Tuesday, May 12, 2009

Pagi sunyi sepi

Waktu sudah menghampiri subuh. Namun aku masih belum tido lagi. Sejak kebelakangan ni, aku dah jadi macam kelawar. Boleh jadi batman macam ni. Siang tido malam berjaga. Mungkin masa aku dah ikut negara lain.

Pagi-pagi ni memang sunyi sepi. Study memang syok mungkin senang masuk. Tido pun syok juga. Lagi-lagi study petroleum exploration memang seronok. Study pasal batu, stuktur Bumi. Boleh kata macam study geografi balik tapi ni lagi advance.

Sekarang ni tengah study week. First paper aku minggu depan hari isnin. Rasa macam lama lagi tapi kalau dah tolak sume dengan masa main-main memang kejap je dah nak final exam. Bila nak study rasa malas betul.

Bila tengok cerita dengan main game bulat pula mata aku. Masa belajar baca sikit je dah mengantuk. Bosan dan tepu. Biasa la tu memang lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku cuba juga study walaupun sedikit.

Hari ni dah mula exam Malaysian Studies. Aku ambil sem depan. Jadi good luck kepada kawan-kawan yang ambil. Semoga korang berjaya.

Thursday, May 7, 2009

Drama-drama

Match yang penuh dengan kontroversi dan drama. Pada awal perlawanan chelsea mendahului hasil jaringan Essien dari jarak jauh. Gol yang memang lawa sekali.

Tapi malangnya pada masa kecederaan Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Iniesta dari jarak jauh juga.

Pengadil perlawanan memang sengal malam ni. Mula-mula bagi kad merah kad Ebidal sebab Anelka jatuh secara tiba-tiba. Lepas tu, dua kali pemain Barcelona hand ball dalam kotak penalti. Tapi tak dapat apa-apa.

Aku rasa perlawanan akhir nanti memang berpihak kat Manchester United sebab defend Barcelona ramai yang tak de. Ebidal dengan Alves kena gantung. Marquez cedera. Bermaharaja lela la Christiano Ronaldo macam ni.

Nampaknya penyokong Chelsea senasib la dengan penyokong Arsenal tapi lebih malang sebab Chelsea kalah gol tempat lawan.

Tuesday, May 5, 2009

Kalah lagi

Akhirnya dapat gak aku tengok bola tanpa sebarang halangan selepas presentation fyp dengan fydp sudah selesai. Cuma tinggal final exam je lagi yang bakal menjelang tidak lama lagi. Seperti yang diduga maple-maple utama kat Tronoh pagi ni semua dipenuhi dengan penyokong Arsenal dan Manchester United. Maklum la pusingan kedua champions league semi final.

Akhirnya aku tengok kat kedai makan Husna je. Tu pun penuh. Namun perasaan aku untuk menikmati permainan yang menarik daripada Arsenal hampa belaka. Minit ke-8 dah kena bantai sebijik. Lepas dua minit tu kena lagi sebijik. Nampak sangat misi mustahil ni kalo nak menang. MU dah dapat dua away goal.

Second half kena bantai lagi sebijik. Kecewa betul aku. Kalo Liverpool lain cita la. Bab-bab comeback ni memang diorang pakar. Arsenal dapat gol saguhati pun sebab sepakan penalti. Aku makan kuetiaw goreng pun tak selera.

Season tanpa piala lagi kali ni. MU memang kuat tidak dapat dinafikan lagi. Esok, Chelsea lawan Barcelona lak. Baik aku tido.

Monday, April 6, 2009

Waste ink absorber

Hari ni aku berpuas hati kerana dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu aku selama ni. Printer aku sudah beberapa bulan terlantar sakit tidak boleh digunakan kerana error ni : The waste ink absorber is full.

Aku pun terpikir apakah benda ni. Tak pernah dengar pun. Puas gak la aku bukak printer tu cek kat bahagian ink. Tercari-cari dimanakah kedudukan waste ink absorber tu. Tapi tetap tidak ketemu juga. Akhirnya aku malas dan pasrah. Rasa nak hantar kedai tapi mesti kena charge mahal.

Untuk pengetahuan anda semua printer aku jenama Canon model PIXMA MP110. Hari ni aku memang dah nekad nak selesaikan masalah ni. Leceh nak pinjam printer orang lain. Jadi aku pun search kat internet. Lalu terjumpa cara untuk menyelesaikan masalah ni. Rupanya ada gak orang senasib dengan aku.

Arahan the waste ink absorber is full ini akan keluar bila sampai tahap penggunaan printer yang sudah mungkin print untuk beribu kali. Printer aku ni dah memang berusia tiga tahun. Dah cukup tempoh matang pun.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah mula-mula sudah semestinya kena pasangkan MP110.
Lepas tu tekan butang Menu diikuti dengan Scan, Copy dan Scan semula. Barulah keluar Service Mode. Kat sini kita pilih Service Menu. Lepas tu pilih:

NVRAM ACCESS
SET ABS-M LEVEL TO o
Dan tekan ok.
Akhir sekali padamkan printer dan hidupkan semula. Semua masalah selesai dan printer ini boleh digunakan semula seperti biasa.

Friday, March 27, 2009

Earth Hour

Dekat radio dengan tv kedengaran seruan pasal kempen Earth Hour. Esok adalah hari yang dinanti-nantikan. 28/3/2009, dari pukul 8.30 malam sampai pukul 9.30 malam. Jika ada mengundi Bumi atau mahu mengelakkan pemanasan global silalah memadamkan lampu di rumah anda selama sejam.

Earth Hour sebenarnya dimulakan di Sydney pada tahun 2007. Pada tahun 2008 pula 50 milion orang memadamkan lampu mereka untuk menyahut kempen ini. Tempat yang terkenal seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Rome's Colosseum, Sydney Opera House dengan Coca Cola billboard di Times Square semua dalam kegelapan semasa kempen ini dijalankan.

Pada tahun ini 2009, Earth Hour mensasarkan seramai 1 billion orang dari seluruh pelusuk dunia memadamkan lampu bagi menandakan sokongan terhadap Bumi yang kita cintai ini. Ini adalah tindakan bagi kita sama-sama berdiri untuk mengawal masa depan planet kita ini.

World Wildlife Fund (WWF) telah menyeru dunia supaya menyokong untuk Bumi dan mensasarkan 1 billion sokongan untuk dibawa kepada pemimpin dunia di Global Climate Change Conference di Copenhagen 2009. Perjumpaan ini akan mengambil tindakan terhadap pemanasan global yang akan menggantikan Protokol Kyoto.

VOTE EARTH


Earth Hour 2009 - Sign up for Earth Hour!

Wednesday, March 25, 2009

Bukit Tinggi

Cuti sekolah kembali lagi. Kami bertolak dari UTP seawal pukul 5 pagi lagi. Aku pun tak sangka macam mana la aku boleh bangun seawal ini sedangkan nak bangun pergi kelas pukul 8 pagi pun susah. Lagi-lagi masa kitorang ni sejuk disebabkan keadaan hujan.

Aku macam biasa duduk kat seat belakang je. Lesen je dah renew 2 kali. Tapi masih gak tak bawak kereta. Bukan tak nak tolong driver tu cuma aku perlukan latihan yang lebih untuk kembali ke bidang pemanduan kereta ni. Kitorang konvoi dengan lima buah kereta kesemuanya.

Destinasi percutian kali ni ialah Bukit Tinggi. Sampai kat Kuala Lumpur dalam pukul 8 pagi. Jangka masa dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi hanyalah mengambil masa 1 jam 30 minit. Cuma yang menjadi cabaran jalannya yang bengkang-bengkok.

Yuran bayaran hanyalah RM10. Bagi aku murah. Kat sini keadaan cuaca boleh la sejuk tapi bila tengah hari panas gak. Mula-mula pergi Japanese Village naik lori yang telah disediakan. Kat sini pengunjung berpeluang memakai kimono selama 30 minit dengan bayaran RM20. Aku memang tak boleh pakai sebab muka aku ada iras jawa dengan siam sahaja. Iras-iras muka Jepun memang jauh sekali.

Lepas tu kitorang pergi Colmar Tropical. Kat sini yang menjadi daya tarikan ialah seni reka bina bangunannya yang bertemakan French. Dekat pintu masuk je dah ada orang sambut dengan nyanyian latin macam dalam cerita Mexico yang sambil nyanyi dengan joget sekali tu. Kat dalam bangunan ni ada restaurant yang menyediakan makanan French. Aku tak cuba pun sebab mahal lagi pun dah kenyang makan burger king kat Kuala Lumpur.

Lepas tu ingat nak naik kuda tapi tak jadi sebab mahal sangat. Jadi kitorang pergi tengok arnab je. Kat sini pengunjung berpeluang berkejar-kejaran dengan arnab. Ataupun dikejar oleh arnab.

Perasaan: Rasa macam kat oversea pun ada cuma panas jela. Takpe hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik hujan batu.

Dah macam orang jepun dah kawan-kawan aku ni.

Lihatlah dunia!!!!

Tuesday, March 24, 2009

Badminton

Badminton adalah sejenis sukan yang menggunakan raket dan bulu tangkis. Ia boleh dimainkan secara perseorangan, bergu atau bergu campuran. Aku memang menggemari sukan ini sejak kecil lagi.

Masa dulu-dulu idola aku sudah semestinya keluarga Sidek yang telah mendominasi sukan ini. Aku memang layan kartun anak-anak Sidek. Tapi sejak kartun ni dah mula merepek seperti Razif menjadi spiderman dan sebagainya aku pun dah tak mengikuti perkembangan kartun ni.

Pengalaman yang diceritakan dalam kartun ni pun ada gak yang sama dengan aku. Seperti Misbun yang selalu dikurung dalam reban ayam sebab terlampau degil. Haha aku pun pernah merasa pengalaman ni semasa sekolah rendah. Masa dulu aku pun degil bukan baik sangat pun.

Selepas itu, aku lebih menyukai permainan Taufik Hidayat daripada Indonesia. Pernah sekali aku tengok Piala Thomas dengan warga Indonesia. Masa tu Final Malaysia vs Indonesia. Tapi apakan daya Indonesia yang menang masa tu.

Aku pernah juga pergi selection utk badminton masa sekolah dulu. Tapi sekadar lepas grouping je. Tangan aku tak kuat. Aku lemah bila nak balas bola belakang dengan backhand. Aku lebih suka main acara perseorangan kalo nak dibandingkan dengan beregu. Beregu lebih kepada persefahaman di antara pasangan. Manakala perseorangan lebih bebas.

Baru-baru ni aku diberi peluang untuk mewakili kos aku dalam acara badminton ni. Pada mulanya aku simpanan je. Disebabkan Abang Mat Nor cedera, aku pun berpeluang untuk bermain. Perlawanan pertama, aku bermain acara perseorangan.

Lawan aku kos IT warganegara Myanmar. Set pertama aku berjaya menguasai permainan dan aku menang tipis. Pada set kedua permainan agak seimbang dan aku kalah tipis. Pada masa ni, aku dah dapat rasa tekanan dari sekeliling gelanggang. Dengan sorakan padu daripada pasukan sorak Chemi aku pun meneruskan perjuangan. Coach aku Faiz. Dia cakap aku boleh menang perlawanan ni kalau aku dapat menguasai pergerakan lawan.

Tapi apakan daya pada set penentuan, pergerakan aku makin lama makin lemah. Macam nak pengsan pun ada. Akhirnya aku tumpas juga. Kalah tipis. Perlawanan ni memang lama adala nak sejam. Pengalaman ni memang tak akan aku lupakan. Lepas ni kena la aku selalu bersukan. Barula stamina tu mantap.

Pada keesokan hari aku main acara bergu pula. Pasangan aku Chia Ming dan kali ni kitorang menang mudah dengan kos Civil. Overall kos aku dapat nombor dua. Lepas ni kalo sapa-sapa nak main badminton ajak la aku ye. Kalau kat UTP kena datang awal la sebab court mesti penuhnya. Majulah sukan untuk negara.