Tuesday, June 8, 2010

Ninja Saga : Jounin Exam 1/5: Hand Seals

Nak ambil test ni hanya pemain level 40 sahaja yang layak. Sume sekali testnya ada lima. Ni baru test yang pertama. Berakhir 10 June ni.

Testnya terdiri daripada 10 soalan. Hanya diberi peluang 3 nyawa sahaja untuk setiap kali percubaan. Boleh cuba banyak kali.




Gambar di atas menunjukkan preview test tersebut. Mula-mula dia tunjuk hand seals untuk buat jutsu tersebut. Selepas tu dia bagi kita 10 saat untuk ingat urutan hand seals tersebut. Selepas tu kita kena isi petak kosong dengan hand seals yang betul.

Macam gambar di atas ada 6 kotak kosong. Dia akan meningkatkan petak kosong dari 2 hingga 10. Kira makin lama makin sukar. Memang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk lulus test ni.

Tips aku untuk berjaya test ni ialah dengan print gambar di atas. Lepas tu ingat hand seals yang ada atas kertas tu. Tiap kali test urutan hand seals tu akan ditukar. Bila dia dah tunjuk hand seals cepat-cepat tanda nombor contohnya kalau kotak kosong ada 6. Tanda la kat kertas pada hand seals yang berkenaan mengikut urutan.

Nanti bila nak letak balik hand seals dalam kotak kosong tu senang la. Sebab kita dah tandakan pada gambar yang kita print tadi. Cara ini memang berkesan. Tapi kena ingat dulu la simbol hand seals kat gambar di atas dulu. Senang la nanti bila nak tanda.

Good luck.

Monday, June 7, 2010

Selamat Pengantin Baru

Orang kata kalau kereta lama ni selalunya ada pantang yang perlu dipenuhi. Nukman Basyir pernah bertanya kepada Ajak apakah pantang kereta beliau. Dengan selamber Ajak menjawab bahawa kereta beliau pantang kalah. Sungguh padat dan bernas jawapan beliau.

Rupa-rupanya kereta aku pun ada pantang iaitu pantang mati. Apa yang aku maksudkan dengan pantang mati ini ialah kereta aku ni kalau masa tengah bawak dia tak boleh mati enjin. Kalau dah berhenti mati enjin tak pe.

Musim cuti sekolah ni biasa la ramai orang nak melangsungkan perkahwinan. Aku pun tak terlepas dari menerima jemputan perkahwinan daripada cik ani, rakan semasa di AYSK dahulu. Rombongan kawin cik ani ni bertukar menjadi pengalaman yang berguna kepada aku pabila pantang kereta aku ni telah dilanggar.

Apalagi kereta pun buat hal la tak boleh start. Bukit Jelutong menjadi saksi. Terpaksa la jumper bateri dengan tutup udara kat kaburetor bagi mantap. Aku pun bukan pakar pasal kereta ni. Masih noobhan lagi. Nasib baik Acan yang penuh dengan pengalaman di dada menyelamatkan keadaan. Pengalaman mengajar erti kehidupan.

Alhamdulillah walaupun pelbagai kesulitan dihadapi, kami dapat juga sampai ke rumah cik ani. Selamat pengantin baru diucapkan kepada cik ani. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat. Orang pun ada tanya bila pula giliran aku. Cuma ni jela jawapan yang aku dapat berikan buat masa sekarang ni looking for job first.

Berhati-hati di jalan raya.

Thursday, May 27, 2010

Kdo

Walaupun selalunya drama korea yang aku tengok jalan ceritanya tipikal, namun aku tetap setia melayannya sehingga habis. Berdasarkan cerita korea yang aku tengok sekurang-kurangnya mesti melibatkan kisah percintaan antara dua individu atau tiga. Kombinasi dua orang lelaki seorang perempuan atau seorang lelaki seorang perempuan.

Karakter pula perempuan tersebut sudah pasti menjadi rebutan. Manakala seorang lelaki menjadi idaman perempuan tersebut dan seorang lagi lelaki menjadi tempat perempuan tu berteduh. Kira apa-apa hal mesti lelaki tu tolong perempuan tu tapi apakan daya perempuan tu tak mencintai beliau. Memang watak lelaki nila paling kesian dalam setiap cerita korea.

Apa yang menjadi sumber tarikan untuk aku menonton cerita korea ni sudah pasti la heroin dia comel. Tak perlu la cun melecun macam model. Cukup sekadar comel sedap mata memandang. Tu sampingan je tapi yang betul-betul menjadi tarikan ialah olahan musik dalam setiap cerita korea. Melodinya memang menyentuh perasaan. Walaupun tak paham apa dia cakap buat kali pertama namun kita dapat layan juga.

Aku paling suka bila musik klasik diberikan nafas baru. Penggunaan muziknya memang menepati setiap babap. Sehinggakan bila kita dengar muzik tu kita tau muzik tu kat babak mana untuk cerita apa. Jadi kebarangkalian untuk aku mendownload sountrack cerita korea memang tinggi sekali.

Selalunya masa untuk cerita korea memang panjang sejam lebih. Episod dia 16 dan ke atas tapi tak ada la panjang berjela macam tasbih cinta.

Antara cerita korea yang aku layan dan aku syorkan untuk korang layan ialah:
  • You're Beautiful
  • Coffee Prince
  • My Fair Lady
  • My Girl
  • Full House
  • Goong
  • Boys over flowers (bolehla)
Ini antara koleksi sountrack yang aku layan:


Dari drama you are beautiful


Dari drama Coffee Prince ( ada satu watak lelaki dalam cerita ni muka dia saling tak tumpah macam kawan aku)


Dari drama Goong (perjalanan cerita agak slow)

Lagi satu, dalam cerita korea ni watak perempuan suka menyamar jadi lelaki. Jangan lelaki menyamar jadi perempuan sudah muntah aku nak tengok. Aku dengar cerita tahun ni ada cerita korea yang watak lelaki dia menyamar jadi gay sebab nak mengorat perempuan. Haha macam-macam.

Kalau ada cerita korea yang best untuk dicadangkan sila la recommend.

Wednesday, April 28, 2010

MSC Job Camp

Hari ni merupakan hari yang paling berkualiti selepas sekian lama aku graduate. Mana taknya bangun pukul 5 lebih. Selalunya rutin kehidupan aku bermula pukul 12 tengah hari. Baju sudah digosok rapi. Macam orang bekerja tepat pukul 6.45 dah keluar dari rumah.

Sebenarnya tujuan aku hari ni pergi ke stamford college dengan niat nak turut serta dengan program MSC job camp yang ditaja oleh kerajaan untuk mendapatkan sijil BTEC level 3. Namun apakan daya setelah disoal siasat oleh kakak tersebut aku terpaksa tarik diri dan memberikan peluang kepada orang yang lebih memerlukan kerana program ini memerlukan komitmen selama dua bulan dan aku tidak dapat menjanjikan yang aku akan setia kerana aku bercadang-cadang mungkin aku akan keluar awal kerana mungkin lagi aku akan mendapat kerja dalam jangka masa tersebut.

Lagipun kerajaan sudah membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek ini. Satu kepala kira-kira 10,000 mahal tu. Tanpa berpikir panjang aku terus membuat keputusan kiv dahulu kerana tidak mahu membazir duit kerajaan dan pada masa yang sama memberikan peluang kepada yang lebih memerlukan. Tapi aku berpeluang untuk bersama mereka sehari suntuk ni. Alang-alang perkasam biar sampai ke... lupa.

Sebenarnya seronok program ni. Training dua bulan dan belajar bermacam-macam benda mengenai communication skill, management skill, business communication skill dan yang menariknya ada stress management. Dia banyak melibatkan aktiviti berkumpulan. Ada banyak presentation dan yang paling penting yang paling diutamakan ialah bahasa inggeris.

Haha cara bercakap macam dah dua bulan join tapi sehari je rupanya. Namun aku tetap rasa puas walaupun sehari je. Dah lama tak gerakkan tulang empat kerat ni. Lupa pula lepas habis training tu kemungkinan besar memang besar la dapat bekerja dengan company seperti astro, maxis dan banyak lagi sebagai contact centre operator. Gaji starting dalam area 1800-2500. Tidak mustahil berdasarkan career path gajinya boleh meningkat ke lima angka.

Kepada penganggur di luar sana yang berminat boleh la pergi ke www.mscmalaysia.my untuk keterangan lanjut. Your future is in your hand. Michael Jackson ada berpesan if you want to make a world a better place, see in yourself and make a change. Good luck.

Sunday, April 18, 2010

Career Fair

Ku sangkakan hujan di tengah hari rupa-rupanya sampai ke tengah malam. Aku sangkakan peralihan fasa dari alam belajar ke alam pekerjaan mudah sekali. Rupa-rupanya masih banyak onak dan duri yang harus aku lalui.

Bulan lepas aku berpeleseran di TEC kembali ke bumi Tronoh. Tapi tak nampak lagi keadaan yang sebenar. Kali ni aku beralih ke career fair dekat midvalley pula. Baru aku nampak langit tu tinggi ke tak. Punya la ramai penganggur satu Malaysia. Rasa macam kat pc fair la pula. Sebab orang ramai berpusu-pusu masuk. Nak gerak pun susah.

Namun aku bersama mok tegar meredah lautan orang sambil menyebarkan resume kami dengan harapan sangkut la mana-mana kan. Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakan company yang datang career fair ni lebih kepada perusahaan semiconductor. Company oil and gas cuma satu je dan yang paling menghampakan chemical engineer kat sini tak market sangat la. Lebih kepada mechanical engineer.

Kalau korang ada cable ke terjumpa iklan best pasal pekerjaan yang menjerumus ke oil and gas boleh la tanpa segan silu email kat ivanzryanz@gmail.com

Friday, March 26, 2010

Earth Hour 2010


Earth hour datang lagi. Tahun ni 27/3 iaitu bersamaan dengan esok pada pukul 8.30 malam. Sama-samalah kita bergelap selama sejam.

Video di bawah menunjukkan aktiviti earth hour di seluruh dunia. Kita dapat tengok bandar-bandar utama dunia bergelap semasa earth hour.



Kat sini aku letak la ye logo-logo yang berkenaan earth hour ni. Nak cerita panjang-panjang pun buat pening je. Senang cerita masa earth hour ni korang padam jela lampu tu. Pergila tido kejap
ye.



Earth Hour - Logo

Earth Hour - Proudly Committed

Kalau rasa nak tau update pasal earth hour ni boleh la isi maklumat mengenai diri anda di bawah:


Saturday, March 20, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

Sebut je pasal Gatsby ni satu je yang terbayang kat kepala aku iaitu gatsby wax. Aku memang suka pakai wax buatan gatsby ni disebabkan pengaruh roomate aku brim. Selepas aku mencuba wax tersebut terserlah muka aku semakin hari semakin kacak.

Senang cerita sampai sekarang aku masih memakai wax gatsby ni. Walaupun sebenarnya gaya rambut aku dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah rasanya. Tapi aku tak kira. Aku nak juga pakai wax.

Mengenai gatsby deodorant ni aku rasa fungsinya yang utama ialah supaya ketiak anda tidak berbau busuk seperti bau sampah sarap. Nanti tak ada la bila kita angkat tangan pegang pemegang kat dalam train orang kat sebelah kita rasa nak pengsan.

Bersempena dengan gatsby deodorant ni depa ada buat street fair lebih kurang macam funfair la.

Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Kat sini macam-macam la ada cabutan bertuah la permainan. Senang cerita aku cakap dalam orang putih jela ye:

There are going to be lucky draws and we have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs! Among the exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!

Kalau rasa berminat dan nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Gatsby ni sila la melayari ke laman sesawang berikut http://www.gatsby.com.my/streetfair

Pakailah deodorant untuk kesenangan kita bersama