Friday, July 31, 2009

Pesta Durian

Pesta ni dah berlangsung sabtu lepas. Aku memang sibuk sepanjang minggu lepas. Minggu ni aku tak sibuk kerana aku bercuti disebabkan UTP ditutup. Jadi berpeluang la aku untuk menceritakan perjalanan aku ke pesta durian ni.

Pesta Durian ni berlangsung di Taiping. Kalau tak silap aku ia merupakan acara tahunan. Selama aku duduk belajar kat Perak ni selama kira-kira 7 tahun. Sekali pun aku tak pernah menjejakkan kaki ke Taiping ni. Jadi aku menggunakan peluang ni konvoi beramai-ramai ke Taiping.

Kalau ikut kan fakta, aku memang bukan pemakan durian tegar. Cukup la sekadar dua tiga ulas. Namun suasana tu yang penting. Walaupun sekarang ni wabak virus H1N1 berleluasa, tetapi pesta durian ni tetap dipenuhi dengan ribuan manusia. Aku percaya bukan semua orang yang berkunjung ke pesta durian ni datang dari negeri Perak.

Suasana kat Taiping ni memang nostalgia. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama. Bangunan yang tinggi pun memang sukar untuk dijumpai. Mungkin lain kali aku berpeluang untuk melawat Zoo Taiping. Aku pun tak tau apa beza dan bestnya Zoo Taiping kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara.

Lepas puas mentedarah durian, kitorang cepat-cepat bergegas ke air terjun dekat belakang MRSM Taiping. Lokasi air terjun ni memang rare. Orang pun sikit je tapi yang menariknya kedalaman air nya memang dalam. Kalau aku terjun sudah pasti tak timbul dah lepas tu. Berbagai-bagai aksi terjun tiruk ditunjukkan oleh perenang-perenang berbakat besar. Aku tak reti berenang. FOBIA.

Akhir sekali kitorang pergi makan mee banjir udang kat warung Mak.Teh. Nama pun mee banjir udang. Udang dia memang besar-besar dan banyak sampai melimpah satu mangkuk. Aku hanya sekadar menolong rakan-rakan yang tewas untuk menghabiskan udang.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur. Korang memang best. Lain kali kalau ada event yang best2 ajak la aku sekali.

Monday, July 20, 2009

New Start

Akhirnya aku kembali semula ke UTP mungkin untuk terakhir kali sebagai pelajar. Seperti biasa awal sem ni semangat baru berkobar-kobar. Azam baru pun datang kembali menghantui diri. Bilik pun kemas teratur rapi. Persiapan untuk berperang dan untuk kehidupan di UTP semua sudah dibeli. Jadual pun sudah disusun berperingkat-peringkat.

Tidur pun awal mungkin kerana penat disebabkan perjalanan ke Tronoh yang tercinta ini. Walaupun aku bukan pemandu tetapi tetap penat. Kegiatan pergi ke maple pada waktu malam atau tengah malam masih belum bermula. Bangun pun sudah semestinya awal. Lepas subuh pun tak tidur menanti kelas yang pertama.

Cuma sekarang yang tinggal nak maintain kan kehidupan yang sihat di UTP. Result last sem pun tak berapa kacip. Jadi kena la berusaha sedaya yang termampu final sem ni. Doakan kejayaan aku rakan-rakan. Semoga kita sama-sama berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Monday, June 29, 2009

Confederation Cup

Bahang piala dunia 2010 kian terasa. Pagi tadi berlangsung perlawanan akhir antara Amerika dengan Brazil. Pertemuan yang tidak disangka. Aku budget time final, Spain yang lawan dengan Brazil. Tapi apakan daya Spain kalah dengan Amerika masa semi final sekaligus memusnahkan rekod tanpa kalah mereka. Dunia-dunia. Haha tula kata kawan aku apabila Amerika menang.

Kejutan paling besar bermula masa grouping lagi. Penyandang juara piala dunia Itali kecundang kepada Egypt dengan jaringan 1-0. Tuan rumah piala dunia 2010 Afrika Selatan tidak kurang hebatnya. Dapat memberikan saingan sengit kepada Brazil dan Spain.

Tu pun pagi tadi Amerika mendahului 2-0. Sebelum Brazil comeback dan menang 3-2. Tak sabar aku nak berjaga pagi tahun depan nak tengok piala dunia. Aku predict piala dunia 2010 ni penuh dengan kejutan. Kemungkinan besar Itali tidak dapat mempertahankan kejuaraan dan juara baru mungkin datang dari benua Afrika.

Aku rasa negara yang dapat pergi jauh sudah semestinya Spain, France, Brazil dengan Itali. England favorite gak tetapi selalunya tak pergi jauh.

Transfer rumor kali ni memang menarik minat aku. Arsenal akhirnya mengorak langkah untuk menandatangani Karim Benzema. Harap-harap jadi.

Thursday, June 25, 2009

Bunyi Gitar

Bagi aku la kan, gitar ni sejenis alat muzik yang pelik dan unik. Dengan hanya menggunakan tali boleh menghasilkan bunyian yang merdu didengar oleh telinga.

Kawan aku ramai yang reti main gitar. Sehinggakan ada yang tidak dapat dipisahkan dengan gitar. Gitar la peneman hidup ketika kesepian.

Aku paling kagum dengan Sungha Jung. Budak ni dari Korea. Saiz gitar tu lagi besar dari dia. Tapi dia boleh main gitar tu setenang air di kali. Tidak ada masalah. Tengok dia main lagu classical memang mengujakan.

Sekarang ni dia dah jadi professional fingerstyle guitarist.


Cara dia main gitar macam dalam cerita August Rush. Aku cadangkan korang tengok la cerita ni. Ni antara cerita musical yang best selain Once.



Aku minat sangat dengan lagu more than words. Lagu dia slow je. Relax je dengar.

Tuesday, June 23, 2009

Kehidupan musik

Aku mula terjebak dalam bidang musik sejak form 1 lagi. Semua ini adalah atas jasa baik senior aku. Padahal masa sekolah rendah dulu aku paling tak suka masa musik sebab masa tu aku main recorder teruk. Bunyi pun tak sedap.

Masa aku form, 1 asrama aku ni pancaragam yang lebih kepada aliran marching band. Marching band ni pasukan pancaragam yang bermain alat musik sambil berkawat. Kalau korang tak tau sila tengok cerita drumline.

Mula-mula aku masuk pancaragam ni target aku nak jadi drummer sebab nampak hebat dan menarik. Lagipun dalam marching band, drummer la yang menjadi tumpuan utama. Sebab di akhir persembahan mesti ada battle antara drummer. Masa tu dapat la tengok drummer goreng dengan mengeluarkan segala skill dan aksi yang menarik.

Tapi apakan daya memandangkan tubuh badan aku yang kecil pada masa itu, aku hanya terpilih untuk bermain alto saxophone. Alto saxophone ni ringan je. Kira senang la nak bawak masa kawad.

Marching band memerlukan koordinasi yang tepat antara drum major dan ahli band. Memang sukar sebab pada masa yang sama kita kena hafal step kawad dengan score lagu. Latihan marching band pun sangat keras dan kejam.

Tetapi aku berasa gembira dan teruja tiap kali turun latihan. Hubungan antara ahli band sangat erat. Kitorang saling bantu membantu dan bekerjasama bagi menjayakan sesuatu event. Dapat la aku merasa masuk perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Sungguh memenatkan tetapi pengalaman yang aku dapat sungguh bernilai dan tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Masa form 4 aku masuk sekolah berasrama penuh. Maka perjalanan musik aku juga berubah. Dekat situ aku beralih daripada marching band kepada orchestra. Tetapi aku tetap main alto saxophone.

Orchestra memang banyak bezanya dengan marching band. Walaupun orchestra hanya perlu duduk dan bermain namun tidak semudah yang disangkakan. Dalam orchestra lebih mementingkan harmoni (sound balance). Setiap section memainkan peranan masing-masing.

Bagi aku score orchestra jauh lebih susah daripada marching band. Secara tak langsung aku telah belajar macam-macam mengenai musik. Tiap-tiap tahun pertandingan yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya wind orchestra. Kualiti pertandingan ni memang tinggi sekali. Kalau tak silap aku tahun ni Tengku Kursiah yang menang.

Aku bertuah sebab masuk universiti pun aku dapat meneruskan apa yang aku belajar mengenai musik. Walaupun aku ambil kos yang tidak ada kena mengena dengan musik tetapi aku memang cukup menggemari bidang ini.

Di universiti aku tetap masuk orchestra cuma kali ni aku beralih dari alto saxophone kepada tenor saxophone. Bezanya tenor saxophone saiznya lebih besar dari alto saxophone. Aku berpeluang beberapa kali belajar dengan taiko-taiko Petronas Performing Art dan melihat persembahan daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.

Aktiviti tahunan, persembahan semasa konvo. Aku pernah sekali hendak merasa kelainan dalam bidang musik ni dengan menganggotai band Influx. Memang sukar untuk menggabungkan blowing instrument dengan gitar dan drum. Memerlukan kepakaran yang tinggi. Aku berterima kasih kepada Influx kerana sudi menjemput aku sebagai instrument tambahan dalam band diorang.

Impian aku mungkin suatu hari nanti aku dapat meneruskan minat aku dalam musik sebagai hobi ataupun memiliki kedai alat musik.

Sunday, June 21, 2009

Tag dari Nymq

Instructions as follows:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and describe about it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Gambar ni diambil kalau tak silap aku ketika hari jadi aku yang ke-14 di Tasik Titiwangsa. Keluarga aku suka meraikan hari jadi aku walaupun secara serba sederhana. Lagipun senang masa hari jadi aku satu Malaysia cuti. Kira masa tu kalau aku tak pulang ke kampung pun aku cuti. Masa ni aku menuntut di STAR Klang dan tinggal di AYSK. Bukti yang paling nyata aku mengenakan pakaian keluar bandar warna biru tu. Rindu pula rasanya. 1001 kenangan dan pengalaman di AYSK.

Aku tag
  1. Acan
  2. Acap
  3. Lisa
  4. Gedo
  5. Teloq
  6. Sakilah

Friday, June 19, 2009

iPhone 3G S

Telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell. Berdasarkan peredaran zaman, telefon telah berevolusi dari pelbagai segi. Telefon telah berubah dari sudut saiz dan fungsi. Zaman dulu telefon punya lah besar. Teringat lagi aku telefon berjenama ericsson. Saiznya sama macam walkie-talkie. Masa tu telefon hanya boleh digunakan untuk menelefon sahaja.

Selepas itu, saiz telefon sudah menjadi kecil sehingga boleh dimasukkan ke dalam kocek. Fungsinya turut bertambah. Dengan handphone kita boleh telefon, meseg, dengar lagu, tengok video, tangkap gambar, mengira dan sekarang dengan teknologi 3G kita boleh melayari internet dengan menggunakan telefon.

Aku memang berminat dengan teknologi. Cuma masalahnya, barang yang berteknologi tinggi harganya pun tinggi juga. Lagi-lagi barang tu bukan dihasilkan oleh inventor negara kita sendiri. Untuk menjadi inventor memerlukan pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang serta pada masa yang sama kena mempunyai fikiran yang kritis dan kreatif.

Aku terpikat dengan iPhone keluaran baru daripada Apple. Model iPhone 3G S, ni update daripada model lama iPhone 3G. Sekarang ni kat Malaysia ada model iPhone 3G je. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli iPhone tunggu la model yang latest keluar. Cuma yang kurangnya kat Malaysia ni nak beli iPhone kena sekali package dengan maxis. Sebab tula mahal. Kalau kat luar negara dia pakai AT&T.

Apple ni memang terkenal dengan graphical interface yang menarik dan senang untuk dikendalikan. iPhone 3G S mempunyai banyak fungsi seperti kompas, game, internet, kamera, recorder dan berbagai-bagai lagi. iPhone 3G S ni lebih laju dua kali ganda daripada iPhone 3G daripada semua segi.