Thursday, October 23, 2008
Cabaran Kehidupan
Tiap-tiap hari aku lihat orang bertungkus lumus bekerja mencari rezeki. Baru aku tahu mencari rezeki itu bukan mudah. Malah adalah satu tanggungjawab yang besar lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Tiap-tiap bulan aku kena membahagikan harta yang aku peroleh untuk membayar sewa rumah, bil air, elektrik, streamyx dan MTC. Aku juga makan di kedai. Mana reti masak. Jadi perbelanjaan tu memang penting. Kalau tersilap langkah buruk padahnya.
Aku juga buat pertama kalinya merasa tekanan semasa bekerja. Boss aku kata work under pressure. Masa banyak kerja memang penat. Pernah juga aku pulang lewat ke rumah. Nasib baik masih bujang. Tak dela yang terabai.
Semua ini adalah norma-norma kehidupan. Tiada benda yang datang bergolek dan setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Hidup ini lebih bererti bagi mereka yang tahu menghargai.
Jom layan lagu ini dari Shiela Majid - Hitam Putih Kehidupan
Hayatilah
Wednesday, October 22, 2008
Aku telah ditag
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
Aku yang tak bersalah ni telah ditag oleh encik Keyrol dan Acan. Pening juga nak jawab soalan ni.
7 perkara yang pelik dan takjub pasal aku.
- Aku mempunyai kemahiran tidur yang luar biasa tidak kira tempat, masa dan keadaan. Senang cerita kalau aku nak tidur senang je. Hanya perlu memejamkan mata sahaja. Tau-tau dah lelap. Sebab tu ramai orang jelez dengan kemampuan aku.
- Aku juga pandai membuat kira-kira. Bakat terpendam aku ni telah ditunjukkan semasa sekolah menengah sehingga kawan-kawan aku memberi gelaran yang orang lain tak dapat iaitu Bajet. Mungkin aku boleh menjadi menteri kewangan suatu hari ni.
- Aku mempunyai lesen kereta dan motor tetapi tidak reti membawa kereta. Lesen aku pun dah upgrade. Bukan P ye. Kali terakhir aku bawa kereta semasa ujian memandu. Aku lebih suka naik kenderaan awam daripada memandu kereta.
- Aku juga berbakat besar dalam kepimpinan. Buktinya sepanjang hidup aku bersekolah dari tingkatan satu sampai lima tidak kira sekolah mana aku pergi, jawatan ketua kelas mesti aku yang pegang.
- Aku boleh bermain alat muzik tidak kira moden ataupun tradisional. Alat muzik moden yang aku main mestilah Alto dan Tenor saxophone. Manakala alat tradisional yang aku main ialah gamelan.

- Sifat semulajadi aku memang seorang yang pendiam. Kalau aku tak kenal orang tu memang aku tak akan cakap. Tapi kalau dah kenal memang aku adalah antara orang yang terbising sekali. Motto aku bercakap bila perlu sahaja.
- Akhir sekali aku memang tak makan pedas. Dalam keluarga aku seorang je yang ganjil sebab tak makan pedas. Padahal mak aku puas sumbat kat mulut aku makanan yang pedas sejak aku kecil. Tapi tidak berkesan. Aku tetap dengan polisi aku. Cili dan segala keturunannya adalah musuh nombor satu aku.
- Mok
- Teloq
- Gedo
- Nasrul
- Saifulhisham
- Izzi
- Peja
Tuesday, October 21, 2008
Rumah terbuka terakhir
Kat rumah tuan rumah selepas bersalaman dan bertegur sapa. Aku pun makan nasi ayam nasi double. Lapar maklum la dari pagi tak makan. Kira ni sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Combo terus. Selesai segala masalah. Memang aku makan sakan.
Lepas tu, aku menjamah soto pula. Sambil duduk-duduk ratah kuih disulami dengan air. Sampai la perut aku kembung. Tak larat dah. Kekenyangan. Puas...
Satu juadah je yang tertinggal iaitu lontong. Tak pe makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
Bagai sudah mengantuk disorongkan bantal. Balik kitorang tumpang kereta staff. Alang-alang lalu apasalahnya kalau tumpang sekaki. Mungkin ni rumah terbuka terakhir yang aku pergi. Maklum la minggu ni aku nak balik. Isnin cuti sempena perayaan deepavali.
Tetapi kepada sesiapa yang nak jemput ke rumah terbuka adalah sangat-sangat dialukan. Lebih-lebih lagi rumah yang terletak kat kawasan lembah klang dan berdekatan dengan stesen keretapi. Di samping menjamu selera dapat juga la mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita.
Monday, October 20, 2008
Berhari raya di office
Hari raya kan sebulan. Dah raya ke 17 pun masih ada jemputan rumah terbuka. Kali ini kat office aku sendiri. Ini kira combo la jimat. Sambutan hari raya, deepavali dengan pembukaan office aku di tingkat 2 bangunan SHL.
Sibuk juga la hari tu diorang menganyam ketupat. Tetapi bukan untuk makan tau. Hanya sebagai perhiasan dalaman sahaja. Aku hanya menyaksikan aksi diorang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir.Terus terang aku cakap aku tak tau menganyam ketupat. Makan tau la. Malas la nak belajar. Gedo dengan Mok pun dah reti. Baru je belajar dari pakar iaitu Shahrin.
Malam tu jamuan ala kadar di office. Aku makan sate ayam dan daging dan nasi, ayam dan kambing. Masyuk. Lepas tu tapau bawak balik. Akhir sekali sesi photography.
Sekian....
p/s: Post kali ni aku pakai windows live writer tak sangka pulak boleh.
Sunday, October 19, 2008
Amr Zaki

Seperti biasa malam minggu aku mesti pergi tengok bola untuk menyaksikan Arsenal beraksi. Tapi malangnya Rashartini, Zatimanis dan BRJ semua layan Liverpool vs Wigan. Aku pun tak ada pilihan. Terpaksa la layan. Memang berbaloi la aku tengok perlawanan itu yang dimenangi oleh Liverpool.
Aksi Amr Zaki membuatkan aku terpegun dan terkejut. Jadi aku nak cerita pasal Amr Zaki.

Nama : Amr Zaki
Negara : Egypt
Tarikh Lahir : 1/4/1983
TInggi : 6'11'' (185cm)
Berat : 11st 11Ibs (75.0kg)
Posisi : Penyerang
Kelab asal dia El Zamalek. Sekarang ni Wigan tengah pinjam dia. Mungkin Wigan akan membeli beliau bila transfer windows bukak bulan Januari ini. Sekarang dia antara top scorer kat english premier league. Satu pencapaian yang begitu membanggakan.
Selepas tengok video ni mesti korang pun teruja juga. Nasib baik Wigan ni kelab lemah je. Kalau tidak mesti Amr Zaki tu jaringkan gol lebih daripada dua.
Apa-apa hal pun yang penting Arsenal menang dengan Everton malam tu 3-1.
Saturday, October 18, 2008
Sony Ericsson XPERIA X1
Gaya elegen, style menarik dan canggih. Sesuai dengan gaya masa kini. Handphone ni hampir sama dengan fungsi pda. Kalau tak silap aku kat Malaysia tak keluar lagi. Harga pun tak tau. Pada aku harga dia mesti mahal tahap melampau. Mau dua ribu dan ke atas la. Senang cerita ni hanyalah handphone impian.Ini review handphone ni:
| Size | 110.5 x 52.6 x 17.0 mm / 4.4 x 2.1 x 0.7 inches | ||
| Weight | 158.0 g / 5.6 oz | ||
| Available colours | Solid Black | ||
| Screen | 800 X 480 65,536-colour TFT | ||
| Memory | Up to 400 MB Phone Memory MicroSD support Actual free memory may vary due to phone pre-configuration | ||
| Networks | GSM 850 GSM 900 GSM 1800 GSM 1900 EDGE UMTS tri-band HSPA | ||
| Performance GSM 850 GSM 900 GSM 1800 GSM 1900 EDGE UMTS tri-band HSPA | Talk time (up to) 10 hours 10 hours 10 hours 10 hours 10 hours 6 hours 6 hours | Standby time (up to) 500 hours 500 hours 500 hours 500 hours 500 hours 640 hours 640 hours | Video call (up to) - - - - - 3 hours 3 hours |
Camera
| Music
| Internet
|
Entertainment
| Connectivity
| Messaging
|
Communication
| Design
| Organiser
|
Banyak betul fungsi dia. Terkial-kial gak la nak pakai. Kalau nak tengok dengan lebih jelas lagi bagaimana handphone ini berfungsi sila lihat kat sini.
Aku paling tertarik dengan cara Sony Ericsson memperomosikan handphone ini dengan series who is Johnny X? Semua sekali 9 episod. Pastu kesudahannya bersambung tahun depan. Dalam cerita ini Johnny ni hilang ingatan dan ingatan terakhirnya hanyalah Sony Ericsson XPERIA X1. Dengan menggunakan handphone ini, dia pun mencari identiti dia yang sebenarnya. Tak sangka layan juga aku. Sampai habis aku tengok. Sebab memang menarik.
Kalau korang berminat tengok la kat Johnny X. Harap terhibur.
p/s: Sesiapa tau harga sebenar handphone ini sila bagi tau aku.
Friday, October 17, 2008
Light RailwayTransit (LRT)
Aku memang pelanggan utama pengangkutan ini sejak aku internship kat Kuala Lumpur. Aku tinggal kat Wangsa Maju dekat je dengan stesen. Tapi tau-tau jela kan Wangsa Maju ni memang kawasan yang strategik dan padat.
Tiap-tiap hari stesen Wangsa Maju tu penuh sampai staff RapidKL terpaksa tahan orang dari masuk. Bagi kat atas kosong dulu. Purata aku sampai kat stesen selalunya dalam jam 7.40 pagi.
Destinasi aku adalah Ampang Park. 5 stesen jugak la baru sampai Ampang Park. Aku selalu tiba kat pejabat dalam kul 8.05 pagi. Tu paling awal la. Aku ni liat nak bangun pagi-pagi buta ni.
Putra LRT ni memang banyak kelebihan :
- Murah tak payah bayar duit minyak.
- Tidak perlu terlibat dengan kesesakan lalu-lintas.
- Cepat sampai ke destinasi.
- Lebih selamat bagi aku la lagipun Putra LRT ni keretapi tanpa pemandu.
- Sudah pasti anda perlu bersesak dengan orang ramai.
- Kalau terlepas train kosong memang lambat la sampai pejabat jawabnya.
- Kalau rosak atau sesak memang terpaksa la sabar je menunggu bila la LRT ni nak gerak.
Tapi kalau orang yang jenis tak berjalan dan merayap rasanya tak perlu pakai MTC kot. Aku selalu balik Merbau Sempak. Dah dekat kena la selalu balik. Tak sabar tunggu Deepavali. Hehe cuti lagi.
Walau apa pun orang kata, aku tetap sokong RapidKL. Nanti RapidKL nak tambah bilangan gerabak dan laluan ke Bandar Sunway, Subang Jaya dan UEP Subang Jaya. Harap-harap dengan perancangan ini, perkhidmatan awam ini akan berjalan lebih lancar.
p/s : Tahun depan bulan satu aku akan kembali ke bumi Tronoh yang tercinta sebagai pelajar tahun akhir.