Tuesday, March 24, 2009

Badminton

Badminton adalah sejenis sukan yang menggunakan raket dan bulu tangkis. Ia boleh dimainkan secara perseorangan, bergu atau bergu campuran. Aku memang menggemari sukan ini sejak kecil lagi.

Masa dulu-dulu idola aku sudah semestinya keluarga Sidek yang telah mendominasi sukan ini. Aku memang layan kartun anak-anak Sidek. Tapi sejak kartun ni dah mula merepek seperti Razif menjadi spiderman dan sebagainya aku pun dah tak mengikuti perkembangan kartun ni.

Pengalaman yang diceritakan dalam kartun ni pun ada gak yang sama dengan aku. Seperti Misbun yang selalu dikurung dalam reban ayam sebab terlampau degil. Haha aku pun pernah merasa pengalaman ni semasa sekolah rendah. Masa dulu aku pun degil bukan baik sangat pun.

Selepas itu, aku lebih menyukai permainan Taufik Hidayat daripada Indonesia. Pernah sekali aku tengok Piala Thomas dengan warga Indonesia. Masa tu Final Malaysia vs Indonesia. Tapi apakan daya Indonesia yang menang masa tu.

Aku pernah juga pergi selection utk badminton masa sekolah dulu. Tapi sekadar lepas grouping je. Tangan aku tak kuat. Aku lemah bila nak balas bola belakang dengan backhand. Aku lebih suka main acara perseorangan kalo nak dibandingkan dengan beregu. Beregu lebih kepada persefahaman di antara pasangan. Manakala perseorangan lebih bebas.

Baru-baru ni aku diberi peluang untuk mewakili kos aku dalam acara badminton ni. Pada mulanya aku simpanan je. Disebabkan Abang Mat Nor cedera, aku pun berpeluang untuk bermain. Perlawanan pertama, aku bermain acara perseorangan.

Lawan aku kos IT warganegara Myanmar. Set pertama aku berjaya menguasai permainan dan aku menang tipis. Pada set kedua permainan agak seimbang dan aku kalah tipis. Pada masa ni, aku dah dapat rasa tekanan dari sekeliling gelanggang. Dengan sorakan padu daripada pasukan sorak Chemi aku pun meneruskan perjuangan. Coach aku Faiz. Dia cakap aku boleh menang perlawanan ni kalau aku dapat menguasai pergerakan lawan.

Tapi apakan daya pada set penentuan, pergerakan aku makin lama makin lemah. Macam nak pengsan pun ada. Akhirnya aku tumpas juga. Kalah tipis. Perlawanan ni memang lama adala nak sejam. Pengalaman ni memang tak akan aku lupakan. Lepas ni kena la aku selalu bersukan. Barula stamina tu mantap.

Pada keesokan hari aku main acara bergu pula. Pasangan aku Chia Ming dan kali ni kitorang menang mudah dengan kos Civil. Overall kos aku dapat nombor dua. Lepas ni kalo sapa-sapa nak main badminton ajak la aku ye. Kalau kat UTP kena datang awal la sebab court mesti penuhnya. Majulah sukan untuk negara.

Saturday, February 7, 2009

Kembali

Setelah sekian lama aku meninggalkan blog ini. Akhirnya aku kembali. Sejak masuk UTP ni rasa malas nak update blog. Lagi-lagi dengan internet yang lembab dan aku tak ada mood.

Sebagai pelajar tahun akhir dalam kejuruteraan kimia, selain belajar subjek-subjek lain aku juga kena buat final year project (FYP) dengan final year design project (FYDP). Ni yang membuatkan kepala aku mencanak untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk menyelesaikan masalah ni.

Tajuk FYP aku removal of thiosulphate from aqueous stream by using hydrogen peroxide advance oxidation. Jadi kalau korang ada article atau journal ke mengenai thiosulphate, hydogen peroxide dengan advance oxidation boleh la bagi tau aku ye.

Saturday, January 10, 2009

Selamat Tinggal

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semalam merupakan hari terakhir zaman pekerjaan aku dan aku akan kembali semula ke alam universiti sebagai pelajar tahun akhir.

Mungkin ini kali terakhir aku
naik putra lrt
makan kat central market
sembahyang jumaat kat tabung haji
makan kat zatimanis

Selamat tinggal Wangsa Maju dan Ampang Park. Selepas ini aku akan kembali ke bumi bertuah Tronoh.

Suasana hari ini di pejabat suram dan mendamaikan. Aku pun menghabiskan sisa-sisa aku di pejabat dengan melayari internet dan bermain sahaja.

Pabila jam menunjukkan pukul 5.30 secara rasminya tamatlah perkhidmatan aku sebagai trainee. Sebelum beredar pulang, aku bersama rakan-rakan yang lain berjumpa dahulu dengan kakitangan-kakitangan di pejabat.

Saat inilah yang menyedihkan sekali. Terasa sebak di hati. Nyaris-nyaris je air mata jantan ku mengalir keluar. Maklum la aku sudah bersama dengan diorang semua selama 8 bulan.

Satu jangka masa yang begitu lama sehinggakan hubungan kami menjadi rapat bagaikan sebuah keluarga. Aku pun cepat-cepat berjumpa dengan semua kakitangan dan terus bergegas pulang sebelum suasana menjadi lebih sedih.

Aku doakan semoga ALCIM lebih cemerlang dan berjaya selepas ini. ALCIM BOLEH!!!


Thursday, January 8, 2009

Hentikan

Sedang kita berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera walaupun mengalami kegawatan ekonomi, jangan dilupakan sedara kita yang berada jauh nun di sana iaitu Gaza.

Setiap hari aku melihat paparan akhbar yang menceritakan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin. Budak yang tak bersalah mati dibunuh. Sampai bilakah perkara ini akan terjadi.

Aku terfikir seketika, kita sebagai umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini. Hentikan kekejaman perang Israel di Gaza.

Aku memang tak berdaya dan lemah. Tapi kita sebagai umat Islam perlulah berdoa dan terus berdoa. Jangan putus harapan. Suatu hari nanti, kemenangan pasti akan terbit di bumi suci Palestin.

Selagi kita mampu berkata-kata mengenai masalah ini. Teruskan bagi semua orang tahu. Bagi semua orang celik minda dan akal tentang perkara yang berlaku disekeliling kita.

Apa salahnya jika ada wang lebih kita salurkan kepada mangsa perang di Gaza. Beri bantuan kepada mereka. Supaya sinar harapan itu tidak putus.

Aku harap kepimpinan negara kita juga dapat memainkan peranan untuk menyalurkan bantuan dan mengadakan perhimpunan OIC untuk membincangkan mengenai perkara ini.

Semoga kekejaman peperangan di Gaza ini akan berakhir. Amin.

Saturday, January 3, 2009

Bedtime Stories


Hahahaha. Memang lawak dan menyeronokkan cerita ni. Dari awal sampai akhir, aku terhibur. Jalan cerita yang menarik dan lakonan hebat dari Adam Sandler. Semuanya bermula apabila beliau menceritakan cerita sebelum tido kepada dua orang kanak-kanak riang.

Cerita tersebut berkenaan diri beliau cuma diubah suai kepada cerita imaginasi kanak-kanak. Tak sangka pula semua yang diceritakan menjadi kenyataan pada keesokan harinya.

Sejak hari tu, beliau berazam untuk menceritakan bedtime stories yang berpihak kepada beliau seperti mendapat Ferrari dan mendapat ciuman daripada gadis cantik. Tetapi bukan semuanya menjadi kenyataan.

Pengajaran dari cerita ini ialah sebenarnya semuanya bermula daripada imaginasi. Daripada imaginasi itulah ia dapat berkembang menjadi kenyataan. Itu pun dengan hasil usaha titik peluh kita sendiri.

Bak kata Einstein
Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited, whereas imagination embraces the entire world, stimulating progress, giving birth to evolution.
Imaginasi itu lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan terhad manakala imaginasi itu boleh meliputi seluruh dunia dan melahirkan perubahan. Imaginasi adalah kuasa yang besar yang dimiliki oleh semua manusia.

Sastera rakyat melayu juga ada menceritakan mengenai imaginasi ini. Aku tak ingat la nama watak tersebut yang pasti bukan Pak Pandir, Pak Kadok atau Si Luncai. Sesiapa yang tau sila bagi tau aku kat komen ye.

Budak ni suka berangan. Satu hari tu, dia berangan semasa tengah memanjat pokok kelapa yang tinggi. Dia berangan menternak lembu. Lama kelamaan ternakannya dapat dieksport ke negara luar. Sehinggakan dia menjadi kaya dan dapat berkahwin dengan anak raja.

Di sini kita dapat lihat semuanya bermula dengan imaginasi. Tapi malangnya si pulan ini, imaginasi beliau tidak disusuli dengan langkah tindakan bagi merialisasikan imaginasi beliau itu.

Ini trailer dia :




Friday, January 2, 2009

Sejuk-sejuk

Tag dari Acan. (Minta maaf sebab lambat buat)

Do you think you are hot?
Aku tak pikir pun aku hot pagi-pagi buta ni. Kat rumah sewa aku kalau pagi-pagi ni keadaan dia macam kat Cameron Highland. Kesejukannya menyebabkan aku tidur lena dibuai mimpi.

Upload a favorite picture of you.

Why do you like that picture?
Sebab pertama kali aku diberi peluang untuk terlibat dalam band ni. Terima kasih kepada Influx. Walaupun tak dapat masuk final tapi korang tetap best.

When was the last time you ate pizza?
Kali terakhir aku makan pizza kat pejabat. Canadian pizza, bos yang order sebab untuk meraikan hari jadi stuff pada bulan 11 dan 12.

The last song you listen to?
Pretty Ugly - Itu Bukan Aku

What name you prefer beside yours?
Along

People to tag?
Acap
Koboi
Teloq
Mok
Sofie

Who is number one?
Bekas rakan satu asrama.

Number three is having relationship with?
Masih bujang dan masih mencari-cari calon yang sesuai.

Say something about number five?
Pendebat yang hebat dan terulung sepanjang masa.

How about number four?
Rakan sekampus, serumah dan sepejabat yang menggelikan hati sehingga kering gusi dibuatnya.

And who is number two?
Rakan sekelas dan semeja yang sudah lama tidak ketemu. Sekarang beliau melanjutkan pelajaran di German dalam jurusan kejuruteraan.

Thursday, January 1, 2009

Selamat tahun baru 2009

10..
9..
8..
7..
6..
5..
4..
3..
2..
1..

Boom kebabom. Meletup bunyi bunga api. Orang pun mula kecoh bersorak. Bising gamat suasana dibuatnya. Tu baru keadaan di Wangsa Maju.

Aku ada kat umah sewa je masa ni. Malas la nak pergi KLCC, Stadium Merdeka dan lain-lain. Sedang menikmati cerita Get Smart kat komputer aku ni.

Selamat tahun baru 2009 aku ucapkan kepada semua. Semoga tahun ni lebih produktif dan cemerlang. Aku harap tahun ni lebih bertuah dan baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Memandangkan tahun ni aku akan kembali semula ke universiti dan menyelesaikan pengajian aku di sana. Aku bertekad aku membuat sehabis baik yang mungkin. Maklum la sekarang ni permintaan untuk pekerjaan semakin sengit.

Cita-cita aku sudah semestinya la nak bekerja dengan PETRONAS. Aku juga berharap negara kita yang tercinta ini Malaysia dapat terus berdiri teguh sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Usahlah bersengketa tapi majulah kehadapan dan marilah kita bersatu padu membantu untuk terus memastikan negara kita ini dikenali seantero pelusuk dunia. Sekian.