Tapi aku berharap Arsene Wenger dapat membawa striker, defend dengan midfield yang berkaliber bagi menyokong Fabregas. Jangan sehingga Fabregas pun berpindah ke Barcelona.

Thursday, November 19, 2009

Selesai sudah

Sedar tak sedar. Semalam adalah final exam aku yang terakhir kat UTP. Terasa masih seperti baru je aku baru masuk UTP. Terasa seperti bermimpi. Tau-tau je aku dah habis rupanya. Sekarang ni cuma tinggal final presentation untuk FYP je lagi. Lepas tu tamat la tugas aku di UTP ni sebagai seorang pelajar. Sekarang ni status aku sudah bertukar menjadi penganggur. Harap-harap jangan la lama sangat aku menganggur. Nanti orang pun naik muak tengok muka aku kat rumah.

Aku rasa aku ni dah terlampau lama merantau di bumi Perak ni. Dah kira-kira tujuh tahun rasanya. Minta-minta jangan la kerja pun dapat kat sini. Tapi kalau dah rezeki memang kat sini aku terima je.

Sebelum aku keluar dari UTP ni aku nak buat list la benda yang aku patut buat sebelum keluar dari UTP. Nanti tak dela terasa rindu sangat kat bumi Tronoh ni. Masa petang aku nak beriadah dengan bermain futsal. Susah bagi aku kalau nak turun bersukan ni. Selalu bersukan kat bilik je. Malam pula pergi maple sambil menyantap white coffee ice dengan maggie goreng memang masyuk dan terbaik. Tengok bola kat maple. Pergi sport complex. Outing ke bandar Ipoh. Lepak bersama rakan-rakan. Lepas ni dah susah nak jumpa. Masing-masing ada hala tuju sendiri. Masing-masing dah bertebaran kat seluruh pelusuk dunia ni. Aku rasa tu je kot. Kebanyakan list-list yang aku nyatakan di atas agak mustahil untuk direalisasikan kat rumah.

Dalam fikiran aku sekarang ni tak terlintas pun untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Bagi aku buat masa ni baik la aku berehat dulu. Sekarang ni yang dinanti-nantikan adalah panggilan interview dari PETRONAS. Terasa risau dan berdebar dalam hati. Sebab sekarang ni aku tak terasa suasana interview tu dengan company lain. Sekurang-kurangnya kalau dah ada pengalaman tu tak ada la terasa gentar atau seram sangat bila interview dengan PETRONAS.

Kepada yang masih belum habis final exam tu teruskan perjuangan hingga ke titis-titis dakwat pen yang terakhir. Selamat berjaya aku ucapkan. Kepada yang dah habis jom planning cuti ni nak buat apa. Aku punya rancangan sudah pasti duduk kat rumah habiskan semua game yang ada dalam komputer aku ni. Kerja sambilan tu boleh dipikirkan kemudian.