Saturday, February 13, 2010

Cuti

Perhatian merbau sempak akan cuti tanpa gaji mulai esok kerana akan pulang ke kampung halaman nun jauh di sana.

Status aku sekarang ni masih belum dikenal pasti sama ada recommend atau tidak kerana aku gagal menghubungi pihak yang berkenaan.

Kepada rakan-rakan yang sudah dapat kerja tahniah diucapkan. Jauhilah rasuah.

Kepada abang brim selamat pengantin baru diucapkan begitu juga kepada semua pengantin baru.

Tidak lupa juga kepada kaum cina Gong Xi Fa Cai.


:ayuk:

Monday, February 8, 2010

Singa

Korang mesti pernah tengok cerita Tarzan kan? Dalam cerita tu manusia dibesarkan oleh spesis monyet. Sejak dari dulu manusia ni dah memang hidup dengan haiwan.

Pada tahun 60-an dua orang sahabat baik ni iaitu Rendall dan Bourke ni telah membuat kerja gila tapi menarik. Diorang ni telah mengambil anak singa sebagai binatang peliharaan diorang. Selalunya orang ambik kucing dengan anjing je sebagai binatang peliharaan. Tapi mamat dua orang ni ambik singa.

Comelkan. Aku pun tak dapat bayangkan pada zaman moden ni macam mana la manusia boleh hidup dengan singa di bawah satu bumbung. Mau silap-silap hari bulan kita yang kena baham. Tapi dalam kisah benar ni perkara tu tidak berlaku. Mereka telah membela singa ni seolah-olah singa ni seperti seekor kucing yang jinak.

Namun apakan daya. Saiz singa ni makin lama makin membesar. Singa ni cepat membesar berat dia meningkat daripada 15kg ke 85kg. Tak kan la diorang ni nak simpan lagi kan singa ni kat rumah diorang. Jadi diorang pun buat keputusan untuk menghantar singa ni ke Afrika supaya singa ni yang diberi nama Christian dapat menjalani kehidupan seperti singa-singa yang lain.

Perkara yang paling menyayat hati dan perasaan aku ni bila setahun kemudian tuan singa ni datang melawat Christian ni. Tuan penjaga tu dah cakap kemungkinan besar singa ni dah lupakan diorang dah. Namun tanggapan dia salah sama sekali. Bila singa ni nampak je Rendall dan Bourke, dia terus berlari dan menerkam diorang dengan gembiranya.

:nangis:

Lepas tengok video ni banyak yang kita dapat belajar. Sedangkan singa yang sudah dikenali sifat semulajadinya yang ganas pun boleh menunjukkan sifat kasih sayang sesama makhluk ni kan kita manusia yang mempunyai akal. Jadi renung-renungkan lah.

Saturday, February 6, 2010

Ninja Saga Chunin Exam

Zaman sekarang ni semua kena exam dulu. Masa belajar ada exam, masa nak naik pangkat pun kena exam dan masa main game pun ada exam. Apa yang aku nak cerita ni adalah game kat fb iaitu ninja saga. Aku baru je lepas exam. Exam ni boleh ambil bila dah level 20. Melayakkan kita dari genin ke chunin. Exam dia ada 5 lapis.

Test 1



Test 1 multiple choice. Kira ni soalan bocor la. Bezanya susunan dia je. Mudah dan senang. Beralih ke test 2. arrow

Test 2



Jalan cerita dia memang ikut Naruto. Berdasarkan video di atas. Nak senang lulus kita kena elak halangan yang tidak perlu. Tapi tula aku dah banyak kali tersangkut kena lawan gak. Sebelum buat test ni pastikan dah recruit dua orang geng terlebih dahulu. Bila dah kutip ketiga-tiga scroll baru la beralih ke test 3.
arrow

Test 3

Bermula dari sini sudah terasa kesukarannya. Test 3 terbahagi kepada 3 bahagian. 1 kena lawan dengan lok li.



Video di atas adalah guide sahaja. Kalau pakai element earth boleh la ikut macam video di atas. Macam aku pakai element api dan taijutsu. Key kepada kemenangan lebih senang jika kita ada genjutsu. lok li ni dia punya ilmu ialah Eight Gate. Bila dah mula guna pencak ni, lebih elok kita stun dia dengan menggunakan genjutsu.

Dah menang pusingan ke dua lawan shira pula.



Shira ni pula jutsu dia berupaya nak sedut chakra. Jadi masa dia guna tu stun dia dengan pada masa yang sama charge chakra. Pusingan terakhir lawan dengan zuka.



Zuka ni tak ada jutsu yang istimewa cuma serangan dia hampir semua critical. Jadi yang mempunyai nyawa yang sedikit macam aku ni memang masalah. Untuk mengatasi masalah ni bawak la healing scrolls banyak-banyak.

Test 4



Ni memang test yang paling mencabar sebab kena lawan gaara kalo dalam cerita naruto. Nak menang dengan diorang ni kena la ada teamate yang kuat. Masa ni dah ramai orang yang lvl 20 aku recruit. Namun tak berjaya juga. Akhir sekali terpaksa gak la aku recruit NPC. NPC ni memang banyak membantu sebab ada jutsu protection yang dapat protect kita dan pada masa yang sama attack dia memang kuat. Cuma nak pakai NPC ni kena pakai token kosnya 40 tapi memang berbaloi.

Test 5




Test yang terakhir ni kita akan dibantu oleh Genzu dengan Shin. Tips nak lepas test terakhir ni senang je pastikan anda tak mati. Aku memang banyak bertahan jela test ni. Tak habis-habis heal. Yang banyak serang Genzu dengan Shin je.

Peringatan yang test 3 tu kalau kalah kena mula dari awal balik kena lawan lok li balik. Good luck guys. Enjoy this game.
:gatau:

Wednesday, February 3, 2010

Layan

Akhirnya hari ni dapat juga pergi interview gems namun apakan daya aku ingatkan nak cari kerja je tengok bonded ke non-bonded. Sekali program ni pun tanya gak adik ni bonded ke tak. Namun tak rugi mencuba. Kalau ada rezeki ada la.

Esok bertolak ke utp pula. Nak settlekan final transcript. Sebelum tido layan dulu lagi ni. Ni semua salah acan sebab suruh aku layan band ni Tilu.


:music:


Monday, February 1, 2010

Kuman

Arsenal kalah sume orang tahu jadi apa aku kisah evil. Hari ni sudah jelas-jelas hari wilayah persekutuan. Bukti terbaik ayah aku cuti hari ni. Seperti yang dirancang hari ni matlamat hanyalah satu untuk pergi interview GEMS. Namun yang menjadi persoalannya sekarang ni lokasi interview tersebut di KL. Monolog dalaman "Tak kan diorang tak reti nak cuti hari ni". Setelah aku membuat survey akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke sana.

Rambut disikat rapi siap dengan pakaian korporat. Akulah lelaki yang paling kacak pada hari ni. Seperti biasa aku tidak keseorangan. Aku ditemani oleh penganggur tegar yang lain yang mencari sinar harapan di bumi KL. Diketuai oleh pengerusi penganggur bahagian Selangor Acan dan turut serta pae dengan brim.

Sedang sedap aku menikmati suasana daripada cermin komuter, emosi aku diganggu oleh bunyi handphone ku sendiri. Siapa pula yang nak message aku pagi-pagi buta ni. Retak hati dan jantungku bila membaca message tersebut. Interview tersebut telah ditunda atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Hilang punca aku seketika. Takkan nak patah balik. Dah nak sampai KL dah ni. Lagipun rakan-rakan seperjuangan sedang menunggu.eek

Demi menjaga hati dan perasaan mereka, aku mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri. Sampai kat KL baru aku berterus terang dengan mereka. Alang-alang dah terlanjur kat KL ni dan demi menyambut hari wilayah kami pun bersetuju ke Pavilion. Walaupun menganggur pada dalaman namun pada luaran kami nampak seperti jejaka yang berada.

Aktiviti penutup disudahi dengan tayangan perdana Sherlock Holmes. Ikuti kisah pengembaraan kami esok sekali lagi ke KL untuk interview GEMS. Harap-harap kali ni ada.:ngacir:

Sunday, January 31, 2010

Max

Lagi 30 minit sahaja pertempuran yang ditunggu-tunggu pada abad ini. Sudah pasti pertembungan antara Arsenal dengan Manchester United. Sementara menunggu perlawanan bermula aku rasa eloklah kiranya jika aku berceloteh seketika mengenai pengalaman aku interview minggu lepas.

Selasa lepas, aku, pae, brim dan betik turut serta ke Kuala Lumpur untuk interview ni. Kiranya untuk berasa selamat dan sampai tepat pada masa interview itu nanti kami telah seboolat suara bersetuju untuk menginap di rumah Nymq, Imam, Smak, Medtek dgn Jalal di Venice Hill.

Ku sangkakan rumahnya dekat rupa-rupanya jauh di Bandar Tasik Selatan. Hahaha padan muka korang. Nasib baik aku pukul 12.30. Namun jangan risau zaman sekarang ni perjalanan jauh pun boleh dipendekkan dengan bantuan pengangkutan awam yang agak laju. Terima kasih juga kepada Imam dan rakan-rakan yang sudi melayan karenah kami. Tidak dilupakan kepada si Acan yang turut berkunjung ke Venice Hill yang indah permai di puncak bukit. Tanpa bantuan beliau kami tidak dapat menikmati masakan-masakan orang bujang.

Mengenai interview aku macam biasa la waktu yang dijanjikan pukul 12.30. Tetapi dibawa ke pukul 2 dan akhirnya bermula jam 3.30. Namun aku tetap puas berjaya berceloteh depan interviewer dengan jayanya. Harap-harap recommend kalau tak dapat boleh la beralih ke backup plan.

Lokasi interview di tower 1 KLCC. Pertama kali masuk kat bahagian office. Memang jakun sekali. Masa nak masuk kena cek dulu macam kat airport. Masa ni lawak betul pae daripada atas sampai bawah tak lepas. Mungkin ada besi di dalam badan beliau. Sampai je kat tingkat 36 perkara memalukan berlaku kepada diri aku. Kat pintu tu cakap tolak. Jadi aku pun tolak la. Tapi tak boleh juga. Habis tulang empat kerat aku dengan segala kudrat yang aku ada. Namun pintu tu tak nak juga terbuka. Akhirnya tanpa disengajakan di sebelah sudut kanan pintu tersebut aku terpandang tulisan kecil yang mengarahkan supaya cek kad pelawat kat situ baru pintu tersebut boleh terbuka. Haha buat malu je.

Sebagai penganggur duduk kat KL walaupun untuk jangka masa yang seketika memang menyakitkan. Mana taknya kitorang pun satu, makan kalau tak McD, Burger King, KFC, Kenny Rogers dan lain-lain memang tak sah. Pengajarannya berjimat-jimat la walaupun di mana anda berada.

Esok perancangan nak pergi KL lagi kali ni nak pergi interview GEMS pula. In Arsene we trust.

Monday, January 4, 2010

Komuter

Aku adalah pengguna tegar perkhidmatan komuter. Komuter sudah menjadi nadi penggerak sebagai medium untuk aku bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Berdasarkan pemerhatian dan penaakulan aku, perkhidmatan komuter pada waktu malam adalah amat teruk sekali. Banyak sindrom-sindrom yang akan mula timbul pada waktu malam seperti sudah menjadi lumrah kita akan mendengar pengumuman yang menyatakan bahawa komuter sekarang ini berada di perhentian sekian-sekian.

Timing dia memang lari. Tak sama dengan waktu tiba di stesen seperti yang dinyatakan di jam digital di stesen. Kadang-kadang masa yang diambil untuk menunggu komuter sahaja sudah mengambil sejam lebih. Pada anggaran aku, mula dari jam 9 malam dan ke atas masalah ini akan mula timbul. Pada waktu malam juga sudah pasti ratio komuter berkurang. Jika tertinggal komuter memang boleh menangis rasanya.

Lagi satu sindrom adalah sedang syok-syok je komuter tu bergerak, tiba-tiba je komuter tu berhenti sebelum sampai ke stesen. Lama pula tu masa yang diambil untuk komuter tu bergerak kembali. Aku pun tak tau apakah masalah sebenar yang dialami oleh komuter tersebut. Cuma aku kasihan melihat pengguna-pengguna komuter yang berdiri lama termasuk aku. Aku tak apa masih jiwa muda. Tapi mereka-mereka yang baru pulang bekerja memang nampak terpahat kepenatan di wajah mereka.

Pertempuran semasa menaiki komuter sudah menjadi kebiasaan. Pada masa ni, budi bahasa budaya kita, sopan-santun semuanya dah tak boleh pakai dah. Hanya kedengaran cacian makian dan pekikan daripada pengguna-pengguna yang tak sabar-sabar untuk masuk ke dalam komuter. Budaya ini selalunya memang berlaku terutama di stesen Mid Valley dan KL Sentral.

Sempena tahun baru ni, aku harap dengan azam baru perkhidmatan komuter ini dapat dipertingkatkan demi menjaga imej negara kita sendiri. Tidak guna dengan membeli train baru yang mahal dan juga membawa teknologi baru namun perkhidmatan tetap ditakuk lama. Semua ini terjadi sebab sudah menjadi budaya. Kritikan ini hanyalah sebagai batu loncatan ke arah perubahan yang lebih positif.