Friday, July 31, 2009

Pesta Durian

Pesta ni dah berlangsung sabtu lepas. Aku memang sibuk sepanjang minggu lepas. Minggu ni aku tak sibuk kerana aku bercuti disebabkan UTP ditutup. Jadi berpeluang la aku untuk menceritakan perjalanan aku ke pesta durian ni.

Pesta Durian ni berlangsung di Taiping. Kalau tak silap aku ia merupakan acara tahunan. Selama aku duduk belajar kat Perak ni selama kira-kira 7 tahun. Sekali pun aku tak pernah menjejakkan kaki ke Taiping ni. Jadi aku menggunakan peluang ni konvoi beramai-ramai ke Taiping.

Kalau ikut kan fakta, aku memang bukan pemakan durian tegar. Cukup la sekadar dua tiga ulas. Namun suasana tu yang penting. Walaupun sekarang ni wabak virus H1N1 berleluasa, tetapi pesta durian ni tetap dipenuhi dengan ribuan manusia. Aku percaya bukan semua orang yang berkunjung ke pesta durian ni datang dari negeri Perak.

Suasana kat Taiping ni memang nostalgia. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama. Bangunan yang tinggi pun memang sukar untuk dijumpai. Mungkin lain kali aku berpeluang untuk melawat Zoo Taiping. Aku pun tak tau apa beza dan bestnya Zoo Taiping kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara.

Lepas puas mentedarah durian, kitorang cepat-cepat bergegas ke air terjun dekat belakang MRSM Taiping. Lokasi air terjun ni memang rare. Orang pun sikit je tapi yang menariknya kedalaman air nya memang dalam. Kalau aku terjun sudah pasti tak timbul dah lepas tu. Berbagai-bagai aksi terjun tiruk ditunjukkan oleh perenang-perenang berbakat besar. Aku tak reti berenang. FOBIA.

Akhir sekali kitorang pergi makan mee banjir udang kat warung Mak.Teh. Nama pun mee banjir udang. Udang dia memang besar-besar dan banyak sampai melimpah satu mangkuk. Aku hanya sekadar menolong rakan-rakan yang tewas untuk menghabiskan udang.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur. Korang memang best. Lain kali kalau ada event yang best2 ajak la aku sekali.

2 comments:

Achan Sinclair said...

damnn..ko ucap terima kasih kat penganjur..tapi apa nama penganjur tu? salah teknik pengkreditan ko ni

Unknown said...

haha. aku segan la nak cakap nama ko chan. ko dah la famous. nanti ko busy lak ramai orang nak ko organise diorang punya event.