Monday, May 16, 2011

Passport

Tahun ni genap umur aku mencecah 24 tahun. Aku mengambil keputusan untuk membuat passport sendiri.

Cuaca pun mendung. Dengan langkah malas aku menuju ke bilik air. Bagi aku hari minggu di pagi hari adalah hari yang mencabar untuk mandi awal. Memandangkan air kolah yang setaraf sejuknya dengan air di Cameron Highland.

Aku bercadang untuk ke Jabatan Imigresen cawangan Subang di Kelana Jaya di Kompleks Glomac. Sebab aku tau jalan ke sana. Kalau kat PKNS Shah Alam memang aku tak tau walaupun dah banyak kali pergi.

Tepat kul 8 aku dah terpacak kat depan imigresen tu. Bayar parking kereta dulu RM4.

Masuk-masuk jer meriah betul aku tengok dekat imigresen tu. Ramai sungguh manusia tidak mengenal usia dan bangsa beratur mengambil nombor giliran dan duduk menunggu giliran.

Berbekalkan borang yang aku dah print dan isi dari rumah berserta dua keping gambar passport dan sekeping kad pengenalan, aku dengan yakin sekali beratur untuk mengambil nombor.

Sampai jer giliran aku, pak cik tu dengan muka serius dan bernada sinis suruh aku isi borang balik dan pergi ke belakang untuk fostostat IC.

Borang aku tidak diterima kerana aku gatal untuk print dua muka surat. Borang hanya diterima print depan belakang sahaja. Aku ingatkan zaman moden ni sume cucuk detect kat cip IC jer. Rupanya kena photostat gak sehelai.

Untuk makluman kat situ ada juga disediakan mesin photostat dan instant picture. Tapi kena bayarla yer.

Disebabkan masalah teknikal tadi terpaksa la aku beratur balik dan mendapat habuan no giliran nombor 57.

Seperti biasa kaunter ada 10 yang buka hanyalah 4 kaunter sahaja. Ni pengalaman pertama aku buat passport. Zaman kecik dulu aku tumpang passport ibu bapa sahaja.

Lepas nombor aku dipanggil, lepas cek muka sama cap jari sama. Aku disuruh untuk menunggu giliran sekali lagi untuk proses pembayaran. Macam biasa leceh. Kalau ada online kan senang.

Kena la tunggu sampai nombor ke 57 dan aku memilih untuk pakej 2 tahun dengan bayaran RM100. Kalau 5 tahun RM300. Akhirnya kena tunggu lagi sejam untuk ambil passport yang sudah siap.

Boleh la pekena teh tarik dan roti canai telur bawang kat maple sebelah. Dup dap dup dap jam pun dah pukul 10.30. Boleh la ambil passport kat kaunter 1 dan pulang.

Untuk makluman kepada anda semua yang mahu berkunjung ke Jabatan Imigresen di Kelana Jaya pada hari Sabtu dan Ahad di buka seawal 8 pagi mungkin awal sehingga pukul 1 petang. Sekian.

p/s: Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Cikgu, kepada cikgu-cikgu saya yang tak pernah mengenal erti penat lelah untuk menjadikan saya sebagai manusia pada hari ini.

No comments: