Sunday, January 31, 2010

Max

Lagi 30 minit sahaja pertempuran yang ditunggu-tunggu pada abad ini. Sudah pasti pertembungan antara Arsenal dengan Manchester United. Sementara menunggu perlawanan bermula aku rasa eloklah kiranya jika aku berceloteh seketika mengenai pengalaman aku interview minggu lepas.

Selasa lepas, aku, pae, brim dan betik turut serta ke Kuala Lumpur untuk interview ni. Kiranya untuk berasa selamat dan sampai tepat pada masa interview itu nanti kami telah seboolat suara bersetuju untuk menginap di rumah Nymq, Imam, Smak, Medtek dgn Jalal di Venice Hill.

Ku sangkakan rumahnya dekat rupa-rupanya jauh di Bandar Tasik Selatan. Hahaha padan muka korang. Nasib baik aku pukul 12.30. Namun jangan risau zaman sekarang ni perjalanan jauh pun boleh dipendekkan dengan bantuan pengangkutan awam yang agak laju. Terima kasih juga kepada Imam dan rakan-rakan yang sudi melayan karenah kami. Tidak dilupakan kepada si Acan yang turut berkunjung ke Venice Hill yang indah permai di puncak bukit. Tanpa bantuan beliau kami tidak dapat menikmati masakan-masakan orang bujang.

Mengenai interview aku macam biasa la waktu yang dijanjikan pukul 12.30. Tetapi dibawa ke pukul 2 dan akhirnya bermula jam 3.30. Namun aku tetap puas berjaya berceloteh depan interviewer dengan jayanya. Harap-harap recommend kalau tak dapat boleh la beralih ke backup plan.

Lokasi interview di tower 1 KLCC. Pertama kali masuk kat bahagian office. Memang jakun sekali. Masa nak masuk kena cek dulu macam kat airport. Masa ni lawak betul pae daripada atas sampai bawah tak lepas. Mungkin ada besi di dalam badan beliau. Sampai je kat tingkat 36 perkara memalukan berlaku kepada diri aku. Kat pintu tu cakap tolak. Jadi aku pun tolak la. Tapi tak boleh juga. Habis tulang empat kerat aku dengan segala kudrat yang aku ada. Namun pintu tu tak nak juga terbuka. Akhirnya tanpa disengajakan di sebelah sudut kanan pintu tersebut aku terpandang tulisan kecil yang mengarahkan supaya cek kad pelawat kat situ baru pintu tersebut boleh terbuka. Haha buat malu je.

Sebagai penganggur duduk kat KL walaupun untuk jangka masa yang seketika memang menyakitkan. Mana taknya kitorang pun satu, makan kalau tak McD, Burger King, KFC, Kenny Rogers dan lain-lain memang tak sah. Pengajarannya berjimat-jimat la walaupun di mana anda berada.

Esok perancangan nak pergi KL lagi kali ni nak pergi interview GEMS pula. In Arsene we trust.

Monday, January 4, 2010

Komuter

Aku adalah pengguna tegar perkhidmatan komuter. Komuter sudah menjadi nadi penggerak sebagai medium untuk aku bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Berdasarkan pemerhatian dan penaakulan aku, perkhidmatan komuter pada waktu malam adalah amat teruk sekali. Banyak sindrom-sindrom yang akan mula timbul pada waktu malam seperti sudah menjadi lumrah kita akan mendengar pengumuman yang menyatakan bahawa komuter sekarang ini berada di perhentian sekian-sekian.

Timing dia memang lari. Tak sama dengan waktu tiba di stesen seperti yang dinyatakan di jam digital di stesen. Kadang-kadang masa yang diambil untuk menunggu komuter sahaja sudah mengambil sejam lebih. Pada anggaran aku, mula dari jam 9 malam dan ke atas masalah ini akan mula timbul. Pada waktu malam juga sudah pasti ratio komuter berkurang. Jika tertinggal komuter memang boleh menangis rasanya.

Lagi satu sindrom adalah sedang syok-syok je komuter tu bergerak, tiba-tiba je komuter tu berhenti sebelum sampai ke stesen. Lama pula tu masa yang diambil untuk komuter tu bergerak kembali. Aku pun tak tau apakah masalah sebenar yang dialami oleh komuter tersebut. Cuma aku kasihan melihat pengguna-pengguna komuter yang berdiri lama termasuk aku. Aku tak apa masih jiwa muda. Tapi mereka-mereka yang baru pulang bekerja memang nampak terpahat kepenatan di wajah mereka.

Pertempuran semasa menaiki komuter sudah menjadi kebiasaan. Pada masa ni, budi bahasa budaya kita, sopan-santun semuanya dah tak boleh pakai dah. Hanya kedengaran cacian makian dan pekikan daripada pengguna-pengguna yang tak sabar-sabar untuk masuk ke dalam komuter. Budaya ini selalunya memang berlaku terutama di stesen Mid Valley dan KL Sentral.

Sempena tahun baru ni, aku harap dengan azam baru perkhidmatan komuter ini dapat dipertingkatkan demi menjaga imej negara kita sendiri. Tidak guna dengan membeli train baru yang mahal dan juga membawa teknologi baru namun perkhidmatan tetap ditakuk lama. Semua ini terjadi sebab sudah menjadi budaya. Kritikan ini hanyalah sebagai batu loncatan ke arah perubahan yang lebih positif.